Babi, Zina & Riba - sumber google.com
Selalunya kalau dikatakan haram, apa benda pertama yang terlintas dalam kepala korang? Babi? Betul haram. Zina? Memang haram dan banyak terjadi zaman sekarang ni. Tapi apa benda yang haram, seharam babi dan zina ni, tapi masih orang buat tapi takde sorang pun buat sesuatu mengenainya? Dan inilah satu2nya benda haram yang kalau aku tegur atau sesiapapun tegur mesti kena marah balik punya. Bukan sorang dua, tapi hampir semua tak setuju.
So awal2 aku cakap, aku bukan nak tunjuk pandai, aku hanya mahu menegur dan berpesan2 sesama Islam, atau nak beritahu kepada sesiapa yang tak tau...
MEROKOK ITU ADALAH HARAM!!!
Dengan tegasnya khatib tu menjelaskan, dengan setegas2nya menekan perkataan HARAM. Ini HARAM, bukan boleh buat main2.
Sebenarnya aku dah lama sedar benda ni, lebih2 lagi aku ada terbaca sebuah artikel mengenainya di sebuah masjid di Bandar Tasik Selatan, dan dah lama terbukti pun, mengikut Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang tertera dalam lawan web dorang;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Sebab apa HARAM? Hujahnya korang boleh baca --> di sini.
Jadi, pada pendapat korang, terutamanya yang merokok, masihkah anda mahu merokok?
P/S: Dah diconfirmkan haram, tapi kenapa tidak diperketatkan undang2 oleh kerajaan seperti haramnya babi, arak & zina? Cuba fikirkan... :)
memang dah tau haram pun tapi dorang still gak nak merokok..
ReplyDeletelebih-lebih lagi membazir lak tu..
eee rasa cam nak tampo2 jew
kite bako je haha :P