Wednesday, July 21, 2010

Mari Bersenam Untuk Perut Anda


gambar ini hanya cubaan untuk menarik perhatian untuk membaca entry ini :P

Akibat ketensenan broadband yang terlalu slow, & cubaan berpuluh2 kali bukak blogger.com ni tapi tak berjaya, aku tertido dengan laptop & lampu bilik aku masih hidup.

Tiba-tiba pukul 5 pagi aku terjaga & check2 tengok connection internet laju menggila. Apa lagi, terus bukak youtube, layan siri kamen rider double W seketoi dua haha! Then, test blogger.com. Sukses! Bleh bukak setelah berminggu2 aku tak update. Rindu jugak nak menulis tentang perasaan kat sini hehe, tapi disebabkan sekarang pagi lagi, otak tak berjalan untuk menulis tentang tu. Cis!!!

Tiba-tiba pagi ni aku rasa nak bersenam melihatkan perut yang semakin memboroi. Jadi aku buat la beberapa sit-up. Kemudian bosan. Jadi terfikir plak nak google cara-cara bersenam, dan ni yang aku jumpa :P

4 teknik pemakanan yang mudah untuk membuang lemak di perut.

1. Anda perlu tahu bahawa anda dikelilingi oleh produk yang kononnya makanan sihat dan kurang kalori. Sebenarnya, makanan jenis itu mengandungi lebih banyak lemak dan serat berbanding yang biasa. Cuba pikir sekali lagi.

2. Jangan mempercayai alat senaman yang kononnya dapat mengempiskan perut dalam masa singkat. Ianya tidak berkesan 100%. Jangan terpedaya dengan paras bentuk model iklan tersebut. Mereka mendapat badan begitu bukan melalui alat tersebut. Mereka telah melakukan latihan yang betul, nutrisi dan pemakanan yang betul. Serta pemikiran kental.

3. Jangan mudah mempercayai nasihat orang yang tidak terlatih sebelum mencuba. Petua yang diberikan kadangkala boleh membawa mudarat kepada si pengamal. jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba.

4. Jangan sesekali mencuba atau menelan mana2 ubat atau supplements untuk kuruskan badan. Jelas sekali tertera kandungan tersebut mengandungi racun yang mampu membunuh anda jika tersalah caturan pemakan.

Tips Kempiskan Perut Boroi
by Miss Ayu www.gua.com.my

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

1. Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

2. Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

3. Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

4. Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

5. Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

6. Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Ada lagi, tapi malas aku nak letak kat sini. Korang baca lah sendiri huhu...

P/S: Harapnya aku berjaya jadi macam ni hehe. Ops, dah tiba waktu pegi kerja! Tak sempat nak bersenam hehe :P

2 comments:

Related Posts with Thumbnails