Masih tak mengakui lagi korang ni Geek? Haha biasalah tu, semua orang nak jadi COOL lah katakan. Apa barang jadik Geek, tak cool lah jadik Geek, padahal korang tak paham apa yang dikatakan Geek apatah lagi Cool haha nampak merepek kan?
Tulah, orang yang berfikir di luar kotak je boleh paham, which Geek macam aku yang banyak berfikir ni, yang membuatkan aku boleh guna perkataan; "I'm COOL to be GEEK". Ha, macam mana tu, dah Cool, Geek plak haha.
Frasa "Cool" sebenarnya bukan boleh dijadikan lakonan atau dibuat2, bila korang jadik diri korang sendiri, itulah "Cool" sebenarnya, got it? So kenapa buang masa berlakon atau cuba jadi cool, just be cool! Atau erti kata lain, buat macam biasa, jadi diri sendiri! That Is COOL!
Jadi macam aku, aku bangga jadi Geek & aku tak kisah orang anggap aku Geek! Asalkan aku berpijak di bumi nyata, tak perlu jadik orang lain, tak perlu berusaha susah payah ikut trend ikut citarasa orang lain, tak perlu berlakon jadi orang lain supaya orang suka aku, I'm just being ME! That's was truly me :)
Itu yang aku rasa kelakar bila ramai atau kebanyakkan dari kita tak dapat lagi menerima kenyataan bahawa diri kita dah terlalu ke arah teknologi, di mana membuatkan kita Generasi Geeks! Masih tak percaya?
Aku bagi soalan simple lagi mudah jela, macam ni...
Bolehkah korang hidup tanpa kebosanan kalau korang tak dapat layan internet dalam masa seminggu?
Nak check updates kawan-kawan di facebook? Farmville? Emails?
Macam mana plak dengan Blog? Taip dalam blog seperti bercakap dengan orang lain (macam yg aku buat sekarang haha!) Ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, takpe, i'm cool! :P
Oh ya, lama tak chatting dengan kawan2. YM, MSN, Skype hehe...
Tak payah la bagi point lain, pasal internet je, aku rasa korang takleh tahan sampai sehari pun mesti nak layan jugak, 5 minit pun jadi haha!
Tak cukup Geek lagi? Oklah, aku bagi korang tengok kumpulan2 kecil geek kat imej2 kat bawah ni. Mungkin hati korang akan selesa lepas dibahagikan kepada kumpulan2 kecil, takdelah rasa Geek sangat haha!
Illustration ni bukan aku yang buat. Scott Johnson, a geek, made a poster identifying 56 different types of geeks. Ini pun aku tak upload semua. Ada lagi Lab Geek, Electronics Geek, Drama Geek, etc. Aku rasa dia buat ni pun sebab nak puaskan hati orang supaya mudah pilih kategori masing2 kot haha.
haiya...x habis2 lagi ke pasal geek ni?
ReplyDeleteour world is a geek's world la....dah2...boleh gi buat 'kad' sekarang...hahahah
si uteh lah, kecoh tak paham - paham
ReplyDeleteharap tengok sitcom The Big Bang Theory je, tapi tak paham2 gak, caitt!