Thursday, November 25, 2010

1st Trip to Johor... With You!

Ini Kota Iskandar di Johor. Amacam? Cantik tak?

Lama tak balik Johor, dah macam2 pembangunan dah, jalan pun dah belit2 aku dah tak kenal dah. Well, good for Johor, semakin maju & best! :D

Ini adalah autopost. Bukan apa, takut akan tertangguh lagi ke minggu depan. Sebab malam ni keluarga aku nak datang ke KL! Tidur di rumah sewa bujang aku pulak tu. Rumah bujang yang masih serba serbi tak lengkap. Malunya! Huhu... Well itu cerita minggu ni.

Yang aku nak citer ni pasal minggu lepas. Yap, minggu lepas Hari Raya Haji, & aku tak dapat cuti. Tapi aku mintak cuti untuk hari esoknya, khamis dan jumaat. Untuk apa? Khamis aku nak uruskan hal pejabat agama di Johor. Dan adik aku pula nikah hari jumaat tu. Tapi yang lagi best, kali ini aku bukan balik kampung seorang, tapi berdua!

Well, nilah antara gambar2 yang aku nak kongsi di sini :D
Jumaat, hari pernikahan adik aku di masjid rumah kami. Tambah sorang lagi ahli baru keluarga kami :)

Dan hari Sabtu, waktu untuk berjalan2 sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur! Pagi2 lagi kami ke Sungai Manap (tak silap aku lah nama dia huhu) di hujung kampung Tanjung Kupang. Dekat je dari rumah famili aku.

Ini dia orang KL!

Kemudian kami ke Kota Iskandar pula, sambil2 shoot gambar pasangan baru berkahwin ni huhu.

acara baling bunga jauh2
paksu aku pulak eksited nak lompat2 bersama anak2nya
pengantin lama pun taknak lepaskan peluang
bakal pengantin pun nak juga hehe :P

anyway thanks sayang temani gue hehe! we have a good time in Johor! lepas ni bleh pegi Johor lagi, selalu! :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails