Saturday, March 30, 2013

Kenangan di Larkin Johor Bahru

 Saje mengimbau kenangan lama. Ini gambar2 yang diambil masa aku bercuti di Johor waktu cuti Tahun Baru Cina yang lepas. On the way ke Gelang Patah (rumah family aku sekarang) aku saje singgah di rumah lama sewaktu aku masih kecil di Perumahan Kampung Kastam, Larkin, Johor Bahru.

Gambar di atas adalah kedai runcit yang aku selalu pergi. Nak beli jajan (makanan ringan), ais krim ke, mainan ding dang, kicap pun aku beli kat sini. Masa kecik tak bleh makan woo kalau takde kicap hahah!
Tangga & rumah berdekatan rumah yang aku pernah tinggal di Kampung Kastam. Ini le Jalan Mohd Mohamedon heheh~

 Surau & sekolah agama di Kampung Kastam. Dulu rajin juga ke surau ni, & lebih2 lagi sekolah agama. Waktu cuti sekolah ni lengang, aku selalu berbasikal lalu ruang jalan kat sekolah ni. Kadang2 panjat masuk juga di tingkap kelas, curi kapur tulis, ops! Heheh~
Ini pula sekolah aku dulu. Aku bersekolah di SK Larkin 2, dulunya berkongsi dgn bangunan SK Larkin 1 ni, tapi sekarang SK Larkin 2 dah ada bangunan sendiri.



Ok dah abis jalan jalan, singgah plak kat Larkin Bomba, layan Kacang Pool Haji. Tak sah datang Johor tak layan Kacang Pool ni, Terbaik! :D

1 comment:

  1. peminat tegar kicap ni..
    demi kicap,mlm2 pun sanggup gi kedai..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails