Sabtu 19 Mac, iaitu semalam kami ke Putrajaya untuk tengok Fiesta Belon Panas, tapi kami sampai pukul 1 sampailah 4.30 petang, satu belon pun tak muncul2. Kata fiesta belon tapi takde belon, tak ke pelik. Pulang dengan kecewa rupa-rupanya baru dapat tau, belon panas tu naik ada waktunya juga; 2 sesi iaitu pukul 8.00 -11.00pagi dan 5.30-9.00 malam. Cadang kawan aku suruh datang lagi hari Ahad ni, aku pikir malas pula nak ke sana banyak kali, bukannya dekat, lagipun bukan main lebat lagi hujan hari ni, nasib dah pegi semalam heh. Lagipun tahun lepas aku dah tengok pun, takde lah kecewa sangat hehe...
Aktiviti kami dimulakan dengan makan2, disebabkan perut yang lapar & ketiadaan belon, tiba-tiba mata tertarik dengan van Darabif Burgers ni, apalagi Lamb Burger satu set, Double Moo (dorang namakan daging lembu sebagai Moo) satu set hehe...
Kiri Burger Double Moo yang aku beli (nama sebenar aku dah lupa) & kanan adalah bekal yang wife aku bawak yang sebenarnya merupakan breakfast untuk pagi tu.
Sebelum kami balik kami singgah di event Lorong Seni, yang mana kami terjumpa & tak plan pun nak pegi.
Oh ya, dan sebelum balik kami tapau lagi 2 set Darabif Burgers untuk orang2 di rumah pula. Memang sedap! Cubalah! Haha buat iklan percuma :P
P/S: dan tak lupa ucapan terima kasih kepada pemandu kami, cik Arita Hanim Awang aka AHA hehe...
No comments:
Post a Comment