Monday, March 29, 2010

Mari Belajar Melatih Naga Korang


Jumaat lepas, kol 9 lepas keje, opis aku belanja semua pekerjanya tengok wayang, "How To Train Your Dragon" in 3D, di Cineleisure, ECurve. Dan yang lagi best, Boss aku sewa satu hall cinema kat situ, jadi kitorang dibenarkan bawak keluarga dan kawan2 untuk penuhkan satu hall tu, jadi aku pilih my girlfriend to be my partner that night.

Hasilnya, satu kepuasan! Tak sangka pulak aku cerita tu best gila, yg mana aku tak terfikir & tak menjadi targetlist "mesti tonton 2010" aku pun sebelum ni, tapi ternyata aku silap. Korang MESTI TONTON filem ni! Yang buat lagi best malam tu, it's free! Haha!

Ternyata tak mengecewakan, macam filem "Alice in Wonderland" yang aku tunggu2 dari tahun lepas. Kat sini dapat dibuktikan, bukan disebabkan efek khas, atau konsep yang cun gila yang membuatkan sesebuah filem tu jadik best, tapi disebabkan oleh jalan ceritanya! It's not about the 3D, it's about the storytelling. Itu yg mbuatkan buah tangan Dreamworks kali ni sangat mengancam. Memang formula Dreamworks, daripada filem Shrek yg sebelum ditayangkan dulu aku rasa watak utama dia hodoh gila, tapi disebabkan jalan ceritanya, filem2 Dreamworks memang hebat! Love it!!!

Jadi macam biasa, aku googlelah artbook "How To Train Your Dragon" ni, nampak macam menarik huhu, bakal menjadi targetlist collection artbook aku! :)


Next, dalam targetlist filem aku dalam masa terdekat ni, KICK ASS hehe... Amacam crime partner? Ada bran? :P

Sunday, March 28, 2010

Krim di KREAM Store


Sabtu, sebelum kitorang ke MAP arts festival, kitorang singgah sekejap di KREAM Store, tengok perkembangan rakanniaga, BIMA clothing dengan persiapan dorang untuk pembukaan store tu pada April 2010 ni. And then, i found this. It can be a jacket or a hoodie, how cool is that? :D

Festival Seni MAP KL


Semalam, sabtu 27 mac 2010, me & my crime partner pergi ke
MAP Arts Festival, bertempat di Solaris Dutamas. Agak leceh nak ke sana, & bila kami dah sampai, tempat tu memang nampak tempat orang2 kaya. Event tu nampak agak kecik tapi orang yang datang besar2 & agak ramai, & siap ada hidang makanan macam chicken wing, pie, castard tart, macam2 lah, yang paling tak tahan arak pon diorang serve. Ada gak melayu konon cool minum air haram tu, damn high class event! Tapi aku suka artwork2nya. Inspired maybe... And yeah, they supporting the Earth Hour. Anyway, we found this..! ;P

Friday, March 26, 2010

Hi! I am Blogger Boy!


Yep, akulah Blogger Boy. Ops jangan salah paham, bukan mamat tu tapi disebabkan aku ada blog & aku lelaki, menjadikan aku blogger boy betul tak? Haha! Whatever it is, actually i kinda love that show! Padahal baru je layan season 2 ni, setiap hari khamis, 9.30pm di 8tv. Season 1 aku tak pernah tgk, yelah mungkin disebabkan kurang tengok tv sebelum ni huhu...

But as a fan, aku nak komen sikit, yelah aku ni kaki kritik, sepanjang aku tengok siri tu, aku tak rasa feel watak utama itu seorang blogger pun. Ya, aku tau dia ada blog, & it's cool which is, it's a comic blog, blog yang berkomik, & idea itu sangat best, cuma aku rasa blognya agak tidak menonjol, sori to say this.

Dan lagi satu hal karakter dalam komik tu langsung tak represent watak2 dalam siri tu, it's way too different. Aku tak salahkan pelukis komik tu, Nikki Liaw, sebab kalau baca profail dia pun, bleh paham yg dia dapat skrip & karakter profail dahulu sebelum tahu siapa yg akan memegang watak tersebut which is dia melukis berdasarkan skrip & karakter profail yg diberi. Tapi ia cuma nampak tak realistik & buatkan aku tak percaya cikgu Budi tu lukis semua komik tu.

Dan aku sebagai orang yg suka melukis, kalaulah aku cikgu Budi, aku akan melukis karakter tu more personalitinya kpd diri aku sendiri, mybe tak sama atau lebih hensem dari wajah sebenar (which is aku dapat lihat kat semua org yg melukis buat mcm tu haha) tapi sekurang2nya ada sedikit identiti seperti rambutnya yg kerinting atau cara pemakaian yg sama. Dan lagi buat aku pelik, jika cikgu Budi seorang blogger yg suka melukis, adalah lebih menyakinkan kalau dia slalu bawak sketchbook kemana dia pergi & melukis di mana2 seolah lakaran itulah jurnalnya, yg lepas tu dia scan dan uplod di blognya, tapi yg aku tengok skrg ni, jarang skali tengok dia melukis huhu...

But still, i really love this show, sebab idea mengabungkan komik style animation dgn drama sgtlah susah nak ada dalam drama Malaysia, yg aku ingat filem Imuda, "Mat Gelap" je yang ada, itu pun aku dah suka gila & tak sangka Malaysia ada filem camtu. Hopely akan ada lagi filem atau drama yg stail mcm ni, just like I love "Save By the Bell" & "Lizzy Maguaire". :P

Wednesday, March 24, 2010

Cuci - Cuci Malaysia???



Seorang kawan opis aku tak tau buang tebiat apa agaknya, tanya aku & beberapa kawan aku yang lain; "Apa yg korang pikir daripada perkataan Cuci - cuci Malaysia?"

Hoh? Apa dia mengarut nih? Yg mana kami sedia paham dia ni memang kaki karut.

Jadi ada kawan aku jawab, "sama dengan Bersih - bersih Malaysia." "Ya, bersihkan Malaysia". "Mandi tepi pantai". Semua jawapan berkaitan dengan perkataan "cuci" itu sendiri yang membawa maksud bersihkanlah.

Tapi tau apa jawapan aku yg straightly melintas dalam fikiran aku?

"Cuci kepala otak orang Malaysia".

Tergamam kawan2 aku dengar. Jawapan baru dia kata. Ada yg tersenyum2, giggles jer dengar jawapan aku. Bunyi macam lawak kot. Tapi entah. Aku rasa macam perkataan "cuci" membawa kepada maksud itu. Macam "brainwashed". Aku rasa dah lama kita kena brainwash tanpa kita sedar. Don't get me wrong. Maksud aku bukan Malaysia. Tapi oleh orang sekeliling. Orang lama. Media elektronik & percetakan. Dan banyak lagi...

....




Kawan aku kata, dia terpikir ayat tu bila dia tersilap nyanyikan bait kata lagu Siti Nurhaliza, Cuti - cuti Malaysia itu huhuh~ :P

Tuesday, March 23, 2010

Free Sebelum Bizi


Beberapa hari ni aku rasa lapang betul. Tak kira kat rumah atau kat opis. Rasanya start dari awal bulan ni lagi. Mungkin sebab projek sebelum ni dah nak habis, tinggal tunggu masa je nak start projek baru. Kat opis pun aku banyak buat test animation je, belum dapat scene betul2 lagi. Tu yang buat jadiknya mengantuk je memanjang kat opis. Tapi alhamdulillah hari2 aku dapat balik awal. Tak macam2 masa bizi dulu. Memanjang stayback. Paling awal pukul 10 malam baru sampai rumah. Tapi kali ni dapat balik awal pun aku bermalas-malasan juge.

Sampai rumah bukak laptop dulu. Layan facebook. Tengok je. Kalau rajin buat status baru. Bukak blog. Tengok jer. Ada komen balas. Kalau takde diam. Lama sikit baru mandi. Masak megi. Makan. Sambil2 tengok tv. Dekat2 kol 12 rancangan kegemaran dah habis, sambung balik surf internet. Facebook. Kalau rajin sikit karanglah blog, macam malam ni. Tu je aku buat tiap2 malam. Haih, rasa macam buang masa juga. Tapi aku macam takde energy. Byk aura malas di sekeliling. Padahal waktu bizi dulu macam2 plan nak buat bila sampai waktu lapang macam ni...

Dulu aku belum beli tablet wacom, ada la alasan. Sekarang, wacom simpan je tak pakai. Adeh. Sepatutnya waktu free macam ni aku dah main lukis2 pakai wacom. Dah hari2 buat digital painting. Dah start projek animation pendek yang dah lama aku mimpi nak buat. Tapi mimpi jadik mimpi jelah. Malas. Tapi aku tak sepatutnya rasa malas camni... Kenapa yer???

Kat opis, waktu bosan2, ada jugak rasa gatal2 nak buat animation tu. Tapi memikirkan buat penat je aku buat kat opis, bukan bleh bwak balik. Yelah, pc kat opis aku semua dia block utk sistem data keluar. Data boleh bawak masuk tapi tak boleh bawak keluar. Sedih aku. Banyak movie budak2 ni letak dalam share dorang aku takleh copy, sigh...

Mungkin aku perlukan enviroment yg lebih segar. Hmmm....

P/S: ayat dalam gambar kat atas tu makan dalam siot... Perghhh...

Sunday, March 21, 2010

Hari Sepanas Belon


Ahad, aku, cek kam & seorang rakan pergi Putrajaya, ada Festival Belon Panas Udara Antarabangsa 2010. Festival tu berlansung selama 4 hari, 18 - 21 Mac, bermakna harini adalah hari yg terakhir.


Kitorang sampai dalam pukul 10, harapannya nak tgk belon2 dari luar negara yg macam2 jenis & menarik tu, tapi tak kesampaian. Hanya ada 4, 5 belon saja yg diterbangkan, itu pun local punya. Lepas pukul 12 tghari, semua belon dah tak diterbangkan. Pelik. Mungkin pada hari terakhir hari ahad di mana lebih ramai orang datang mereka buat keputusan untuk "tutup kedai". Ataupun mungkin gas nak terbang dah habis. Mungkin. Yang aku dapat tau, hari pertama, khamis, waktu orang ramai bekerja, waktu itulah banyak belon2 dari luar negara diterbangkan. Takpelah, takde rezeki. Tapi yg pasti waktu itu panas betul, kulit aku dah gelap & berbelang2 macam baru lepas berkelah tepi pantai. :P

Saturday, March 20, 2010

Permainan Minda Studio 4C


Last week kat opis, memandangkan kerja tak banyak lagi, aku buat kerja sambil tengok movie lagi haha! Officemate aku bagi pinjam DVD Studio 4C, studio animation idola aku tu! Apa lagi tak tahan nak tunggu balik rumah, so layan terus lah kat opis. Bukak pakai VLC player, kecikkan view dia & letak kat sudut bawah skrin monitor aku. Salah satu cerita yang aku layan adalah cerita ini, Mind Game. Markah yg aku boleh bagi, full mark! Two thumbs up! Aku suke gila! :D

Mind Game (マインド・ゲーム) (2004) ialah sebuah filem anime jepun berdasarkan sebuah komik oleh Robin Nishi, yang ditulis & diarahkan oleh Masaaki Yuasa & dihasilkan oleh Studio 4°C.

Mind Game adalah movie yang luarbiasa apabila ia menggunakan stail visual yg berlainan utk bercerita dalam satu cerita yg bersambung. Macam2 stail animation korang leh jumpa dalam satu movie ni jer, ada 2D, 3D, rotoskop, stop motion, stail motion graphic, life video & macam2 lagilah! Mungkin orang lain tak suka sebab jalan cerita & cara penceritaannya yg begitu abstrak, senang kata nampak artsy fartsy lah, tapi pada aku sebagai animator Malaysia yg masih cetek pengetahuan ni, filem ni memang hebat gile! Nak tau cerita dia pasal apa? Cubalah baca kat sini. Plot cerita dia memang tak logik & gila! Haha! XD

Tapi apa yang aku dapat simpulkan & mesej yang aku faham dari filem ini ialah; kita mesti sanggup berusaha dengan buat apa sahaja sehingga apa yang termampu oleh kita untuk terus hidup, walaupun bende tu tak logik & di luar jangkaan kita. Yelah, bayangkan watak utama citer ni diburu oleh yakuza hingga hampir mati sampailah ditelan ikan paus, tapi semangatnya nak bebas & terus hidup, dia sanggup hadapi realiti & buat apa sahaja hingga ke luar kemampuannya, yeah! That's the spirit!!!


Mindgame (Studio 4C) dvd boxset, yg mengandungi DVD, storyboard book & art book, harga dalam $100 singapore dollars! Wow! Sayang, tolong belikan ni untuk hadiah harijadi ataupun hantaran perkahwinan kita boleh? Huhuhu...

Friday, March 19, 2010

Idola #1: Koji Morimoto

Beberapa post sebelum ni aku rasa penulisan aku terlalu serius. Jadi post kali ni aku nak ringankan sikit kepala aku dengan hasil kerja mamat jepun ni, Koji Morimoto.

2 minggu lepas aku baru jer beli buku hasil karya dia, Orange Morimoto Scrapbook Artbook yg dah lama gile aku idamkan, sejak zaman aku study lagi, dan sampai sekarang aku masih angau dengan artwork dia, perghhhh~!!! Belilah! Berbaloi! :D

Aku takdelah kenal sgt dia ni, tapi sejak hasil kerja dia direview dlm majalah Starz keluaran Gempakstarz (kalau tak silap) aku termimpi2 nak jadi sehebat dia. Sebab apa? Dia jugak asalnya animator macam aku! Dan dia dah berjaya gile sekarang ni dan berkarya bersama antara studio animation paling power, Studio 4C. Mari sama2 kita kenal artis hebat ini.

Koji Morimoto (森本晃司 Morimoto Kōji), lahir pada December 26, 1959 di Wakayama, Jepun ialah seorang animator dan salah seorang daripada premier anime directors Jepun. Beliau graduated daripada Institute of Design of Osaka, & memulakan kerjayanya sebagai animator pada 1979 di beberapa studios seperti Madhouse.

Setelah berkerja secara freelance pada 1984, Morimoto telah collaborated dengan Nakamura, yg telah terlibat dalam Katsuhiro Otomo’s "The Order to Stop Construction" segmen daripada filem antologi "Neo-Tokyo". Sejak itu, ia telah membuka peluang kepadanya, daripada menjadi animation director untuk karya hebat Otomo, "Akira" & berpeluang utk mengarah cerita pendek pada 1987 bertajuk "Franken's Gear" segmen daripada filem omnibus Robot Carnival. Ketika itulah, dia menubuhkan Studio 4°C bersama penerbit Eiko Tanaka & rakan animator Yoshiharu Sato.

Sejak itu, Morimoto telah fokus hampir kesemuanya exclusively pada kerja pengarahan. Antara hasil terhebatnya melalui babak konsert dalam "Macross Plus" (hasil kerjanya seorang dalam 15 tahun) dan filem pendeknya "Noiseman Sound Insect".

Kini, hasil kerjanya mendapat perhatian luar apabila difeatured dalam Takashi Murakami’s Superflat exhibitions worldwide, & dijemput oleh Wachowski Brothers utk menghasilkan "Beyond", salah satu segmen dari The Animatrix. Dia juga menghasilkan "Complacency"salah satu segmen animasi Iklan untuk Nike tahun 2004, disebut "Chamber of Fear", menampilkan pemain basketball LeBron James.


Filmography
Robot Carnival – "Franken's Gears" (1987)
Fly! Peek the Whale (とべ!くじらのピーク Tobe! Kujira no Peek?) (1991)
Nine Love Stories – "Hero" (1991)
Memories – "Magnetic Rose" (1996)
Noiseman Sound Insect (1997)
Eternal Family (1997)
The Animatrix – "Beyond" (2003)
Digital Juice – "The Saloon in the Air" (2003)
Genius Party Beyond – "Dimension Bomb" (2008)
Music Video
KEN ISHII – "EXTRA" (1996)
The Bluetones – "4-Day Weekend" (1998)
Glay – "Survival" (サバイバル Sabaibaru?) (1999)
KICELL – "Yakan Hikō (Rakka Dub Version)" (夜間飛行 (落下ダブ Version)?) (2002)
Ayumi Hamasaki – "Connected" (2003)
Hikaru Utada – "You Make Me Want To Be A Man" (2005)
Hikaru Utada – "Passion" (2005)

Sumber;

Wednesday, March 17, 2010

Telatah Melatah Orang Kita

Bukan nak cerita tentang orang2 tua yg bile diusik dia melatah. Tapi nak cite psl org2 kita ni. Mostly orang melayu. Cepat betol melatah, tanpa usul periksa. Cepat betol mengecam orang tanpa tahu latar ceritanya. Cepat betol menyalahkan orang lain tanpa pikir penyelesaian sepatutnya. Tegur pasal Valentine's day pon kena kecam. Sensitif.

Aku ada baca blog sorang blogger ni; penulisannya sangat menarik. Sehinggalah satu hari dia post satu imej yg dia dpat dari emelnya yg mana menghina agama kita, agama Islam, dan dia beri peluang kpd pembacanya utk memberi pendapat tentangnya. Dan tentulah sifat orang kita, ramai yg mengecam tak tentu pasal. Biasalah, isu sensitif. Baca respon bijak dia klik sini.

Tentang isu agama Islam, ramai btol yg tak senang duduk. Betol, bila isu mcm tu di warwarkan mulalah ramai nak kecoh. Tapi yg depan mata batang idung sendiri mereka tak nampak. Mcm2 bentuk hiburan ada. Tapi bila ditegur, melatah. Sebab tak bleh terima realiti. Yeah, reality bites. Reality sucks! Pernah dengar perkataan masa belajar kat sekolah agama dulu; "menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal"? Dah banyak berlaku sekarang ni tanpa kita sedari berlaku sekeliling kita.

Isu bertudung tak payah cakaplah. Kalau tanya sapa2 yg freehair mesti dia jawab; "Alah, pakai tudung tu pon tak semestinya baik, slalu kena tangkap khalwat jugak ramai." Tapi perlu ke kita mempersoalkan hukum Allah? Malah wanita2 yang masih utuh islam di dadanya sering menjadi mangsa. Nak tau pengalaman mereka sila baca blog ini.

Di sini sedikit yg dapat aku petik daripada satu sumber internet yg boleh dipercayai:
----------------------------------------------------------------------
Siapa yang membenci sebagian dari ajaran Rasulullah, meskipun ia tetap mengamalkannya, maka ia telah kafir. Berdasarkan firman Allah,

"yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Qur'an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka."

Siapa yang memperolok-olok salah satu ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Atau memperolok-olok pahala dan siksaan yang diperoleh maka ia juga kafir. Dan dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah firman Allah,

"Katakanlah wahai (Muhammad), 'Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok?' tidak usah kalian minta ma'af, karena kalian kafir sesudah beriman." (At Taubah: 65-66)
----------------------------------------------------------------------

Ingat lagi tentang penyataan Wardina tentang artis Malaysia tidak boleh menjadi idola? Ramai yg melenting akibat pernyataan jujurnya, terutamanya artis.

Tup-tup btol2 artis kita kena tangkap dekat kelab. Tup-tup kena tangkap hisap ganja. Tup-tup kena tangkap rumah jadik kilang dadah. Tup-tup kena tangkap kes pecah rumah. Memang tak semua yg macam tu. Tapi kebanyakkannya. Yang pasti konpem ramai artis Malaysia penah jejak kaki ke kelab malam. Minum? Wallahuallam Allah saja yg tau. Pernah tergelak dengar komen sorang artis yg pernah kena tangkap kat kelab yg tidak berdaftar katanya, "Nasib baik saya tak minum sebab saya demam." Malaysia pon hebat. Ada kelab malam haram dan halal. Yang haram sebab tak berdaftar.

Wardina dikecam lagi sebab jumpa Nik Aziz. Dikecam sebab beri komen negeri2 lain patut ikut jejak langkah Kelantan sebab anjurkan majlis berbentuk islamik. Macam tu pon orang boleh melatah, boleh tersinggung. Politik politik.

Media percetakan & TV pon makin hebat sekarang. Kecam sana sini juga. Bahasa dorang dengan mudah boleh buat orang pecah belah. Cuba baca kisah buang bayi ini dari Sailfulislam.com. Baru2 ni saya terbaca dalam akhbar tempatan dengan selambanya cakap pegawai kerajaan tak buat kerja. Kalo btol pon kenapa begitu bahasanya? Kadang2 ahli2 politik negara kita pun selalu mengeluarkan pernyataan yg berbaur pergaduhan. Itukah sifat pemimpin?

Terlalu banyak yg nak diceritakan tentang Telatah Melatah Orang Kita ni.

