Friday, September 24, 2010

Bangga Pakcik Bangga!

Terkejut pagi-pagi lagi kawan opis aku Ijal bagitau KLOBOT masuk KOSMO. Aku macam; "Ha? Ye ke?" Sambil dalam kepala pikir, memang ada aritu diorang interview tapi tak tau plak kuar bila, tup tup keluar hari ni, alhamdulillah!

Walaupun bukan review penuh pasal kitorang pun, actually review pasal event Kaka Art Market yang kitorang masuk seminggu sebelum raya, ya bulan puasa pun join event! Hehe.. Dan walaupun hari tu jualan tak berapa jalan, tapi tak sangka plak hari tu ramai wartawan2, yang aku perasan The Star pun ada amik gambar kitorang, ha, yang tu tak tau la plak kuar bila haha! Tapi tu setakat ambik2 gambar je, cuma sorang wartawan ni je yang interview kitorang, & akhirnya dah keluar pun dalam paper Kosmo arini, 23 September. Yang lagi best, bukak bukak je terpampang besar2 gambar si dia kat atas headline review tu, walaupun takde gambar aku takpelah, janji nama aku ada jugak keluar. Cubalah baca sikit petikan akhbar tu kat bawah; full review kat sini.

Kamariah Jasmani dan rakannya, Hamifaizal Mohsin adalah antara peniaga yang pertama kali menyertai Bazar Seni Kaka. Biarpun memiliki pekerjaan sepenuh masa sebagai pereka dalaman dan pereka animasi, mereka tidak ketinggalan mempamerkan hasil karya seni masing-masing untuk tatapan umum. Jika bertuah, hasil karya yang dibawa mungkin dibeli oleh mereka yang tahu menghargainya.

Bakat kreatif

Bagi Hamifaizal yang menghasilkan subjek figura pada papan, Malaysia memiliki ramai bakat kreatif yang berpotensi untuk berkembang jauh. Malangnya, ketiadaan platform pendedahan di bazar-bazar seumpama itu lebih sedekad lalu telah mengehadkan peluang golongan penggiat seni untuk berinteraksi lebih dekat dengan pengunjung.

Perkara itu diakui oleh Kamariah yang telah membawa 15 buah ilustrasi burung hantu untuk dijual. Berharga RM20 setiap satu, hasil karya Kamariah berjaya menarik perhatian golongan ibu bapa.
“Lazimnya, pengumpul seni yang membeli ilustrasi burung hantu saya. Tetapi, ada juga sesetengah ibu bapa membelinya. Selepas itu anak-anak mereka boleh berlatih mewarna menggunakan ilustrasi ini,” katanya mengenai hasil karya yang berwarna hitam putih itu.

Terima kasih banyak banyak KOSMO! :D

p/s: paper tu ada 4 salinan pada cek kam, 1 memang ayah dia hari2 beli, 2 mak dia beli buat simpanan, 1 lagi dia beli sebab tak sabar sangat nak tengok kat opis. So aku tak payah belilah, pinjam kat budak opis je huhu :P

4 comments:

  1. Makcik pun bangga gak..syabas klobot!!

    ReplyDelete
  2. mak n ayah baru tahu malam tadi. padahal mak beli kosmo hari2 tapi bacanye minggu depan. hahahaha

    mak n ayah sangat bangga dgn korg okeh. go go chaiyok!!!!

    ReplyDelete
  3. trima kasih! hehe...
    ingatkan mak dah tau, rupanya baru tau huhu... :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails