Monday, September 6, 2010

Erti Aidilfitri Dan Iklan Raya TV3 Tahun Ini

Korang pernah tengok iklan khas aidilfitri yang ditayangkan di TV3 baru-baru ni? Aku pun tak pernah tengok ia ditayangkan di TV, tapi beberapa hari yang lepas kecoh tentang kontraversi yang ditimbulkan iklan ni kat facebook, malah PAS juga adalah pihak yang terawal menghantar bantahan rasmi supaya ia tidak terus disiarkan. Makanya aku terus check di link youtube yang dorang bagi, dan hasilnya mengejutkan!

Di laman Facebook : Kami Membantah Promo Iklan Raya Aidilfitri TV3 2010 telah dibincangkan secara mendalam isu2 yang telah ditimbulkan dalam iklan ini, kalau korang nak tau, korang boleh baca nota ini; PENERANGAN JELAS PROMO IKLAN AIDILFITRI TV3!

Kalau difikirkan, memang agak keterlaluan apabila ditelitinya iklan tu sampai jauh ke arah subjek freemasson & illuminati (kalau korang tak tau apa benda alah ni googlelah sendiri), so dari feedbacknya kebanyakkannya mempercayai bulat2 kajian tersebut & ada juga golongan minority yang hanya menganggapnya hanya sebagai hiburan semata & tidak terlibat sampai ke subjek sebesar itu. Persoalannya, adakah benar telahan mereka?

Yang pastinya aku juga ada pendapat aku sendiri. Jangan salah faham, aku bukan golongan minority itu & aku juga bukannya tidak mahu menerima telahan yang diberi bulat2, mungkin ada benarnya kerana aku jugak nampak jelas apa yang dimaksudkan. Cuma aku hanya mahu melihatnya sendiri tanpa dipengaruhi dengan fakta2 itu & mengikut pandangan aku sendiri. Dan hasilnya memang aku dapati iklan itu agak disturbing & tak masuk akal. Malah dari mula, tiada feel langsung erti Aidilfitri dalam klip video sependek 1 minit itu.

Jadi ini kesimpulan mudah yang aku dapati ia agak disturbing, tanpa melihat jauh ke dalam subjek yang lebih serius;

1) Memang benar, ia kelihatan terlalu penuh suasana magik seperti sambutan Krismas, padahal dalam Islam melarang kepercayaan tersebut.


2) Kemunculan orang tua bersongkok putih menaiki beca, terlalu mirip dengan Santa Claus, malah kalau difikirkan, pernah ke korang tengok orang pakai songkok putih? Kenapa tak pakai serban ke ketayap ke. Bukankah sepatutnya boleh digambarkan seorang tua yang berserban & berjubah putih saja sudah memadai? Kenapa dirumitkan?


3) Muka surat imej beca di atas muka surat tulisan jawi. Walaupun kita tahu, tak semestinya tulisan jawi itu adalah tulisan AlQuran, tetapi kenapa disimbolikkan sebegitu rupa?

4) Ada imej masjid tetapi hanya samar2. Kenapa tidak ditonjolkan sebagai subjek utama? Bukankah ia akan tampak lebih indah jika dijadikan subjek utama?

5) Ini paling kelakar. Penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan. Kenapa gunakan subjek ni? Padahal tak pernah langsung aku tengok Aidilfitri sebelum ni dikaitkan dengan imej2 ini.

6) Imej 1 Malaysia? Kelakar kalau dikatakan ini tujuan utamanya. Kalau benarlah nak wujudkan pelbagai kaum menyambutnya, kenapa dari mula klip sampai habis, takde langsung imej kaum lain tetapi hanya melayu ditonjolkan?

Makanya yang aku dapat simpulkan, pemikiran orang kita sekarang sudah salah paham dalam memikirkan bahawa sambutan Aidilfitri ni bukannya atas dasar budaya, tetapi berteraskan agama Islam yang sebenarnya. Malah maksud Aidilfitri itu sendiri bermaksud "Ambang Kemenangan" (kalau tak silap saya, kalau salah mintak perbetulkan), bukan sahaja bermaksud hari itu bukti kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tetapi ianya merupakan peringatan kepada kita yang Islam itu pernah menang suatu ketika dulu.

Jadi kita kena fikirkan, tidak wajar kita katakan sambutan Hari Raya ini is no big deal kepada kita umat Islam, IT IS A BIG DEAL! Jadi sambutlah kemenangan kita sewajarnya, asalkan tidak berlandaskan adat budaya kita melayu semata-mata, tapi sambutlah atas dasar agama & kepercayaan kita iaitu Islam.

P/S: Alhamdulillah, pihak TV3 telah memohon maaf atas insiden ini dalam Buletin Utama malam semalam; Laporan KOSMO. Tapi agak mengganggu mata jugak pabila TV3 masih menggunakan sedikit sedutan klip beserta imej bunga lotus itu sebagai pembahagi slot rancangan.

Teringat iklan2 raya dari Petronas pada tiap2 tahun. Walaupun simple tapi terkesan dalam jiwa :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails