Tuesday, September 28, 2010

Random Awesome

Mulanya aku ingat Yuna takde lagu hepi2 (selain daripada lagu Raya Oh Yeah!), sebab selalunya kedengaran liriknya sedih2 & bunyi macam depressed je walaupon melodinya sedap, eheh, tapi lepas aku amati lirik ni betul2, it's kinda cute i think.

Tajuknya pun agak menarik, Random Awesome, maksudnya awesome yang random, sesuatu yang menarik tetapi random, tidak tertentu kepada sesuatu. Ntahla, bila aku dengar lagu ni macam kena dengan apa yang aku buat, random, unplan, tapi yang tak plan tu aku rasa best & awesome, lebih2 lagi bila bersama Dia.

Apa2 saja yang kami buat bersama, tak kisah la kami plan atau tidak, benda-benda yang random saja mungkin, jalan, makan, baca, berinternet, apa2 perkara biasa yang tak nampak hebat pun, tapi aku rasa awesome. Paham tak? Tak paham sudah haha! Tapi tak pastilah plak betul ke lirik lagu ni maksud dia macam tu haha! Dengar & bacalah lirik tu sendiri huhu!

Si Dia! Loves this pict! :P

it all began
at the show one weekend
i was a friend of your cousin said
"hey how you've been"
And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

It all began with a simple

confession
You had an urge to kiss me and
I was on the verge to miss you
and it happen,
no
we don't understand
no
i won't even budge
before we didn't hang out much
So save me in your playlist
so,
You wont forget this
And if this dont quite go your way
You'll still have me on replay

With your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
what happened on your 24th birthday

Random Awesome by Yuna (Album Decorate)

belilah yang original! haha paku dulang paku serpih hehe :P

Monday, September 27, 2010

Weekend Bersama Sate!


di jamuan raya opis aku, gambar aku takde sebab keje aku tangkap gambar je huhu

Yes! Weekend lepas full of sate! Padahal weekend ada 2 hari je kan hehe. Tapi nak buat macam mana, feveret aku sate, bukan selalu dapat makan sate free betul tak?

Sabtu lepas, opis aku buat jamuan raya, & menu wajib dorang seperti tahun2 lepas, adalah sate! Yes! So mestilah aku tak lepaskan peluang untuk membedal sate2 tu huhu, tapi aku tersilap langkah. Dorang ada hidang gak Nasi beriyani, kambing, daging, lontong, cheese cake pun ada, macam2lah. Aku dah bedal nasik dah, jadik nak bedal sate plak, baru 6 cucuk dah tak larat, sate besar2 tu! Sate Kajang Haji Samuri punya, memang best & puas hati!

So akhirnya, sate banyak gila lebih tak abis, semua dah kekenyangan, jadik dorang offerlah sapa2 nak bawak balik, amiklah banyak2, stok memang banyak gila macam dah boleh jual balik kat pasar malam haha! Jadi aku pun amik jugaklah dalam 20-30 cucuk bawak balik. Tapi aku fikir, sape pulak nak abiskan nanti? Aku kat rumah sewa pun dok berdua je, kawan serumah aku tu pulak tak kuat makan, & bila aku balik rumah dia takde pun, keluar dating agaknya, jadik aku pikir2 bawak pegi rumah cekkam hehe, bagilah famili dia makan, belanja sate free!

Ahad plak, kami ke Klang plak, open house kawan kami, si Fariz. Terkenal di kalangan kawan2 kami sebagai YB sebab dia memang bila buat open house besar2 punya, & menu wajib tahunan beliau ialah sate! Memang aku tak dapat lepaskan, wajib datang!

Jadik sampai2 je rumah dia memang aku dah target, sate! Menu lain, nasi, laksa, mee rebus, lontong sambal kacang, semua aku tolak tepi! Biar harini aku bedal sate je haha! 2 kali round amik sate, tapi nak amik lagi rasa seganlah pulak hehe... (Gambar di rumah fariz takde sebab kamera dah habis bateri)

nilah dia sate yang tinggal untuk dibedal aku haha!

Tapi still, tak puas lagi nih. Sape-sape ada open house, & antara menunya sate, jemputlah aku datang rumah ye. Huhuh :P

Friday, September 24, 2010

Bangga Pakcik Bangga!

Terkejut pagi-pagi lagi kawan opis aku Ijal bagitau KLOBOT masuk KOSMO. Aku macam; "Ha? Ye ke?" Sambil dalam kepala pikir, memang ada aritu diorang interview tapi tak tau plak kuar bila, tup tup keluar hari ni, alhamdulillah!

Walaupun bukan review penuh pasal kitorang pun, actually review pasal event Kaka Art Market yang kitorang masuk seminggu sebelum raya, ya bulan puasa pun join event! Hehe.. Dan walaupun hari tu jualan tak berapa jalan, tapi tak sangka plak hari tu ramai wartawan2, yang aku perasan The Star pun ada amik gambar kitorang, ha, yang tu tak tau la plak kuar bila haha! Tapi tu setakat ambik2 gambar je, cuma sorang wartawan ni je yang interview kitorang, & akhirnya dah keluar pun dalam paper Kosmo arini, 23 September. Yang lagi best, bukak bukak je terpampang besar2 gambar si dia kat atas headline review tu, walaupun takde gambar aku takpelah, janji nama aku ada jugak keluar. Cubalah baca sikit petikan akhbar tu kat bawah; full review kat sini.

Kamariah Jasmani dan rakannya, Hamifaizal Mohsin adalah antara peniaga yang pertama kali menyertai Bazar Seni Kaka. Biarpun memiliki pekerjaan sepenuh masa sebagai pereka dalaman dan pereka animasi, mereka tidak ketinggalan mempamerkan hasil karya seni masing-masing untuk tatapan umum. Jika bertuah, hasil karya yang dibawa mungkin dibeli oleh mereka yang tahu menghargainya.

Bakat kreatif

Bagi Hamifaizal yang menghasilkan subjek figura pada papan, Malaysia memiliki ramai bakat kreatif yang berpotensi untuk berkembang jauh. Malangnya, ketiadaan platform pendedahan di bazar-bazar seumpama itu lebih sedekad lalu telah mengehadkan peluang golongan penggiat seni untuk berinteraksi lebih dekat dengan pengunjung.

Perkara itu diakui oleh Kamariah yang telah membawa 15 buah ilustrasi burung hantu untuk dijual. Berharga RM20 setiap satu, hasil karya Kamariah berjaya menarik perhatian golongan ibu bapa.
“Lazimnya, pengumpul seni yang membeli ilustrasi burung hantu saya. Tetapi, ada juga sesetengah ibu bapa membelinya. Selepas itu anak-anak mereka boleh berlatih mewarna menggunakan ilustrasi ini,” katanya mengenai hasil karya yang berwarna hitam putih itu.

Terima kasih banyak banyak KOSMO! :D

p/s: paper tu ada 4 salinan pada cek kam, 1 memang ayah dia hari2 beli, 2 mak dia beli buat simpanan, 1 lagi dia beli sebab tak sabar sangat nak tengok kat opis. So aku tak payah belilah, pinjam kat budak opis je huhu :P

Sunday, September 19, 2010

Zine For Grab!



Weekend lepas aku ke
Art For Grabs - Malaysia Day di tempat biasa, Annexe Central Market. Niatnya untuk jalan2 & lihat apa yang menarik, then aku jumpa mamat nih. Terpesona dengan artworknya yang ditampal di dinding galeri, tak beli sebab agak mahal, tapi aku beli zine dia. Lupa plak nak tanya nama dia, alamat blog atau website pon takde, pelik gak. Tapi di zinenya tertera nama, Soulwrappin Production.


Kemudian, baru kitorang nak balik, terperasan plak booth lagi satu jual zine jugak, banyak plak tu & semua buat aku tertarik huhu. Aku belek2 zine tu terus aku sambar 5 zine dari dia, semua daripada artis yang sama, Shiekoreto, sorang artis grafiti yang agak femes gak la dengan werk dia called, Tebabo. Dan masa tanya harga, aku dapat tau siapa Shieko tu, terkejut aku dibuatnya, daripada hasil kerja dalam zine tu aku ingatkan dia lelaki, rupanya perempuan!


Bila aku dah balik, baca2, baru aku perasan, 3 zine di atas ni rupanya zine pasal transgender, dengan menggunakan tajuk; One Big Longkang. Lagi bertambah terkejut aku. And then aku realize, hmm... No wonder yang aku jumpa tadi, paham2 sendirik lah ye huhu. Tapi masa aku jumpa dia tadi tak terpikir langsung pun huhu...


Tak kisahlah, anyway, aku suka hasil kerja dia. Memang betol2 inspiringlah! Rasa macam nak buat zine jugak hehe. And kat bawah ni 2 lagi zine yang aku beli dari dia, cool & inspiring! Rugi aku tak mintak autograph dia aritu, adeii huhuh!


for more info about Shieko, check out shiekoreto1.blogspot.com

Saturday, September 18, 2010

15 Malaysia?

15 Malaysia? Kenapa bukan 1 Malaysia? Hehe... :P

Sedang aku ada mood mencari sesuatu tentang "patriotisme" (ada ke ayat ni?) kepada negara, aku jumpa blog ini; thoughtsonfilms.wordpress.com di mana terus lead aku ke arah website ini; 15malaysia.com, laman web yang mengumpulkan videoklip2 pendek tentang Malaysia, yang boleh dihantar dari sesiapapun, yang mana aku rasa idea ini sungguh menarik!


Projek ini diterbitkan Pete Teo (yes! dia lagi!), & asalnya nama 15 Malaysia itu didatangi daripada 15 filem pendek yang disumbangkan oleh 15 filmmaker Malaysia, termasuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Chocolate mungkin adalah filem terakhir beliau!) Aku tak pasti sejak bila mende ni wujud, tapi aku rasa tahun 2009 (argh! kenapa aku tak tau daa! nampak sangat duduk dalam gua huhu) So apalagi! Jom enjoy movie2 pendek ini jom! Hehe...

Ini salah satu movienya, check it out Potong Saga by Ho Yuhang, kalau korang suka yang ni, mesti korang suka yang lain jugak huhu :P


15Malaysia

Friday, September 17, 2010

Here In My Home, Malaysia


16 September, tarikh bersejarah bagi Malaysia dibentuk. Di tarikh itu aku bekerja, bukan dipaksa, tapi atas kerelaan semua juga, sebab kitorang dah sepakat satu opis kerja hari itu (Khamis) & digantikan cuti kepada hari Jumaat supaya kitorang leh straight cuti. Pada mulanya ingatkan itu idea yang terbaik, tapi skali jadik tak best plak sbb time orang lain cuti aku keje & sebaliknya, so tak dapat la pegi mana2 pun sebab my life partner kena keje di hari aku cuti ni huhu. Jadik melepak kat rumah jela jawabnya.

Anyway, walaupun aku dah terlepas hari nak sambut 16 September tu, tak kisahlah, aku still ada feel Hari Malaysia hehe. Lebih-lebih lagi bila tengok video ni. Check out Malaysian Artist For Unity ni, walaupun dah 2 tahun lepas (2008) tapi aku still feeling tengok videoklip ni. Ada perasaan best di situ. Semuanya bermula daripada ilham Pete Teo, mengajak semua orang volunteer untuk participate dalam pembikinan klip ini, tanpa bayaran! Yang terlibat pulak terdiri daripada pelbagai celebrities, filmakers, dancers, singers, penerbit, musicians, pelakon, entrepreneurs, designers, footballers, activists, students & even a florist! Sapa yang tak sayang Malaysia, rumah sendiri beb! Enjoy the video & the lyrics! Selamat Hari Malaysia! :D




HERE IN MY HOME

Hold on brother hold on
The road is long. We're on stony ground
But I'm strong. You ain't heavy
Oh there's a misspoken truth that lies
Colors don't bind, oh no.
What do they know? They speak falsely.
Chorus:
Here in my home
I'll tell you what its all about
There's just one hope here in my heart
One Love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one [with me]?
Push back sister won't you push back?
Love won't wait. Just keep pushing on.
Yes I'm strong. You ain't heavy.
Oh don't you worry about that...
What we have the shadows can't deny
Don't you know it's now or never?
Rap:

[Malay: TRANSLATED]
Years of fears and years of tribulation
The heart keeps searching for that endless devotion
Bertubi asakan berkurun lamanya
Hati ke depan mencari yang sayang

[Chinese: TRANSLATED]
Hand in hand we'll march like blood brothers
I speak for my people hope we'll find peace forever
shou qian shou da jia yi qi zou,
wo dai biao guo ren kai kou wei lai jiu mei you, you chou

[Tamil: TRANSLATED]
May the road ahead quench my thirst for success
May the road behind echo a song of the blessed
inthe payanam payanamm yen vettri thaagam
anthee kaana kaalam naam vetri raagam...nanba nanba

[English]
So I will let it be known yes I feel it in my bones
No matter where I roam this is home sweet home
Sing!

- Words & Music by Pete Teo featuring rap by KLG Sqwad & Altimet. copr Redbag Music 2008. All Rights Reserved -
Info for download link and info; www.malaysianartistesforunity

free download

P/S: Teringin gak nak buat projek Unity macam ni huhu... Atau join community2 macam ni, best! :D

Friday, September 10, 2010

Ucapan Raya Spesel




Silalah enjoy video animasi yang aku hasilkan sehari sebelum raya huhuh. Kelam kabut jugak nak siapkan, nak bagi ucapan di ambang raya punya pasal hehe...

Anyway, aku nak ucapkan kepada semua, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN! :)

Monday, September 6, 2010

Erti Aidilfitri Dan Iklan Raya TV3 Tahun Ini

Korang pernah tengok iklan khas aidilfitri yang ditayangkan di TV3 baru-baru ni? Aku pun tak pernah tengok ia ditayangkan di TV, tapi beberapa hari yang lepas kecoh tentang kontraversi yang ditimbulkan iklan ni kat facebook, malah PAS juga adalah pihak yang terawal menghantar bantahan rasmi supaya ia tidak terus disiarkan. Makanya aku terus check di link youtube yang dorang bagi, dan hasilnya mengejutkan!

Di laman Facebook : Kami Membantah Promo Iklan Raya Aidilfitri TV3 2010 telah dibincangkan secara mendalam isu2 yang telah ditimbulkan dalam iklan ini, kalau korang nak tau, korang boleh baca nota ini; PENERANGAN JELAS PROMO IKLAN AIDILFITRI TV3!

Kalau difikirkan, memang agak keterlaluan apabila ditelitinya iklan tu sampai jauh ke arah subjek freemasson & illuminati (kalau korang tak tau apa benda alah ni googlelah sendiri), so dari feedbacknya kebanyakkannya mempercayai bulat2 kajian tersebut & ada juga golongan minority yang hanya menganggapnya hanya sebagai hiburan semata & tidak terlibat sampai ke subjek sebesar itu. Persoalannya, adakah benar telahan mereka?

Yang pastinya aku juga ada pendapat aku sendiri. Jangan salah faham, aku bukan golongan minority itu & aku juga bukannya tidak mahu menerima telahan yang diberi bulat2, mungkin ada benarnya kerana aku jugak nampak jelas apa yang dimaksudkan. Cuma aku hanya mahu melihatnya sendiri tanpa dipengaruhi dengan fakta2 itu & mengikut pandangan aku sendiri. Dan hasilnya memang aku dapati iklan itu agak disturbing & tak masuk akal. Malah dari mula, tiada feel langsung erti Aidilfitri dalam klip video sependek 1 minit itu.

Jadi ini kesimpulan mudah yang aku dapati ia agak disturbing, tanpa melihat jauh ke dalam subjek yang lebih serius;

1) Memang benar, ia kelihatan terlalu penuh suasana magik seperti sambutan Krismas, padahal dalam Islam melarang kepercayaan tersebut.


2) Kemunculan orang tua bersongkok putih menaiki beca, terlalu mirip dengan Santa Claus, malah kalau difikirkan, pernah ke korang tengok orang pakai songkok putih? Kenapa tak pakai serban ke ketayap ke. Bukankah sepatutnya boleh digambarkan seorang tua yang berserban & berjubah putih saja sudah memadai? Kenapa dirumitkan?


3) Muka surat imej beca di atas muka surat tulisan jawi. Walaupun kita tahu, tak semestinya tulisan jawi itu adalah tulisan AlQuran, tetapi kenapa disimbolikkan sebegitu rupa?

4) Ada imej masjid tetapi hanya samar2. Kenapa tidak ditonjolkan sebagai subjek utama? Bukankah ia akan tampak lebih indah jika dijadikan subjek utama?

5) Ini paling kelakar. Penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan. Kenapa gunakan subjek ni? Padahal tak pernah langsung aku tengok Aidilfitri sebelum ni dikaitkan dengan imej2 ini.

6) Imej 1 Malaysia? Kelakar kalau dikatakan ini tujuan utamanya. Kalau benarlah nak wujudkan pelbagai kaum menyambutnya, kenapa dari mula klip sampai habis, takde langsung imej kaum lain tetapi hanya melayu ditonjolkan?

Makanya yang aku dapat simpulkan, pemikiran orang kita sekarang sudah salah paham dalam memikirkan bahawa sambutan Aidilfitri ni bukannya atas dasar budaya, tetapi berteraskan agama Islam yang sebenarnya. Malah maksud Aidilfitri itu sendiri bermaksud "Ambang Kemenangan" (kalau tak silap saya, kalau salah mintak perbetulkan), bukan sahaja bermaksud hari itu bukti kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tetapi ianya merupakan peringatan kepada kita yang Islam itu pernah menang suatu ketika dulu.

Jadi kita kena fikirkan, tidak wajar kita katakan sambutan Hari Raya ini is no big deal kepada kita umat Islam, IT IS A BIG DEAL! Jadi sambutlah kemenangan kita sewajarnya, asalkan tidak berlandaskan adat budaya kita melayu semata-mata, tapi sambutlah atas dasar agama & kepercayaan kita iaitu Islam.

P/S: Alhamdulillah, pihak TV3 telah memohon maaf atas insiden ini dalam Buletin Utama malam semalam; Laporan KOSMO. Tapi agak mengganggu mata jugak pabila TV3 masih menggunakan sedikit sedutan klip beserta imej bunga lotus itu sebagai pembahagi slot rancangan.

Teringat iklan2 raya dari Petronas pada tiap2 tahun. Walaupun simple tapi terkesan dalam jiwa :)

Wednesday, September 1, 2010

Aktiviti Cuti Merdeka

patriotik tak aku?

31hb Ogos biasalah, cuti hari Merdeka. Ingat nak jugak pegi tengok perbarisan kat Stadium Bukit Jalil, yelah, 1st time buat sambutan kat sana, tapi malas lah pulak nak bangun pagi, last2 sambut di atas tilam rumah aje hohoh :P

Petangnya aku ke rumah Mak Anjang aku di Sungai Besi, nak bagi kuih katanya, untuk dikirimkan ke rumah cek Kam. Sekali aku datang 2 mangkuk tingkat dia bagi, terisi kuih lapis & mee rebus. Wah mantap! Terima kasih Mak Anjang hehe :)

tart nenas bakal mak mertua hehe :P

So petangnya terus ke rumah cek Kam. Awal jugak la aku sampai, so sempatlah tolong2 mak dia buat kuih tart nenas kat rumah dia. Ambik hati? Semestinya hehe... Yang pastinya, mak & ayah cek Kam suka betul mee rebus yang Mak Anjang aku kirimkan, sedap kata dorang, lain daripada yang kat sini. Yelah mee rebus Johor. Jadi kalau dorang sampai ke Johor nanti, bolehlah aku bawakkan ke tempat mee rebus yang sedap. Itu pun kena mintak tolong kakak atau adik aku yang bawakkan kot. Aku manalah tau huhu :P
Related Posts with Thumbnails