Saturday, November 9, 2013

Random Addin


Anakku, Addin Zahran, dah hampir 2 tahun. Dah besar panjang, banyak cakap. Ayat feveret dia sekarang ialah; "Apa? Apa ni?" Kadang2 penat jugak nak melayan hahah~ Just random things about Addin;

Top 5 lagu faveret anakku, Addin:
5. Padi - Sahabat Selamanya
4. Bunyi Gitar - P.Ramlee
3. Together - SleeQ ft Tiz Zaqyah dan Zain Saidin

Kini, kedudukan pertama; Ya hanana - Habib Syech telah digantikan dengan Anugerah Syawal dendangan Bunkface "Hu~Hu~Yeah yeah yeahh~ (Ini list top 5 masa bulan raya yang lepas)

Kadang-kadang dalam kereta dia kata; "Nak Allah! Nak Allah!" bila disuruh kami pasang nasyid Raihan - Sifat 20 di dalam kereta. Alhamdulillah :)

Sekarang dah pandai buat muka lawak budak ni heheh

"Abaaahh... Abaahh" hilang stress bila setiap kali sampai rumah, Addin akan sambut depan pintu dgn senyuman & panjat pagar sambil joget2. Kalau ummi takde plak dia akan tanya; "Ummi? Ummi?", camtu jugak kalau aku balik keje lambat tak sekali dgn ummi dia. Lagi mau tanya kenapa aku suka balik awal? Hehe~

Dan suatu hari, sedang menonton the Walking Dead;
Addin: "Antu! Antu!"
Aku: (sapa plak yg ajar dia pasal hantu ni) "Bukanlah addin, tu zombie"
Addin: "bi?"
Aku: "Ikut cakap abah, zomba... zombaa..."
Addin: "Tomba... tombaa.."
Dan sampai sekarang lah dia asyik sebut tomba tomba hahah! :D

Friday, November 8, 2013

Gila buku MPH Sale 7 Billion Needles dan Kamar Sutera

sumber gambar www.venusbuzz.com

Kami suami isteri memang gila buku, dan kalau pergi shopping complex, memang kedai bukulah yang wajib kami masuk. Tapi wajib masuk tu dulu, sebelum ada anak hehe. Tapi bila dapat tau ada MPH Warehouse Sale 31 Oct - 6 Nov di PJ, Ahad tu kami serbu walaupun pelan asalnya nak ke majlis kenduri kahwin di Shah Alam.

Jadi bila ada anak ni susah lah nak lepak lama2 cari buku, jadi aku hanya sempat singgah di section komik & isteri dan anak hanya di section buku kanak-kanak, tak sempat pusing habis pun sebab warehouse itu sangat besar & buku sangat2 banyaknya.


Isteri dapatlah belikan 2 buku untuk Addin, dan aku dapatlah 3 volume 7 Bilion Needles ni yg hanya berharga rm10 sebiji! Lepas dah balik rumah membaca baru aku sedar citer ni hanya ada 4 volume untuk complete, maknanya aku missed hanya 1 volume, adeiiii~

“Tadano’s artwork shows remarkable versatility in the way it captures scenes ranging from everyday school life to fantastical, superpowered combat… But these shiny bells and whistles are nothing without the story, one that has a surprisingly profound side lurking beneath the action. When shy, distant Hikaru is ordered to start communicating with her peers to help seek out the enemy, it says more about who she is as a person—and who we are as humans—than about the otherworldly turmoil going on around her.”—Anime News Network



OK, atas ni plak adalah buku yang isteri beli di event Art4Grab di Annexe, CM bulan lepas - Kamar Sutera oleh Hamka Kereta Mayat. saja nak review sebab buku ini sangat best! Baca page random je dari buku ni pun boleh buat aku tergelak. Bak kata penulis - "Semoga buku ini dpt mberi hikmah kpd kita semua terutama mrk yg hendak berkahwin tapi tak yakin utk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin tapi sudah bertukar jadi mayat."

Jangan konpius dengan tajuk buku ni, ini bukan buku lucah, tapi hanya bacaan ringan tapi ada intipati yg sangat berguna hahah, tak paham? Hahah cubalah try check facebook penulis di www.facebook.com/keretamayat atau korang bleh baca blognya keretamayat.blogspot.com
Layaaaannn~ Selamat membaca.

Tuesday, September 10, 2013

Raya Merdeka Johor


Raya dah lama dah, 30 Ogos baru kami balik kampung, ke Batu Pahat, Johor. Waktu tu sepupu plak kahwin, jadi balik kampung tu memang sekali lah nak pergi ke majlis perkahwinan dorang. 

 Kami sekeluarga tumpang bergambar pulak dekat back-drop fotografi pengantin heheh.
Budak ni plak terlebih hepi hahah~



Malamnya sambut birthday mak dan uteh plak yg jatuh pada hari yg sama 30 Ogos jugak, pakej lengkap balik kampung heheh~

Rindu nak balik kampung lagi, kan Addin? :)
Related Posts with Thumbnails