Macam biasa, lama aku tak update blog ni. So first of all nak cite, aku dah pun officially menetap di Ampang sekarang. Start awal bulan 3 hari tu, segala barang2 di rumah sewa Kota Damansara telah pun diangkut habis. Dan sekarang aku menetap bersama isteri & keluarganya di Ampang. Bolehlah berjimat sikit untuk perbelanjaan kami sendiri hehe.
Dan untuk saje2 recall & jugak simpanan memori aku hehe, biar tulis dalam blog baru boleh ingat huhu; iaitu setelah dikira, adalah lebih kurang 9 ke 10 kot rumah atau kawasan yang pernah aku duduk semenjak aku kerja lebih kurang 5 tahun kat KL ni. 5 tahun 10 rumah hahaha! Amacam?
Tempat2 yang pernah aku menetap iaitu first sekali Sungai Besi lah, rumah pakcik aku, then cuba hidup sendiri dengan menyewa sebuah bilik di rumah kedai Pantai Dalam, Cheras walaupun waktu tu kerja di Bukit OUG, haha jauh tak? Dah sewa bilik rm180 gila gila. Then lepas dapat kerja di Shah Alam, dapatla duduk banglo bersama CEO company aku kat situ. Then pindah kerja lagi, kat Subang Jaya pulak tapi aku menetap di Kampung Dato Harun, PJ. Dan kat kampung tu je 2 rumah aku dah duduk haha. Lepas tu pindah ke Sungei Way pulak lepas dapat kerja kat Asia Jaya, PJ. Then duduk sekejap kat satu flat horror kat Kelana Jaya sekejap, takdelah horror sebenarnya tapi dah buruk hehe dan sekejap tu sangat lah sekejap iaitu sebulan je, pastu pindah lak ke Mentari Court, Bandar Sunway.
Dah sedap duduk sekali owner nak jual rumah lak terpaksa lah aku berpindah sorang2 ke Kota Damansara, konon cadangnya lepas kawin nak duduk situlah, sekali dah beli perabot, TV semua tak jadik pulak, last2 - and finally now, i'm officially live in AMPANG, hopefully lamalah aku duduk sini. Bukan apa2, penat gak pindah randah ni huhu. Tapi takdelah teruk sangat, sekurang2nya adalah jugak pengalaman aku duduk kat tempat tu & taulah jugak selok belok jalan KL nih heh. :)
No comments:
Post a Comment