Saturday, February 19, 2011

Weekend, Eksiden dan Motorsikal

Owh weekend agak membosankan bila anda tak dapat ke mana2, malah tak boleh buat apa2, betul tak? Yep, weekend hari ni & aku duduk di rumah sahaja, & terduduk sahaja tanpa dapat melakukan apa2 aktiviti menarik mahupun bermesra dengan isteri huhu, sebab apa? Sebab aku baru je eksiden hari khamis lepas, aduiii... Dugaan dari Yang Maha Esa supaya kita beringat selalu. Renung2kanlah...

Kisahnya begini, khamis lepas, 7pm balik dari kerja, lepas hujan, jalan basah, aku lalu jalan motor kat federal highway macam biasa. Sepanjang jalan tu aku pelik tengok tepi jalan banyak pokok tumbang, sekali pandang depan ada satu pokok tumbang halang jalan depan aku. Oleh kerana terkejut terus aku brek, & disebabkan jalan agak licin selepas hujan, aku pon terslide lah jatuh belah kiri. Kaki kiri kanan aku tersagat, maka menyukarkan sedikit aku untuk berjalan. Disebabkan itulah sekarang aku berada di rumah berblog manakala wife aku keluar shopping barang2 lauk bersama ibu di Tesco Ampang huhu.

Makanya aku ambil masa lapang ni untuk update blog yg lama dah bersarang ni. Sambil2 pasang angan2 nak beli motor baru, bukan apa, motor Wave 125 S aku tu dah tak sedap dah nak bawak, lagi2 baru lepas eksiden ni, macam2 plak nak repair, aduh... Ada baiknya aku beli motor baru ye tak? Hehe... Makanya aku googlelah motor2 yang ada yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi sidekick baru aku lepas ni, iiiyaaaarghhhh~!

Pilihan selamat selepas Wave 125 S, aku teringin gak Wave 125 X ni, design dia slick sikit dari Wave S, ada sikit macam Yamaha LC, hmm, aku teringin gak LC, tapi motor panas ni payah sikit nak jaga.
Kekadang tengok skuter pon bergaya juga, cuma aku tak berapa berkenan sangat dengan skuter sebab aku tak biasa kalau tak pijak gear haha. Tapi Nouvo LC 135 ni agak menarik juga, pergh best jugak kalau sekali sekala tukar selera bawak skuter plak. Harga pun dalam 7k la hehe...

Tapi wife aku mesti marah kalau aku sibuk nak beli motor baru tapi kereta tak beli2 jugak, keperluan jugak tu hehe. Sabar ye sayang. Nanti akan dibeli jugak Proton Saga FL awak yang awak idamkan tu. Tapi motor tetap kena ganti sebab hari2 saya nak pegi keje kena naik motor juga. Huhuhu... :P

4 comments:

  1. kamu kan mmg suka wat aksi stunt..oklah tu...
    beli jelah kete..barulah sng nak balik jb..

    ReplyDelete
  2. tapi motor keperluan juga kt KL yang jalan 24jam jem je ni, sekarang ulang-alik kerja dari Ampang ke Kelana Jaya, 45minit naik motor, kalau naik kereta, boleh jadik 3 jam sebab jem huhu...

    ReplyDelete
  3. beli kete! beli kete! ley la saya tumpang nnti.. XD

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails