Wednesday, March 3, 2010

Antara BOHSIA dan GADOH?

Jangan salah paham, cerita ni takde kena mengena dgn mana2 bohsia kat Malaysia ni atau mana2 pergaduhan yang aku terlibat hehe...

Hari ini kat opis aku sangat lapang, ada kerja tapi dateline tak terlalu rushing, so aku rehat2lah sambil buat kerja. Aku bukak software flash, bukak file kerja aku, sambil tu aku bukak VLC player, setting always on top, kecikkan dan letak kat belah sisi kanan bawah desktop aku. 2 movie aku layan hari ni, Bohsia dan juga Gadoh. Best juga buat mcm ni sambil bekerja rupanya. Patutlah aku tgk ramai kawan2 aku buat huhu... ;p

Nak citer pasal movie ni sebenarnya, aku tau aku sedikit lambat, citer ni taun lepas tapi baru je tgk la ni kan, tapi aku saje la nk komen pasal cite ni, pasal citer2 melayu zaman sekarang ni. Ok, kita mula dengan citer BOHSIA, arahan anak Yusof Haslam, Shamsul Yusof Haslam ni.

Aku takdelah minat Yusof Haslam, lagi2 anak dia, tapi aku saja lah nak tgk hasil garapan mamat ni, yg mana byk movie dah dia buat, antaranya KL Drift kalau aku tak silap. Jadi yang aku nampak mostly filem yg dia buat pada aku adalah jenis experimental. Pada action & stunt side, its quite good, but ditafsir pada keadaan mostly kelihatan tak logik & tak realistik. Aku paham itu memang kisah bohsia & mat rempit, dan aku rasa golongan ni mesti suka kisah dorang ni dijadikan filem, tapi aku still tak paham apa tujuannya dia buat filem ni. Nak buat orang tau kisah dorang & tau akan akibatnya? Come onlah! Dgn jalan cerita mcm tu, aku rasa orang lagi suka tgk aksi daring Nabila Huda tu & aksi gile hebat aksi stuntman mat rempit tu, that's is very interesting to me. Bersama dengan tagline dorang - Jangan Plilih Jalan Hitam, aku rasa masih tak meninggalkan kesan kat sapa2 pon.

Contoh macam citer Remp-It. Sedar tak dorang, yang citer mcam tu bukan buat org takut jadik mat rempit, tapi lagi dorang nak merempit adalah! Tanyalah anak sedara ke sepupu sepapat korang yang umur belasan tahun. Dorang suka cerita macam tu, dan dorang rasa itulah life yang paling cool, doesn't it? Rempit, bohsia, drift ke apajadah sume tu, walaupon aku tau itu realiti budak2 remaja skrg, tapi kenapa tonjolkan cerita macam tu? Sekurangnya lebihkanlah moral dalam jalan cerita, bukannya sibuk ceritakan details apa yang dorang buat! Sigh!

Aku ada adik2 perempuan, dan akan datang aku pon bakal ada anak isteri. Bende macam ni agak menakutkan sebenarnya. Media elektronik macam TV & internet btol2 mudah mempengaruhi minda individu, lebih2 lagi budak2. Dengan mudah diorang terpengaruh. Sebab tu sekarang dah takde iklan rokok kat tv, tapi banyak plak adengan hisap rokok dalam drama & filem, banyak plak adengan dalam kelab, & istilah baru yg dorang dah gunapakai dalam drama yg pernah aku terlihat kat tv; "Jom clubbing!" seolah2 tu perkara biasa. What th..??!

Tapi berbeza pula pandangan aku pada sebuah filem indie arahan Brenda Danker Namron ni; GADOH; yang tidak menggunakan mana2 pelakon popular atau efek2 khas. Bukan cerita budak sekolah biasa tapi mesej yang lebih global & sinikal. GADOH mengisahkan tentang kumpulan pelajar yang asyik bergaduh disebabkan mereka berlainan bangsa, dan cara utk penyelesaiannya oleh salah seorang guru di sekolah mereka adalah melibatkan diri mereka dalam Kelab Theater. So apa kene mengena dengan theater dan masalah perkauman dorang ni? Ha kenelah tonton filem ni.

Aku sukakan mesej yang diterapkan dalam filem ni. Tak terlalu telus, dan tak serius, malah disampaikan begitu ringan sekali tapi jelas apa yang nak disampaikan. Kisah perkauman antara kaum cina dan melayu, apa yg mereka fikir & apa yang kita fikir tentang mereka, apa pula remaja sekolah fikir tentang sistem sekolah mereka. Diumpamakan sistem sekolah itu umpama sekecil2 sistem, jika dibesarkan skop, bagai sistem kerajaan. Aku suke bila mesej sekolah mereka dpat direlatedkan dengan isu yang lebih luas dan lagi besar drpd kisah sebenar. Inilah mesej sesebuah filem yang sepatutnya disampaikan kepada penonton, mesej yang berkesan dan positif utk masyarakat.

Tapi apa nak buat, masyarakat sekarang sukakan hiburan lebih daripada teladan. Sebab itu penerbit filem berlumba2 kluarkan produk yg pada aku tak berkualiti dan ntah apa2. Kualiti mungkin pada pembikinan tapi kosong dalam jalan cerita.

Sayang skali filem GADOH ini tidak ditayangkan pada mana2 pawagam, tapi DVDnya boleh dilihat dijual kat mana2 art event. Segala info boleh korang check kat sini GADOH official website

3 comments:

  1. okok..i like your review!! boley wat kerja sambil tengok movie lagi cik hami.. kami (siti kam and i) selalu buat..haha but mostly movie maraton la..kerja tak buat..haha

    ReplyDelete
  2. haha! totally agree with acik. teruk jugk kite due ni. hahahhahah!

    ReplyDelete
  3. tgklah dua2 cerita ni, & buat penilaian;
    dalam BOHSIA, korang akan terikut2 gaya cakap mat rempit macam gunapakai istilah popular dowh atau wey & gua lu, dan paling sakit telinga dialog Nabila; "Ko stok penyedap dia je doh!"

    dalam GADOH, korang akan terbuka minda dgn keadaan malaysia skrg.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails