Sunday, March 21, 2010

Hari Sepanas Belon


Ahad, aku, cek kam & seorang rakan pergi Putrajaya, ada Festival Belon Panas Udara Antarabangsa 2010. Festival tu berlansung selama 4 hari, 18 - 21 Mac, bermakna harini adalah hari yg terakhir.


Kitorang sampai dalam pukul 10, harapannya nak tgk belon2 dari luar negara yg macam2 jenis & menarik tu, tapi tak kesampaian. Hanya ada 4, 5 belon saja yg diterbangkan, itu pun local punya. Lepas pukul 12 tghari, semua belon dah tak diterbangkan. Pelik. Mungkin pada hari terakhir hari ahad di mana lebih ramai orang datang mereka buat keputusan untuk "tutup kedai". Ataupun mungkin gas nak terbang dah habis. Mungkin. Yang aku dapat tau, hari pertama, khamis, waktu orang ramai bekerja, waktu itulah banyak belon2 dari luar negara diterbangkan. Takpelah, takde rezeki. Tapi yg pasti waktu itu panas betul, kulit aku dah gelap & berbelang2 macam baru lepas berkelah tepi pantai. :P

3 comments:

  1. Hye.
    Hari ini memang panassss....hottttt...saya pergi semalam! Dan waktu petang. syiokkk je cloudy...hihi. Tapi tak banyak gak belon...

    ReplyDelete
  2. sini hujan sepanjang hari. dah dekat seminggu hujan. belon ke apa ke suma tak ley wat apa2 melainkan menikmati hari hujan.

    ReplyDelete
  3. acik, hujan2 kan sedap makan megi, pastu tido lena fuhhh :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails