Tuesday, October 12, 2010

I Just Met Van Partible Yesterday!



Siapa Van Partible ni? Apa istimewanya dia? Ha kat atas nilah rupanya, & aku baru jumpa dia semalam, dan aku rasa amat best & bangga! Huhuh... Kenapa?

Pada asalnya aku pun tak kenal dia, tak pernah dengar pun nama Van Partible ni. Tapi semalam baru aku tau. Dia lah pencipta salah satu karakter popular daripada produksi Hanna-Barbera, iaitu Johnny Bravo! Tak kenal Johnny Bravo? Ha dok diam2 huhu.


Well, asalnya aku diberitahu bahawa projek ni confidential, takleh bagitau sapa2 sebelum dia siap, tapi memandangkan si Van Partible ni sendiri dah bagitau kat blog dia; vanpartible.com, dan lagipun aku sendiri pikir sape pun yang nak baca blog aku ni haha! Jadi aku tulis jelah, bahwasanya company aku sekarang ni tengah buat projek telemovie Johnny Bravo, & mamat Van ni lah jadik directornya.

11 Okt, Isnin, iaitu semalam, dia datang opis aku check out the enviroment of our office, yelah 1st day datang so dia jalan2 lah dulu sekitar opis aku. Then team produksi yang handle projek Johnny Bravo ni dipanggil ke conference room untuk diberi taklimat oleh si Van ni.

Si Van ni sangatlah friendly, cool & tersangat2 lah humble, bagi seorang director yang sgt hebat & telah terbitkan animation yg dah pun popular worldwide, respek beb! Dan antara isi ceritanya berkisar tentang bagaimana dia boleh jadi siapa dia sekarang, which is lebih kurang sama dgn apa yang dia tulis dalam blog dia, korang bleh check kat sini; Pitching Johnny Bravo, sangat2lah inspiring! Damn kalau lah aku bleh jadik berjaya & hebat macam dia :D

Our Johnny Bravo team with Silas Hickey, the Creative Director of Asia Pacific Animation Development, Turner Entertainment Networks Asia, Inc. Si Van takde sebab dia yang amik gambar ni. Taken from his blog http://vanpartible.com/inspidea

P/S: Sebelum dia pergi aku nak autograph dia & satu keping gambar dengan dia huhuh mesti... :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails