Sunday, March 20, 2011

The name is... Rango!

Khamis lepas, malam Jumaat, opis aku belanja semua pekerjanya tengok wayang, macam tahun lepas. Kalau tahun lepas kitorang tengok cite pasal naga, tahun ni kitorang tengok cite mengkarung pulak, lakonan suara oleh Johnny Depp - RANGO. Dan kali ni kami dibenarkan membawa teman limit sehingga 5 orang! Jadinya, aku jemput semestinya wife aku & beberapa rakannya, & jugak sorang kawan lama aku, encik Nen.

Dan hasilnya tontonan malam itu - memang berbaloi! Rango memang tidak mengecewakan, dari segi acting & expression, seolah2 hidup & sangat realistik! & jalan ceritanya gila kelakar! Tetapi kebanyakan masa aku seakan terpana bila melihat kecantikan efek & pergerakkan animation & model setiap karakter, super detail & memang mengagumkan! Tak sangka pulak hasil Nicklodeon sehebat ini,& tiada lagi aku nampak bayang hebat studio lain macam Pixar & Dreamworks.

Jadi, sebagai animator, memang membuatkan aku tertanya2 macam mana dorang boleh hasilkan animation sehebat ini, & rahsianya, korang bleh check videolink di bawah ni, acting sebagai reference kepada animator, memang super awesome!!!


Artbooknya tak kurang hebatnya juga. Yess, targetlist mesti dapat nih! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails