Kisah ini sampai bila2 pun takkan dapat aku lupakan, walaupun sudah bertahun2 perkara ini berlaku. Tapi sungguh ia memberikan kesan dalam hidupku.
Aku adalah seorang introvert sejak aku kecil. Aku sgt pendiam & tak pandai berkawan. Sehinggalah aku darjah 6, barulah aku berjinak2 kenal bagaimana utk bersosial, itupun bermula sejak aku ditukar tmpt duduk dlm kelas dari tempat belakang ke tmpt duduk hadapan sbb mataku yg rabun. Di tmpt duduk baru tu aku kenal kawan2 yg mulai bertegur sapa aku dgn dpt share minat yg sama.
Sejak mula aku pandai berkawan, aku mula terikut2 cara kwn2 bersembang, sehingga aku rasa terlalu try hard utk menjadi mereka supaya mereka selesa berkawan dgnku. Dan juga bermula dari situ, aku mula percaya & lebih bersifat terbuka bila berkawan.
Sikap begitu aku bawa sampailah aku tamat sekolah & mula sambung belajar di sebuah institusi pendidikan. Aku cuba jadi peramah & berkawan dgn semua org. Dan biasalah, bila berkawan kita pasti aku create circle kita sendiri. Maka bermula kisah persahabatan aku dgn M (bukan nama sebenar & huruf juga tiada kaitan dgn nama sebenar)
Aku ada kawan2 rapat/baik yang lain, sama2 bila team present, sama2 sewa rumah sebilik & begitu juga M, dia ada kawan2 rapat dia sendiri. Tapi sebab kami sekelas, aku biasa juga bergaul dgn M di kelas & juga rumah sewanya. Dan biasalah bila masa student ni, akan ada masa kita suka kt seseorang ke ada relationship ke, kami akan saling share cerita sbb rasa mcm rapat & mcm aku ckp, masa tu aku mmg senang sgt percaya kat orang. So kadang2 cerita sedih ke luahan hati perasaan pun aku pernah cerita kat dia, & sampai satu tahap dia pernah la claim dia as sahabat baik aku. Dia ni pun setahun lebih tua dari aku (kalau tak silap, aku pun dh lupa) so aku anggap dia mcm abang yg bleh share nasihat pd aku.
And biasalah, bila masa muda remaja ni, macam2 emosi tak matang ada. Kadang2 aku perasan ada la kawan2 yg macam tak berapa suka aku, mungkin aku ni nmpak poyo sgt ke tak tau, mcm yg aku ckp, aku yg asalnya introvert mencuba jadi peramah, akan ada lah mungkin ayat2 yg tak sedap didengar pernah aku lontarkan, yg mana aku sedar sekarang, aku yg tryhard + terlalu jujur, tak ramai yg akan suka. Dan bila aku jumpa M, dia lah antara yg memberi kata2 positif & masih sudi berkawan dgn aku.
Ok, sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku cerita pula sifat M. M ni kalau bercakap dgn dia, sangat rileks mcm abang2 & dia suka bagi nasihat or cadangan. Tapi side lainnya, dia suka cakap pasal orang lain. Atau erti kata lainnya - gossip. Jangan kata lelaki takde yg suka bergossip! Seriously, setiap kali bersembang dgn dia, mesti akan ada cerita psl org lain, dan akhirnya selangi dgn up kisah psl diri dia utk cover balik gossip org lain tu.
Contoh mcm bila dia gossip pasal org lain gitu gini, dia akan selit “kalau aku, aku buat camni” which is masa tu aku akan rasa kagum & anggap apa yg dia kata tu as nasihat atau usaha dia untuk bagi contoh yg baik. Dan sifat inilah buatkan aku terikut2 dlm perbualan sosial aku. Mcm aku ckp tadi, masa tu aku mmg tryhard berkawan smpai aku nak jd org yg aku berkawan.
Sampailah kami habis belajar, dan sehinggalah satu hari aku diterima bekerja di KL sbg seorang animator di sebuah syarikat tempatan. Dan tak lama selepas tu aku dapat panggilan dari M yg dia perlukan pertolongan aku cari kerja. Sbb dia “kawan baik” aku rekemenlah dia bekerja di tempat kerjaku & disinilah bermula kisah itu.
Aku di waktu itu menyewa sebuah rmh dgn kwn sekerja yg lama (kwn sebelum syarikat animasi aku bekerja) & lokasi rmh pun sedikit jauh dari tmpt kerja. So bila M nk kerja bersama, dia mintak tolong “tumpang” di rumah sewa aku, dgn erti kata lain, duduk tanpa bayar sewa. Maka sebab aku nk tolong, aku izinkan dengan kami berkongsi bilik, & sbnrnya tanpa bertanya kwn2 rmh sewa yang lain.
Dan tanpa disedari, lama juga dia menumpang (tak ingat berapa lama) sehingga kawan serumah pernah tanya, apa kata share bayar sewa sama2. Tapi dgn alasan M duduk sebilik dgn aku, dia kira dia hanya menumpang & aku rasa aku pun malas berkira & rasa cukuplah bayaran sewa aku dikira sekali utk bahagian dia, dan perbincangan tamat di situ.
Oh ya, M ada bawa sebuah komputer sendiri diletakkan di bilik kami & aku pula masa tu tiada komputer. Aku hanya ada satu external HD drive yg aku simpan personal files yg kadang2 aku sambungkan di PC office. So bila dh ada komputer di bilik ni, kadang2 aku pinjam PC M kalau aku nk cucuk external HD aku. Zaman tu takde netflix, tapi zaman download haram. So bila nk tengok movie aku cucuklah ex HD ku kat PC dia sampai akhirnya tak cabut2 dari PC dia.
Sehinggalah satu hari, aku balik rumah tgk ex HD tu dah tercabut dari PC M, mcm tergolek gitu. Bila aku try masuk, HD dah rosak & corrupted. Masa tu aku tak fikir apa2, tapi kalau difikirkan skrg, mungkin M marah aku tanpa aku sedar.
M ni ada sifat kalau marah, dia tak marah depan2. Dpn kita dia simpan. Dn aku pulak masa tu aku jenis lepas. Kalau marah aku akan terlepas tapi lepas tu sejuk mcm takde apa2. Kiranya sifat aku masa tu mcm polos, cakap jujur tapi lepas tu jadi aku terus move on. Kira betapa naifnya aku masa tu, aku ingat macam relationship kawan ni macam relationship adik beradik. Bergaduh pun air dincincang takkan putus gitu. Tu yang aku silap, masa tu aku tak matang & aku rasa ada masanya aku lukakan M tanpa aku sedar.
Hinggalah satu hari M ni suggest aku & dia cari rumah sewa lain je yg dekat dgn opis. Maka, kami plan bersama 2 org lagi rakan sekerja pindah sewa rumah lain. Bila dah pindah rmh lain ni, M jd rapat dgn kawan lain di rumah selain aku. Oh ya, M ni tiada transport ke tmpt kerja, jadi setiap hari dia akan tumpang motor aku, dan selepas pindah ni, kadang2 M aku bertukar2 tumpang motor kawan yg lain pula. Tapi kami masih berkawan seperti biasa.
Satu hari, aku plan apply cuti nak balik kampung. Di waktu ni, M dah ada ramai kawan di tmpt kerja & aku pun berkawan sama je dgn org lain. Tapi selepas aku balik dr kampung & masuk kerja, tiba2 aku rasa vibe dah lain. Aku dpt rasakan semua org mcm mengelak nk bercakap dgn aku. Kawan serumah pun bila ditegur nk taknak je jawab. Even kawan sekerja yg baru masuk pun macam pandang semacam tak bertegur. Termasuklah M! Barulah aku tahu rupanya aku dah kena pulau!
Berhari2 kejadian ni berlaku, & hati aku rasa remuk gila. Perasaan yg sama dtg balik masa aku student dulu, & dapat rasakan mulut2 bercakap di blkg aku. Yg buat hati aku lg remuk, “kawan baik” aku pun pulau aku. Nasib baik waktu tu aku dah ada teman (skrg sudah jadi isteri), dia yg selalu menenangkan aku dari jauh (waktu ini wife student degree)
Hati aku lebih remuk bila dapat tahu rupanya M yg mulakan & ajak rakan sekerja pulaukan aku, dalam masa aku cuti balik kampung tu. Aku dpt tahu dari kwn sekerja yg baru masuk yg kesiankan aku, aku bagi nama S. S kata sbb dia pelik, dgn budak2 baru pun M jaja nama aku dgn cerita2 buruk. Dan waktu itu baru aku sedar sifat M sebenar, dlm dia suka bergossip psl org lain, kawan2 dia pun tak terlepas kena gossip.
Akan bersambung…
No comments:
Post a Comment