Dulu masa muda remaja yg biasa dalam otak byk memberontak, pernah naik kereta bersama mak aku. Lalu di sebelah parit sebuah kampung. Parit tu btol2 kotor dan penuh dan berbau pula. Aku yg masa tu terpengaruh dgn byk media sekarang pon berkata, "Teruk betul kerajaan sekarang, parit dah teruk macam tu pon terbiar ajer tak buat pape." Selamba mak aku jawab, "Orang sekarang yg malas. Terlalu mengharap bantuan sangat, kalo masa dulu ni, satu kampung je gotong royong bersihkan".

Dah lama aku tak dengar perkataan "Gotong royong" tu. Ada btolnya jugak kata mak aku. Tapi pelik sekarang, semua mender dimanjakan sekarang. Padah slogan itu juga. "Rakyat didahulukan." Macam anak yg dimanjakan dengan kekayaan. Harapnya takdelah lepas ni ada yang salahgunakan rancangan "Aduan Rakyat" utk bersihkan lalang depan laman rumah sendiri jer. :)

P/S: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Dahulu dan utama, jadi mana satu yg pertama? Even ahli pemuda UMNO sendiri konfius, baca sini. Kelakar. ;P

Monday, March 15, 2010

Bagai Lampu dengan Bumi



Sabtu lepas aku dan si dia jalan2 dekat Shah Alam. Cuaca panas terik betol. Walaupon petang tu ada hujan sekejap. Dah la Shah Alam ni banyak kawasan lapang.

Jadi kami ada lah jumpa satu tempat ni. I-City nama dia. Cantik juga. Aku tengok banyak pokok, tapi rupanya pokok tipu, atau sebenarnya tiang lampu yg dihias macam pokok. Kawan2 aku kata cantik kalau berlampu waktu malam. Satu kawasan lapang yg dipenuhi pokok2 lampu, confirmlah malam cantik.


Aku ada terbaca di mana2 laman web, tapi post tahun 2006 punya, katanya City Walk ini direka oleh Jon Jerde, seorang arkitek dari US, yang mana barulah aku paham kenapa kebanyakkan pokok2 lampu yang ada kat situ adalah pokok luar negara, pokok krismas pon ada! Heheh.. Dan kerajaan membelanjakan sebanyak RM40 million utk kesemua projek I-City tu, bermakna yg aku jumpa ni baru sedikit daripadanya.

Dan tiba2 aku teringat. Sabtu, 29 Mac ini, akan diadakan Earth Hour, satu event yg mana seluruh dunia diperlukan untuk tutup lampu selama sejam bermula pada pukul 8 malam. Lampu dan bumi, err... apa kaitannya ye? Saving electricity? Ok satu jam tutup lampu rasanya tak cukup utk selamatkan bumi bukan? Sebab it takes our whole life to keep earth "healthy"! - bak kata dia.

Itu usaha seluruh dunia tapi mcm mana dengan kita? Bukak lampu2 pokok yang banyak itu sepanjang malam setiap hari? Macam bertentangan plak dengan kempen tadi, & agaknya berapa banyak elektrik yg terbazir begitu sahaja.

salah satu "pokok" yang belom tumbuh lagi

Walau macammanapun respek jugak idea dorang buat City Walk ni. It's a nice view seriously & a nice place for photography. Respek juga bagaimana dorang dapat idea macam tu untuk kekalkan pokok2 kat Malaysia ni. Yelah, kalau pokok betul tak tahan lama, lambat laun mati jugak kan? Dan sebab tu dorang gantikan dengan pokok tiruan, supaya lebih tahan lama, dan cantik plak tu, bercahaya pulak waktu malam2. Takde la lorong2 gelap kat taman untuk orang buat maksiat lagi. Btol tak? ;p


P/S: Anyway, aku suka bila Kerajaan Selangor lancarkan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" pada setiap hari sabtu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Walaupun agak menyeksakan utk keluar shopping pada hari sabtu & terpaksa bayar 20sen untuk beg plastik, tapi sekurangnya satu usaha yg baik untuk selamatkan bumi, untuk sesuatu yg baik perlukan pengorbanan bukan? Itu baru satu hari, cubalah applykan pada kehidupan harian kita, tentu lebih baik :)

Sunday, March 14, 2010

How to Make Your Own Rangers Helmet for Dummies

Aritu aku google helmet Power Rangers untuk refference design banner portfolio blog aku. Cari punya cari tiba2 aku terjumpa website ni. Cool gile, dia tunjukkan cara2 nak buat helmet power rangers korang sendiri, guna helmet motor biasa jer! And the owner of the website is a girl! Cool haha!!!

check out the website www.seriouslysarah.com
kalo korang nak tengok yang lagi gempak, search kat youtube, taip DIY cosplay helmet, berlambak-lambak klip otaku2 buat helmet dorang sendirik, daripada karakter Power Rangers, Kamen Rider & macam2lah, semaaartt sioottt!!! :D

Cuba korang bayangkan korang naik motor pakai helmet macam ni hahaha!!!

Saturday, March 13, 2010

Inspirational Slumdog Johnny

Kisah ini takde kena mengena dengan band dari Indonesia, Inspirational Joni...

Minggu ni aku macam serabut sikit. Laptop buat hal. Macam2 keje kat opis dengan kelas kepimpinan tu lagi. Tapi minggu ini berakhir dengan baik sekali. Bukan this week, tapi this weekdays. Weekend tak sampai lagi :P

Weekdays aku di opis, ari Isnin, bermula dgn lambakan kerja, iaitu retakes dari previous kerja yg aku buat. Dah la aku tak suka buat retakes! Argh! Tensen pertama. Hari rabu, kelas kepimpinan kat opis aku macam biasa. Kena dengar audio baru dari
Robin Sharma - "Manage Your Time, Master Your Life". Siap ada workbook tu! Dengar sekejap dah mengantuk. Baca workbook plak, bosannn! Argh! Tensen kedua. Nasib baik aritu kelas dibatalkan. Ganti esok harinya. Hari Khamis, boss aku explain pasal talk Robin Sharma tu. Humm... inspired jugak. Jadi aku nak kongsi skit dengan korang...

Cuba korang pikir, apa kena mengena Masa dengan Hidup? Time and Life? Your life, kalau korang tak guna hidup korang sebaik2nya, korang dah membazir hidup korang, dan masa berjalan, tanpa menunggu walau sesaat. Cuba bayangkan, sekarang umur dah 26, berapa banyak masa yg dah korang bazirkan? Setiap hari kita menghitung hari. Termenung. Bilalah nak gaji. Bilalah nak cuti. Bilalah nak kahwin. Kita hanya tahu menunggu. Tanpa lakukan apa2 untuk gunakan masa yang kita ada sekarang. Memetik satu dialog daripada filem Kungfu Panda...

"Yesterday is history, tomorrow is a mistery, today is a gift.. that is why they call it 'present'"
- Master Oogway.


Jangan salahkan sesiapa kalau hari korang tak baik, emo atau bosan. Korang yg tentukan sendiri hidup korang, korang yang tentukan hari korang bosan atau tidak! Live Your Life! Buatlah sesuatu daripada tak melakukan apa2. If you fail to plan, you're plan to fail.

Daripada workbook Robin Sharma tu, adalah dia suruh buat perancangan hidup setiap hari. A weekly schedule & a journal, & set your goals. Hmm... Blog nilah jurnal bagi aku. Weekly schedule? Goals? Perghh! Payah!!! Tensen jugak aku dok pikiaq bende2 alah ni. Tapi memang agak mbantulah mende ni kalo nak mendisiplinkan orang. Tapi tu aku yg payah tu!

Goals - Impian aku seumur hidup, aku teringin nak jadi seorang animator, teringin nak jadik comic artist, teringin nak jadik concept design artist. Animator dah pon jadik kerjaya aku sekarang, tapi aku blom lagi kluarkan animation 100% idea aku. Planning nak buat short utk portfolio aku tapi, aku takde IDEA! Dulu pernah plan dgn kawan2 nak publish komik sendirik, submit kat PTS tapi last2 tak jadik sbb aku takde IDEA! Concept design artist is a long way for me, i know it, but really... its my DREAM! takut tak sempat!

Jadik kawan aku ckp, biasalah org mcm kita kadang akan kena creative block punya, byk sgt pakai otak belah imaginasi agaknya, so dorang bagi cara, pergi jalan2 kat mana2 & bwk sketchbook, sketch everything, & you'll get inspired. Dan itu mbuka mata aku, that's a hell of good idea! Thanks Jane!

Start ari rabu aku dah tak buat retakes. Aku move on ke projek baru. Aku terpilih masuk group yg akan buat telemovie utk salah satu karakter popular dari Hanna Barbera (nama projek dirahsiakan hehe) & projek tu dari India. Aku kenalah buat test animation karakter tu menari hindustan la plak, so terpaksa lah tengok videoklip2 & lagu hindi sebagai rujukan alahai haha!

Dan selepas dapat nasihat dari kawan aku dan dengar lagu2 hindi tu terus otak aku macam ringan, mata jadik cerah, macam2 vision masuk kepala! Weekdays ni btol2 buat aku inspired! Thanks guys! HAHA! Laptop aku pon dah ok, complete serba serbi cun, alhamdulillah!

Oh ya! Anyway,
Slumdog Milionaire pada pandangan aku sangat briliant! Walaupon citer tu taun 2008 & aku baru je tengok taun ni (lantak la korang cakap aku out-dated haha!) tapi aku rasa itulah citer yang best bagi aku. Aku suka mesej yang dia nak sampaikan. Alhamdulillah aku lahir di sini. Apa yg aku dapat simpulkan; jangan fikir hidup kita dah cukup teruk, ada lagi orang lain yg lebih bernasib malang dari kita, tapi dorang tetap teruskan hidup dorang. Live your own life baybehh~!!! :D



P/S: Anyway, lagu OST Slumdog Milionaire, Jai-Ho btol2 buat aku inspired, bukan sebab liriknya, tapi feelnya, bila dengar bleh bayangkan perjalanan hidup budak2 dalam citer tu sampai dia besar, really get me inspired!!! :)

Monday, March 8, 2010

Kecewa tapi Mengidam

Ahad, kami keluar pagi, cadangnya nak pergi tgk movie paling hot 2010; Tim Burton's Alice in Wonderland (3D), jadi seawal 10.30pagi lagi kami dah ada kat Times Square, harapnya tak ramailah kat sana. Sangkaan aku meleset, semua tiket pagi ke 2.00 ptg dah habis. Aku tak sanggup kecewa jadi terus ke Pavilion, mengharapkan kat sana tak ramai orang, tapi kecewa jugak. Tiket yg ada pukul 5 & 7 sahaja. Jadi kami ambil kol 5petang, daripada tak ada.

Waktu tu baru pukul 12.30tgh hari. Awal lagi. Jadi kami pon berjalan2lah sekitar Pavilion tu, bosann... Jumpe butik Adidas, tengok kasut orait jugak. Skali ada 50% diskaun plak, tapi kasut yg diskaun aku tak minat. Tanya lah amoi salesgirl tu; "Bila stok Star Wars edition sampai?" Dia jawab, "Minggu lepas sulah sampai, itu warna oren punya, 3 hari sulah abis". Dalam hati aku, warna oren? Luke Skywalker punya edition?! Arghh! Itu yg aku nak & idamkan sangat! Kenapa aku tak tau? Bulan lepas aku dah melepas Clone Troopers punya edition. Kecewa aku...

Kol 5, kitorang dah masuk tengok movie. Alice in Wonderland. Kesimpulannya? Bolehlah... Tak best sangat & tak bosan sangat. Tapi keseluruhannya... aku kecewa lagi~! Storylinenya terlalu simple, malah tak sampai 2 jam, mana puas! Maybe expectation aku tinggi pada karya Tim Burton ni. Tapi aku suke karakter2 dalam cerita tu, psycho jugak, aku rasa movie tu tak sesuai ditonton kanak2, ada budak2 dalam pawagam tu siap mnangis2 tgk karakter lakonan Johnny Depp tu, adehh... leceh btol...

Tapi okla... Takdelah sepanjang hari tu aku kecewa. Sebab aku ada jugak dapat something yg aku idam2kan hari tu. Masa sebelom kitorang tgk wayang, kitorang lepak2 kat Kinokuniya, skali terjumpalah aku buku scrapbook ORANGE karya Koiji Morimoto yg aku idam2kan drpd masa aku study dulu lagi. Dulu nak beli takde duit, sekarang dah jumpe depan mata sambar jelah. Hehe :P

Related Posts with Thumbnails