Thursday, July 29, 2010

Akibat Terlalu Banyak Berfikir


Kepala serabut. Pening kepala. Migrain. Yerp, itu yang berlaku kepada aku akhir2 ni.

Sejak akhir2 ni aku tak tau kenapa, fikiran aku terlalu di awangan. Dari dulu lagi memang aku suka berfikir, tapi tak seteruk kali ini. Sampaikan bila bekerja pon aku tak dapat fokus. Fikiran asyik ke lain. Kadang-kadang bagaikan bercakap dalam otak, perkataan demi perkataan keluar dalam otak. Sedang membuat kerja masa itulah nak berfikir. Kenapa begitu kenapa begini. Bagai nak luahkan isi otak ini dalam blog. Segalanya. Kasik lega skit. Tapi pabila aku balik rumah, broadband macam celaka. Lagi tambah pening, baik aku tidur.

Hanya hiburan yang dapat melegakan kepala otak aku ini. Rancangan TV. Klip video. Kadang2 di opis, walaupun kerja terlalu banyak, dateline menyentak, tapi aku bagaikan stuck, takde mood, lalu aku layankan je video yg ada dalam PC aku, sitcom "The IT Crowd", & siri kartun "The Adventure Time" dapat sedikit sebanyak mecelikkan aku dengan lawak dorang. Dan kadang2 aku tidur sahaja, seminit dua memadai.

Aku tak tau keadaan persekitaran ke yang buat aku stress atau aku sahaja yang menganggapnya begitu. Stress dengan mamat yang duduk sebelah meja aku, yang setiap kali dia keluar merokok, masuk opis balik dengan satu badan bau yg tak menyenangkan. Damn itu betol2 buat aku stress. Atau di waktu aku balik rumah, bising dengan bunyi mengiau kucing housemate aku yang nk keluar dari biliknya. Arghh! Nak bela kucing tapi selalu takde kat rumah dan tinggalkan kucing dalam bilik. Memang bising!

Aku betul2 tak tau kenapa, baru berlaku sejak dua tiga hari ini. Sebelum ni walaupun aku banyak berfikir jugak, tapi aku tau apa yang aku sedang fikirkan. Tapi tidak untuk kali ini. Aku hanya stress dan dalam fikiran hanya kosong. Tak tau kenapa aku stress. Rasa bagai mahu pergi bercuti tapi tak tau sampai bila. Kejap lagi kerja. Banyak lagi kerja & i'm over the dateline! Damn! Stress lagi!

2 comments:

  1. kalau dapat bercuti memang rasa aman sikit kan ;)

    ReplyDelete
  2. sekarang pun sya banyak berfikir... sakit otak weh.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails