Sunday, April 4, 2010

Kejadian di Hari Ahad


Harini aku & cek kam ke Art Shop Taman Melawati, fikirnya nak beli kanvas untuk painting. Sesampai je ke sana kedai tu tutup. Maybe sebab ari ahad.

Jadi kami decide cari kat Ampang Point je. Dah malas nak pegi jauh2. Jadi singgah di kedai buku Popular, Ampang Point. So cari punya cari dalam satu kedai tu, jumpalah satu blok canvas yang besar jugalah, harga rm28, kualiti kain ok, tapi problemnya dah kotor dan berconteng sikit. Jadi aku pergilah tanya kat brader yg kerja kat Popular tu.

"Bang, yang ni tinggal satu je ker? Ada yang baru tak?"

Brader tu toleh & pandang pelik; "Apa benda tu?" Soalan bodoh.

"Canvas."

"Takder, ada tu jer." Terus pandang lain macam malas nak layan.

Aku rasa macam bodoh gile mamat ni, sampai canvas tu pun dia tak tau apa benda. Aku rasa bukannya dia tau ada stok ke takde. Kerja pon macam malas je. Melayu. Beza sangat dengan kedai2 lain yang pernah aku singgah beli barang2 lukisan. Kedai cina. Kalau ditanya apa2 pun yang korang sendirik tak pasti rupanya pun konpem dia tau & ada kat kedai dia. Sigh.

Kejadian kedua.

Masih di tempat yang sama. Cek kam singgah di kedai jual barangan hiasan perempuan. Cari getah ikat rambut. Rm5 dapat 6, murah. So dia cepat pilih dan bagi kat kakak kedai tu.

Tiba-tiba datang sorang minah ni rambut karat ni tanya kakak kedai tu.

"Kak, headband ada jual tak?"

"Headband? Headband takde."

"Ala kak, headband hippies tu, ada tak?"

"Headband hippies?" Lagi berkerut muka kakak tu pikir amendalah yang minah ni nak. Aku & dia lepas bayar terus blah tinggalkan kakak tu dok melayan minah tu. Kitorang dah faham sangatlah amendalah yang dia cari tu, yelah trend sekarang. Semua sibuk back to 80's. Kelakar. Moden balik jadik oldskool. Mainstream balik jadik indie. Macam2 sekarang ni.


Dah la aku baru je layan citer 80an kat TV3, Oh Fatimah. Citer AR Badul tu. Bukan setakat citer tu je kelakar, tapi fesyen dorang pun trendy habis haha! Spek ala2 "Back to the Future" yang si Badul pakai memang tak boleh blah. Tapi nampak agak cool juga. Agaknya sbb tulah orang sekarang sibuk back to oldskool. :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails