Thursday, December 16, 2010

Kejadian 13hb dan Hadiah Hari Jadi

Ya, 13 hb genaplah usia aku mencecah 26tahun. Tapi aku tak rasa macam 26 pun, macam 16 ada la hehe...

Dah lama aku tak bukak blog, bukan apa, broadband aku buat hal lagi, langsung tak boleh connected. So kata cik tutupmulut, apakata diformat je laptop aku ni, sebab sebelum ni laptop aku pernah kena virus sehingga bukak broadband pun tak boleh, so penyelesaian aku masa tu adalah format & hasilnya berjaya. Tapi kali ni aku pun cuba jugak format lagi laptop aku ni. Manalah tau puncanya virus juga. Rupa2nya broadband aku kena block sebab tak bayar lagi hehe. Aku bayar je terus boleh online. Jadi sia2 jelah aku format laptop aku, habis software design aku kena install balik. DVD installer adobe plak buat hal, takleh pakai langsung. Adeh. Nampaknya buat masa ni, takde software design langsung dalam laptop aku walaupun secikai Acrobat Reader. Demm...

Itu citer sekarang, apa kata aku cite kejadian hari jadi aku. Jeng jejeng hehe. Hari jadi aku jatuh pada hari Isnin, 13hb. Tapi cik tutupmulut decide nak sambut sehari awal iaitu hari ahad, yela cuti senanglah sikit. So disambutlah aku dengan kek pelangi yang telah dibuat oleh adiknya bila aku datang rumah dia. Tak cukup dengan tu, tetiba ramai plak yang datang, pakcik makcik cik tutupmulut, datang melawat. So terus agenda bertukar menjadi majlis barbeku plak, lagilah meriah & banyak makanan dihidangnya. Sound like a perfect birthday right? Ya, hari tu memang best & enjoyable.


Tapi ingat, hari tu kalau ikut tarikh kalendarnya bukan hari jadi aku. Tapi esoknya hari Isnin, 13hb. Malam tu, selepas selesai majlis, & paham2lah, balik rumah & tido kan. Malam tu aku mimpi semacam. Mimpi pasal kerja. Yang aku ingat aku dapat scene yang susah gila. Sebelum tu, aku nak bagitaulah, sebenarnya awal bulan 11 hari tu, aku dilantik jadik leader animator untuk satu team kecil. Tapi dalam team aku tu semuanya junior animator, yang mana dorang mampu buat scene level Easy & Medium sahaja. Dan biasanya scene level Hard aku yang terpaksa buat, yelah kalau tak sapa nak buat. So sekarang ni kerja aku adalah manage team merangkap training teamates aku & juga kena buat scenes jugak. Jadik berbalik kepada mimpi aku tadi, tak taulah macam mana boleh terbawak2 ke dalam mimpi, aku dapat scenes yang gila susah & takde sapa yang boleh tolong, memang pressure habislah!

Bila aku bangun je esok paginya, tetiba aku rasa tak sedap badan, & rasa sejuk2 seluruh badan aku pun tak tau kenapa. Aku ingat itu sementara je, so aku pun pegi jelah kerja pagi tu. Sekali sampai opis, mulalah kepala aku rasa pening2 lalat. So aku decide nak baringkan kepala jap atas meja, nak lena sekejaplah sebelum pukul 9. Sekali bila aku bangun kepala aku makin sakit berdenyutnya, seluruh badan aku rasa sejuk tapi badan luar aku sebenarnya panas (ha macam mana tu? pikirlah sendiri). Tapi aku tahan jugak sakit tu, try jugak buat keje, tapi sekejap2 aku baringkan kepala aku atas meja. Aku buat macam tu dari mula pagi tu sampai lah ke petang, & kepala aku still sakit gila2! So petang lepas keja tu, aku terus balik, makan panadol actifast then terus tido.

Esok paginya, selasa, aku still pegi keje. Tapi kepala aku masih pening2. Badan aku dah tak panas macam semalam tapi aku tetap rasa sejuk mengigil aku pun tak tau kenapa. So aku pun tak tau nak kata aku demam ke tak sebab aku takde selesema ke batuk ke macam demam biasa. Then mulalah aku pikir aku kena denggi ke? Sebab sebelum ni aku penah kena suspek denggi pun rasa pening2 sejuk jugak. So lunch tu aku terus pi klinik untuk check. Then bila doktor check, sukat suhu badan aku, dia kata suhu badan aku memang panas gila, & kalau sampai lusa masih demam, memang kena buat ujian darah. Gulp! Biasanya demam kronik macam denggi je kena buat ujian darah. Risau jugak aku dibuatnya.

Tapi alhamdulillah, lepas aku makan ubat2 doktor tu, aku dah makin ok. Not 100%lah, tapi 80% tu ada kot huhu. Tapi still buat aku tertanya2, penyakit apa yang kena masa hari jadi aku ni? Memang demam atau akibat stress? Doktor tu tak bagitau aku langsung penyebabnya, misteri sungguh. Nasihat dia cuma suruh aku banyak minum air & jangan makan makanan pedas, tu je. Walhal, bila aku demam biasa pun nasihat doktor selalu macam tu.

Dan lagi pelik, aku tak tau plak kenapa sejak hari aku demam tu, belakang badan aku asyik rasa sakit2, macam lenguh2. Adakah akibat dari demam aku atau efek ubat yang doktor tu bagi? Ataupun badan aku sakit sebab kerusi opis aku? Hmm... aku pun tak taulah.

Yang penting aku nak release otak aku weekend ni dengan tengok movie Tron! Tapi keje aku banyak gila! Aduyaii! & Inilah dia hadiah hari jadi aku. Terima kasih. :P

Thursday, November 25, 2010

1st Trip to Johor... With You!

Ini Kota Iskandar di Johor. Amacam? Cantik tak?

Lama tak balik Johor, dah macam2 pembangunan dah, jalan pun dah belit2 aku dah tak kenal dah. Well, good for Johor, semakin maju & best! :D

Ini adalah autopost. Bukan apa, takut akan tertangguh lagi ke minggu depan. Sebab malam ni keluarga aku nak datang ke KL! Tidur di rumah sewa bujang aku pulak tu. Rumah bujang yang masih serba serbi tak lengkap. Malunya! Huhu... Well itu cerita minggu ni.

Yang aku nak citer ni pasal minggu lepas. Yap, minggu lepas Hari Raya Haji, & aku tak dapat cuti. Tapi aku mintak cuti untuk hari esoknya, khamis dan jumaat. Untuk apa? Khamis aku nak uruskan hal pejabat agama di Johor. Dan adik aku pula nikah hari jumaat tu. Tapi yang lagi best, kali ini aku bukan balik kampung seorang, tapi berdua!

Well, nilah antara gambar2 yang aku nak kongsi di sini :D
Jumaat, hari pernikahan adik aku di masjid rumah kami. Tambah sorang lagi ahli baru keluarga kami :)

Dan hari Sabtu, waktu untuk berjalan2 sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur! Pagi2 lagi kami ke Sungai Manap (tak silap aku lah nama dia huhu) di hujung kampung Tanjung Kupang. Dekat je dari rumah famili aku.

Ini dia orang KL!

Kemudian kami ke Kota Iskandar pula, sambil2 shoot gambar pasangan baru berkahwin ni huhu.

acara baling bunga jauh2
paksu aku pulak eksited nak lompat2 bersama anak2nya
pengantin lama pun taknak lepaskan peluang
bakal pengantin pun nak juga hehe :P

anyway thanks sayang temani gue hehe! we have a good time in Johor! lepas ni bleh pegi Johor lagi, selalu! :P

Wednesday, November 24, 2010

Last last awesome weekend!

Lama tak update blog, bukan sebab malas, oh tipu, malas salah satu sebabnya. Tapi kegagalan broadband membuka blogspot juga salah satu penyebabnya aku malas update blog. Asal hati nak update je tak boleh nak bukak blogspot. Bila boleh bukak, takde hati pulak nak menulis haha! Kekadang jeles pulak dengan cek tutupmulut, selalu lebih dulu update aktiviti kami. Dia bolehlah, opis ada streamyx. Ni yg buat nak langgan broadband YES pulak lepas ni hohoh! :P

Well, what happen last last weekend? Hmm takdelah awesome mana tapi bagi aku, it's awesome!
Nak citer sekarang pun feel dah rasa suam2 kuku, yelah, dah lama lepas pun, sigh.

Actually sabtu 11hb lepas kami join Pipit 4th Anniversary Art Market di Annexe, CM.

Aku dan Gen di booth Klobot. Awesome!

Ahadnya pula kami ke ECurve, di Daisho kami jumpa ini! Hehe! :P

Topeng superhero! Awesome lagi! Frog Girl & Kick Ass No.4! Korang ada ke?

Dan di Bukit Bintang, kami shopping pula di butik Uniqlo, gila meroyan kami di sana. Cantik2 belaka baju2 dorang. Memang taste kami, harga berpatutan lagi! Dan kami jumpa ini! :D


Stormtroopers! Aweee~ soOOome! Haha!

Dan segala aktiviti itu pada hari weekend, dah cukup awesome bagi aku, lagi2 bersama dia. Thanks sayang huhu. SO... Bagaimana pula dengan weekend anda? :)

"Nampak nih?!" kata Ketua Perompak No.1 di sebelah No.4 haha! Marah dia kalau dia tau aku upload gambar ni haha! :P

Friday, November 5, 2010

Rock Band is Awesome!!!



Lama gila tak update blog, jenguk2 pun tidak. Apa penyakit tak taulah tapi makin lama makin malas aku nak berblog sekarang ni. Dah kurang perasaannya. Huhu.

Macam biasa, aku lewat lagi menulis dalam blog walaupun macam2 perkara menarik berlaku dalam hidup aku. First of all, bulan November ini aku dah tinggal di rumah baru! Yeah! Not totally baru, rumah sewa jugak hehe, tapi maksudnya aku dah berpindah dari rumah lama ke rumah yang lain. Got it? Ini semua kerana untuk plan 3 bulan akan datang. 3 bulan je lagi? Gulp!

Anyway, tu citer bulan ni. Aku nak citer yang dah lepas haha, sebab minggu lepas, atau lebih tepat, the whole bulan lepas, aku & opismates aku kemaruk main video games! Bukan videogames biasa, tapi Rockband kind of game! Biasalah, opis aku ni suka buat events, macam2 event pelik ada, you name it! Dan bulan September lepas diorang buatlah battle of the band versi PS3, with instrument baby! :D

Pada mulanya aku tak terpikir pun nak join, yelah, aku mana penah main game tu, tapi setelah mencuba sekali, aku terus nak lagi! Addicted, aku terus cari ahli utk form band supaya boleh join battle tu. Dan at last aku jumpa, & actually aku tak berkawan rapat pun dgn dorang sebelum ni. Aku cuma cari sesapa yang belum ada band, maka terhasillah band aku yg bergelar RMEZ, bermaksud Rombongan Meminang Encik Zul. Zul adalah nama vokalis kami. Dan aku? Aku gitaris hehe :P

Maka bermulalah pengembaraan kami dalam memiliki takhta juara Rockertard, yes, itulah nama competition tu. Bermula dgn sesi latihan, seterusnya ke Elemination Round, kami berjaya ke Quarter Final bersama 7 lagi band yg lain.

So agak2 korang aku berjaya ke tak ke final? Heheh. Walaupun aku hero dalam cerita ni, aku tak berjaya pun ke final, band kami hanya sampai ke Semi Final sahaja, dan itu pun dah cukup baik! Yang penting enjoy! Tapi macammana dengan RMEZ? Lepas compt tu, masing2 membawa haluan masing2. Dan akan kusimpan kenangan itu dalam hati ku, eceee~waah! Haha!


ini gambar masa Semi Final & Final. kenapa aku pakai topeng? sebab malam tu dorang buat Halloween Party sekali, so aku saje lah nak buat gimik kononnya hehe :P

RMEZ - dalam kenangan :)

Hari ni, aku baru lepas tengok movie Scott Pilgrim VS The World, yep, aku tau aku outdated, tapi kalau nak tengok yang free download, terpaksalah tunggu lama sikit huhu. Tengok Scott Pilgrim & bandnya, Sex Bob-omb, aku pikir... cool jugak ye kalau aku ada band. Eceh! :P

Sunday, October 17, 2010

Makan Malam Bersama Idola Hehe...



Aritu malam Khamis, 14hb, dah lama lepas tapi baru hari ni aku nak update dalam blog aku, akibat kemalasan yang amat sangat hehe... Ada macam2 aktiviti berlaku, lebih2 lagi kat opis aku, tapi lain kalilah aku cerita lagi.

Anyway, aritu, team aku, dijemput pegi dinner bersama director & creator Johnny Bravo, Van Partible & creative director dari Turner Asia, Silas Hikey, kat sebuah restoran di Mount Kiara. Dan biasalah, kalau makan dgn mat saleh ni mesti nak pegi tempat yang ada alkohol. So bila sampai sana, akan kelihatanlah 2 grup manusia, yang redah halal haram, iaitu offcozlah yang bukan muslim, & grup lagi satu ialah kami, melayu & muslim, dan bahawasanya hanya 5 org je yang muslim dapat datang malam tu, dan grup kami ni btol2 duduk bersebelahan dengan Van Partible ni huhu!

Si Van ni memang cool gila. Dan malam tu aku tak terperasan plak dia minum arak malam tu, berbanding dengan yang lain2, berjag2 minum, gila lah. Dan tentulah kitorang yg muslim ni pilih makanan & air yg halal je, tu pun tanya kat waiter dia mana yang takde alcohol. So aku nampak lah si Van ni hormat dgn culture & agama orang lain, sebab tu dia tak minum alkohol macam gila macam orang lain yang ada kat situ.

Yang kelakar malam tu, Van & Silas ni punyalah order makanan Malaysia, macam Satay & sotong goreng. Kitorang plak order makanan western. Ada kawan aku, melayu, siap kena perli dengan waiter bila dia order nasik lemak, waiter tu cakap; "kat mamak sebelah ni pun bleh makan nasik lemak" haha!

So disebabkan kitorang yang melayu ni dok dekat dengan Van, dia pun takde teman borak, dia pun cuba la bersembang dengan kitorang, sepatah dia tanya sepatah dijawab. Mana tak nya, masing2 tak geti cakap omputih. Bukan tak retilah, tapi malu kot aku rasa hehe. Kebanyakannya aku lah yang dok layan pertanyaan2 Van, kawan2 lain cuma pandai sengih2 kambing, gelak2, yes no, tu je. Tapi Van memang selamba je layan, respeklah! Kat sini ada komen dia pasal kitorang hehe; VanPartible.com

Here's some photos malam tu. Van ada lah jugak bagi autograph kat kitorang, tapi lenkali lah aku upload, sekarang tengah malas haha! Enjoy! :D

My pumpkin pizza! Sodap jugak! :P

Look how close we are! Haha!

Anak Silas Hikey, Minami nama dia. & dia bawak bini dia jugak, japanese weh, gila cute budak ni!

Me & Van Partible! :D

Tuesday, October 12, 2010

I Just Met Van Partible Yesterday!



Siapa Van Partible ni? Apa istimewanya dia? Ha kat atas nilah rupanya, & aku baru jumpa dia semalam, dan aku rasa amat best & bangga! Huhuh... Kenapa?

Pada asalnya aku pun tak kenal dia, tak pernah dengar pun nama Van Partible ni. Tapi semalam baru aku tau. Dia lah pencipta salah satu karakter popular daripada produksi Hanna-Barbera, iaitu Johnny Bravo! Tak kenal Johnny Bravo? Ha dok diam2 huhu.


Well, asalnya aku diberitahu bahawa projek ni confidential, takleh bagitau sapa2 sebelum dia siap, tapi memandangkan si Van Partible ni sendiri dah bagitau kat blog dia; vanpartible.com, dan lagipun aku sendiri pikir sape pun yang nak baca blog aku ni haha! Jadi aku tulis jelah, bahwasanya company aku sekarang ni tengah buat projek telemovie Johnny Bravo, & mamat Van ni lah jadik directornya.

11 Okt, Isnin, iaitu semalam, dia datang opis aku check out the enviroment of our office, yelah 1st day datang so dia jalan2 lah dulu sekitar opis aku. Then team produksi yang handle projek Johnny Bravo ni dipanggil ke conference room untuk diberi taklimat oleh si Van ni.

Si Van ni sangatlah friendly, cool & tersangat2 lah humble, bagi seorang director yang sgt hebat & telah terbitkan animation yg dah pun popular worldwide, respek beb! Dan antara isi ceritanya berkisar tentang bagaimana dia boleh jadi siapa dia sekarang, which is lebih kurang sama dgn apa yang dia tulis dalam blog dia, korang bleh check kat sini; Pitching Johnny Bravo, sangat2lah inspiring! Damn kalau lah aku bleh jadik berjaya & hebat macam dia :D

Our Johnny Bravo team with Silas Hickey, the Creative Director of Asia Pacific Animation Development, Turner Entertainment Networks Asia, Inc. Si Van takde sebab dia yang amik gambar ni. Taken from his blog http://vanpartible.com/inspidea

P/S: Sebelum dia pergi aku nak autograph dia & satu keping gambar dengan dia huhuh mesti... :P

Thursday, October 7, 2010

GEEK Korang Yang Mana Satu?


Masih tak mengakui lagi korang ni Geek? Haha biasalah tu, semua orang nak jadi COOL lah katakan. Apa barang jadik Geek, tak cool lah jadik Geek, padahal korang tak paham apa yang dikatakan Geek apatah lagi Cool haha nampak merepek kan?

Tulah, orang yang berfikir di luar kotak je boleh paham, which Geek macam aku yang banyak berfikir ni, yang membuatkan aku boleh guna perkataan; "I'm COOL to be GEEK". Ha, macam mana tu, dah Cool, Geek plak haha.

Frasa "Cool" sebenarnya bukan boleh dijadikan lakonan atau dibuat2, bila korang jadik diri korang sendiri, itulah "Cool" sebenarnya, got it? So kenapa buang masa berlakon atau cuba jadi cool, just be cool! Atau erti kata lain, buat macam biasa, jadi diri sendiri! That Is COOL!

Jadi macam aku, aku bangga jadi Geek & aku tak kisah orang anggap aku Geek! Asalkan aku berpijak di bumi nyata, tak perlu jadik orang lain, tak perlu berusaha susah payah ikut trend ikut citarasa orang lain, tak perlu berlakon jadi orang lain supaya orang suka aku, I'm just being ME! That's was truly me :)

Itu yang aku rasa kelakar bila ramai atau kebanyakkan dari kita tak dapat lagi menerima kenyataan bahawa diri kita dah terlalu ke arah teknologi, di mana membuatkan kita Generasi Geeks! Masih tak percaya?

Aku bagi soalan simple lagi mudah jela, macam ni...
Bolehkah korang hidup tanpa kebosanan kalau korang tak dapat layan internet dalam masa seminggu?
Nak check updates kawan-kawan di facebook? Farmville? Emails?
Macam mana plak dengan Blog? Taip dalam blog seperti bercakap dengan orang lain (macam yg aku buat sekarang haha!) Ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, takpe, i'm cool! :P
Oh ya, lama tak chatting dengan kawan2. YM, MSN, Skype hehe...
Tak payah la bagi point lain, pasal internet je, aku rasa korang takleh tahan sampai sehari pun mesti nak layan jugak, 5 minit pun jadi haha!

Tak cukup Geek lagi? Oklah, aku bagi korang tengok kumpulan2 kecil geek kat imej2 kat bawah ni. Mungkin hati korang akan selesa lepas dibahagikan kepada kumpulan2 kecil, takdelah rasa Geek sangat haha!

Illustration ni bukan aku yang buat. Scott Johnson, a geek, made a poster identifying 56 different types of geeks. Ini pun aku tak upload semua. Ada lagi Lab Geek, Electronics Geek, Drama Geek, etc. Aku rasa dia buat ni pun sebab nak puaskan hati orang supaya mudah pilih kategori masing2 kot haha.





bacalah lagi tentang geek; Antara Socials, Nerds dan Geeks :P

Wednesday, October 6, 2010

Rumit Makin Merumitkan...

image google

Makin hari makin dekat...
Makin hari makin pening...
Aku dah tak tau apa nak buat...

Perkara yang perlu disetelkan dalam masa terdekat ini;
Hantaran - Belum setel.
Rumah sewa - dalam pencarian, PENTING! harus cari sebelum bulan depan.
PTPTN (untuk mengelakkan diblacklist) - aku baru je emel permohonan potong gaji kepada PTPTN tadi, tak taulah macam mana proses dia lepas ni, tunggu jelah...
Borang kahwin & yg berkaitan - 3 bulan tempoh, jadi akan disetelkan bulan depan.
Persiapan lain, katering, andaman, baju DAN LAIN-LAIN, BANYAK LAGI!!! - semua belum

Dan paling penting; Duit, Duit, DUit, DUIt, DUIT, DUIT DUIT DUIT DUITTTTT!!!!

Nak duit perlu kerja. Kerja lebih kuat mungkin?
Kerja pejabat kerja kuat mana pun gaji tetap sebanyak itu.
Jadi perlu kerja kuat di pejabat?? Aku hanya perlu siapkan kerja aku, tak perlu kerja kuat.

Buat kerja part-time? Mana? 7 Eleven? Aku tak pasti keringat & masa aku mampu untuk lakukan.

Kerja seni? Freelance? Takde lagi yang mendatang hasil yang boleh buat tambah pendapatan aku. Tempahan karikatur pun dah takde. Aduhhhh...
Art event? Lebih banyak rugi daripada untung. Kalau ada balik modal saja, macam mana?


Aku memang TAK MATANG untuk sesuatu yang seperti ini.
Aku MASIH tak matang untuk hadapinya seorang.
Aku TAK MATANG dalam hadapi perkara-perkara seperti ini.
Aku TAK PERNAH & aku sedang belajar.
Aku CUBA UNTUK MATANG...


p/s: memang rumit atau kita yg rumitkan?

Tuesday, September 28, 2010

Random Awesome

Mulanya aku ingat Yuna takde lagu hepi2 (selain daripada lagu Raya Oh Yeah!), sebab selalunya kedengaran liriknya sedih2 & bunyi macam depressed je walaupon melodinya sedap, eheh, tapi lepas aku amati lirik ni betul2, it's kinda cute i think.

Tajuknya pun agak menarik, Random Awesome, maksudnya awesome yang random, sesuatu yang menarik tetapi random, tidak tertentu kepada sesuatu. Ntahla, bila aku dengar lagu ni macam kena dengan apa yang aku buat, random, unplan, tapi yang tak plan tu aku rasa best & awesome, lebih2 lagi bila bersama Dia.

Apa2 saja yang kami buat bersama, tak kisah la kami plan atau tidak, benda-benda yang random saja mungkin, jalan, makan, baca, berinternet, apa2 perkara biasa yang tak nampak hebat pun, tapi aku rasa awesome. Paham tak? Tak paham sudah haha! Tapi tak pastilah plak betul ke lirik lagu ni maksud dia macam tu haha! Dengar & bacalah lirik tu sendiri huhu!

Si Dia! Loves this pict! :P

it all began
at the show one weekend
i was a friend of your cousin said
"hey how you've been"
And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

It all began with a simple

confession
You had an urge to kiss me and
I was on the verge to miss you
and it happen,
no
we don't understand
no
i won't even budge
before we didn't hang out much
So save me in your playlist
so,
You wont forget this
And if this dont quite go your way
You'll still have me on replay

With your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

Random Awesome by Yuna (Album Decorate)

belilah yang original! haha paku dulang paku serpih hehe :P

Monday, September 27, 2010

Weekend Bersama Sate!


di jamuan raya opis aku, gambar aku takde sebab keje aku tangkap gambar je huhu

Yes! Weekend lepas full of sate! Padahal weekend ada 2 hari je kan hehe. Tapi nak buat macam mana, feveret aku sate, bukan selalu dapat makan sate free betul tak?

Sabtu lepas, opis aku buat jamuan raya, & menu wajib dorang seperti tahun2 lepas, adalah sate! Yes! So mestilah aku tak lepaskan peluang untuk membedal sate2 tu huhu, tapi aku tersilap langkah. Dorang ada hidang gak Nasi beriyani, kambing, daging, lontong, cheese cake pun ada, macam2lah. Aku dah bedal nasik dah, jadik nak bedal sate plak, baru 6 cucuk dah tak larat, sate besar2 tu! Sate Kajang Haji Samuri punya, memang best & puas hati!

So akhirnya, sate banyak gila lebih tak abis, semua dah kekenyangan, jadik dorang offerlah sapa2 nak bawak balik, amiklah banyak2, stok memang banyak gila macam dah boleh jual balik kat pasar malam haha! Jadi aku pun amik jugaklah dalam 20-30 cucuk bawak balik. Tapi aku fikir, sape pulak nak abiskan nanti? Aku kat rumah sewa pun dok berdua je, kawan serumah aku tu pulak tak kuat makan, & bila aku balik rumah dia takde pun, keluar dating agaknya, jadik aku pikir2 bawak pegi rumah cekkam hehe, bagilah famili dia makan, belanja sate free!

Ahad plak, kami ke Klang plak, open house kawan kami, si Fariz. Terkenal di kalangan kawan2 kami sebagai YB sebab dia memang bila buat open house besar2 punya, & menu wajib tahunan beliau ialah sate! Memang aku tak dapat lepaskan, wajib datang!

Jadik sampai2 je rumah dia memang aku dah target, sate! Menu lain, nasi, laksa, mee rebus, lontong sambal kacang, semua aku tolak tepi! Biar harini aku bedal sate je haha! 2 kali round amik sate, tapi nak amik lagi rasa seganlah pulak hehe... (Gambar di rumah fariz takde sebab kamera dah habis bateri)

nilah dia sate yang tinggal untuk dibedal aku haha!

Tapi still, tak puas lagi nih. Sape-sape ada open house, & antara menunya sate, jemputlah aku datang rumah ye. Huhuh :P

Friday, September 24, 2010

Bangga Pakcik Bangga!

Terkejut pagi-pagi lagi kawan opis aku Ijal bagitau KLOBOT masuk KOSMO. Aku macam; "Ha? Ye ke?" Sambil dalam kepala pikir, memang ada aritu diorang interview tapi tak tau plak kuar bila, tup tup keluar hari ni, alhamdulillah!

Walaupun bukan review penuh pasal kitorang pun, actually review pasal event Kaka Art Market yang kitorang masuk seminggu sebelum raya, ya bulan puasa pun join event! Hehe.. Dan walaupun hari tu jualan tak berapa jalan, tapi tak sangka plak hari tu ramai wartawan2, yang aku perasan The Star pun ada amik gambar kitorang, ha, yang tu tak tau la plak kuar bila haha! Tapi tu setakat ambik2 gambar je, cuma sorang wartawan ni je yang interview kitorang, & akhirnya dah keluar pun dalam paper Kosmo arini, 23 September. Yang lagi best, bukak bukak je terpampang besar2 gambar si dia kat atas headline review tu, walaupun takde gambar aku takpelah, janji nama aku ada jugak keluar. Cubalah baca sikit petikan akhbar tu kat bawah; full review kat sini.

Kamariah Jasmani dan rakannya, Hamifaizal Mohsin adalah antara peniaga yang pertama kali menyertai Bazar Seni Kaka. Biarpun memiliki pekerjaan sepenuh masa sebagai pereka dalaman dan pereka animasi, mereka tidak ketinggalan mempamerkan hasil karya seni masing-masing untuk tatapan umum. Jika bertuah, hasil karya yang dibawa mungkin dibeli oleh mereka yang tahu menghargainya.

Bakat kreatif

Bagi Hamifaizal yang menghasilkan subjek figura pada papan, Malaysia memiliki ramai bakat kreatif yang berpotensi untuk berkembang jauh. Malangnya, ketiadaan platform pendedahan di bazar-bazar seumpama itu lebih sedekad lalu telah mengehadkan peluang golongan penggiat seni untuk berinteraksi lebih dekat dengan pengunjung.

Perkara itu diakui oleh Kamariah yang telah membawa 15 buah ilustrasi burung hantu untuk dijual. Berharga RM20 setiap satu, hasil karya Kamariah berjaya menarik perhatian golongan ibu bapa.
“Lazimnya, pengumpul seni yang membeli ilustrasi burung hantu saya. Tetapi, ada juga sesetengah ibu bapa membelinya. Selepas itu anak-anak mereka boleh berlatih mewarna menggunakan ilustrasi ini,” katanya mengenai hasil karya yang berwarna hitam putih itu.

Terima kasih banyak banyak KOSMO! :D

p/s: paper tu ada 4 salinan pada cek kam, 1 memang ayah dia hari2 beli, 2 mak dia beli buat simpanan, 1 lagi dia beli sebab tak sabar sangat nak tengok kat opis. So aku tak payah belilah, pinjam kat budak opis je huhu :P

Sunday, September 19, 2010

Zine For Grab!



Weekend lepas aku ke
Art For Grabs - Malaysia Day di tempat biasa, Annexe Central Market. Niatnya untuk jalan2 & lihat apa yang menarik, then aku jumpa mamat nih. Terpesona dengan artworknya yang ditampal di dinding galeri, tak beli sebab agak mahal, tapi aku beli zine dia. Lupa plak nak tanya nama dia, alamat blog atau website pon takde, pelik gak. Tapi di zinenya tertera nama, Soulwrappin Production.


Kemudian, baru kitorang nak balik, terperasan plak booth lagi satu jual zine jugak, banyak plak tu & semua buat aku tertarik huhu. Aku belek2 zine tu terus aku sambar 5 zine dari dia, semua daripada artis yang sama, Shiekoreto, sorang artis grafiti yang agak femes gak la dengan werk dia called, Tebabo. Dan masa tanya harga, aku dapat tau siapa Shieko tu, terkejut aku dibuatnya, daripada hasil kerja dalam zine tu aku ingatkan dia lelaki, rupanya perempuan!


Bila aku dah balik, baca2, baru aku perasan, 3 zine di atas ni rupanya zine pasal transgender, dengan menggunakan tajuk; One Big Longkang. Lagi bertambah terkejut aku. And then aku realize, hmm... No wonder yang aku jumpa tadi, paham2 sendirik lah ye huhu. Tapi masa aku jumpa dia tadi tak terpikir langsung pun huhu...


Tak kisahlah, anyway, aku suka hasil kerja dia. Memang betol2 inspiringlah! Rasa macam nak buat zine jugak hehe. And kat bawah ni 2 lagi zine yang aku beli dari dia, cool & inspiring! Rugi aku tak mintak autograph dia aritu, adeii huhuh!


for more info about Shieko, check out shiekoreto1.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails