Hari tu. Dalam 2 minggu lepas rasanya. Hari jumaat.Aku pakai selipar pergi kerja. Biasalah, kerja aku tak mewajibkan aku berpakaian kemas. Lebih2 lagi hari jumaat. Senang pakai selipar aje.
Aku pakai selipar yg aku beli tempoh hari dgn cek kam. Cantik juga, warna cokelat hitam, berjenama Fipper. Aku bawak pakai pergi masjid, waktu sembahyang jumaat. Aritu aku tak tau kenapa, aku & kawan2 masuk ikut pintu pagar lagi satu, letak selipar kat situ, bukan tempat biasa aku letak. Dan habis je sembahyang jumaat, aku rasa korang dapat agak, selipar aku hilang.
Humm... Aku dah biasa dengan keadaan macam ni. Masjid mana yg takde pencurik selipar. Dulu aku pon pernah hilang kasut, 2 kali kat masjid yg sama, aku pon bodoh, pegi masjid pakai kasut sapa suruh huhu... Takyah la aku bagitau masjid apa tapi masjid tu kat Angkasapuri ;p
Jadi biasanya, bila dah jadik kejadian mcm ni, terpaksa la aku cari mangsa lain. Selipar lain yg leh menjadi pengganti. Jadi aku terus sauk selipar jepun depan mata aku ni. Sarung tanpa rasa bersalah, kawan aku tengokkan aja. Alih2 aku rasa ada orang tepuk belakang aku; "Ni selipar saya ni. Salah pakai ni." Alamak, kantoi! Nasib baik brader tu cool tak bagi sebijik kat muka aku. Aku buat2 bodo cover malu sambil tunduk buat2 cari selipar aku balik. Demm. Kawan2 bantai gelakkan ajer. Last2 aku balik pakai selipar jamban masjid jer huhu...
Harini, pagi tadi. Aku pergi kerja naik motor, pakai selipar. Malas weh pakai kasut. Pakai selipar jamban yg aku amik kat masjid tu. Konon2 nak pakai kejap je, esok2 pulang balik. Last2 sampai arini aku pakai. Arini jela...
Pagi tadi, sedang sedap aku mencilok naik motor nak pi keje, alih2 selipar aku sebelah kiri tertanggal tengah jalanraya. Alamak aiii... Nak patah balik amik tak boleh, kereta kiri kanan bergerak laju. Aku pikir2, takkan aku nak pi keje pakai sebelah je selipar?? Nak taknak terpaksa aku patah balik rumah, amik kasut! Perjalanan balik rumah mencabar juga, dgn kaki ayam sebelah aku selamba tukar gear.
Rumah aku kat sunway, nak taknak kene lalu bawah so called jambatan pulau pinang tu. Dan biasalah waktu pack macam waktu orang pegi balik kerja ni ada la polis dok jaga kat trafik light tu,tutup jalan tak bagi masuk jalan terus ke sunway, jadik aku terpaksa ikut jalan jauh, follow jalan ke subang jaya adehh... Bersama selipar jamban masjid yg aku pakai sebelah je.
Nasib baik aku sampai opis on time akhirnya... :P
serius tak tau nak gelak cmna..rasa nak gelak guling guling! wakkakakakakakkakakakakakkka! dapat imagin camna selipar tu tercicir.
ReplyDeletemari kita kasi gelak sama2...hehehe...
ReplyDeleteso,bro...pengajarannya,jgn amik selipar jamban kat mesjid...hehehe...