Memandangkan aku sakit, dah berapa hari MC kat rumah ni, aku mengisi masa lapang aku dengan mengupdate blog ini dengan aktiviti yang dah lama dah tapi baru aku nak upload kat sini hari ini hehe.
21hb - 24hb Januari lepas, opis aku buat satu trip untuk semua staff; yang mempunyai lebih kurang 100 orang kesemuanya itu ke Bali, Indonesia. Gile ramai kan? Kami bertolak pada hari jumaat, 21hb tu lebih kurang dalam pukul 2 petang dari Kuala Lumpur, dalam 3 kapal terbang Air Asia yang berasingan, & salah satunya hampir penuh dengan budak opis aku saje! :D
Esok paginya, 22hb sabtu, aktiviti kami bermula. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk dimuatkan dalam 10 buah van (kalau tak silap). Ada van yang disumbat dalam lebih kurang 8 - 10 orang untuk satu van besar, nasib aku baik sebab berada dalam kumpulan kecil mempunyai 6 orang je sebab kami menaiki MPV, dan di bawah nilah ahli kumpulan aku hehe.
Hari pertama je jadual kami padat dengan aktiviti ke tempat2 menarik. Pertama sekali kami singgah di sebuah galeri pembuatan barang2 silver sekitar Kuta kalau tak silap. Tak diberitahu pulak nama tempat tu hehe.
Selepas tu kami ke Ubud pula, kawasan taman rimba yang banyak monyet & juga tempat best untuk shopping cenderamata. Dan juga banyak restoran menjual Babi Guling, erkk???
Waktu lunch pula kami ke Kintamani, di puncak bukit berdekatan dengan gunung berapi yang masih aktif di Bali, Gunung Batur (kalau tak silap la huhu). Pemandangan dia memang best & sejuk macam kat Cameroon Highlands.
Kemudian, kami ke kuil Tirtha Empul pula. Waktu nilah kamera aku abis bateri adei. Dapat jugaklah snap beberapa gambar.
Banyak betul kuil kat Bali ni. Lepas tu kami ke Goa Gajah pula. Katanya gua tu orang buat bertapa, tapi bukan gajah la, nama dia Goa Gajah sebab bentuk macam gajah kot hehe. Foto dibawah dipinjam sebab bateri kamera dah habis. Thanks Gmiephoto.
Dan malam tu kami dinner di tepi pantai Kuta, dihembus angin ombak. Owhhh romantis ~ :P
Aktiviti hari Ahad, 23hb pula kami ke kuil Tanah Lot. Yang bestnya Tanah Lot ni, dia ada pantai yang cantik gila, & juga tempat shopping cenderahati yang banyak gila, boleh mintak diskaun lagi banyak2 hehe.
Kemudian kami ke Uluwatu pula. Kuil jugak. Tapi kawasan kuil ni agak bahayalah, sebab monyet2 dia lebih ganas & tak takut orang punya. Keje dia rampas barang orang, macam cermin mata, topi & juga kamera, jadi hati2lah kalau ke sana. Tapi pemandangan dia kat hujung kuil ni pun best gila, cantik woahh...
Ha gambar di bawah ni pula di Restoran Jendela Bali, masa kitorang singgah untuk lunch. Ternampak pulak patung gila besar dekat2 situ. Dan macam ultraman dah. Demm...
Lepas dah kenyang makan, pegi bermandi manda pulak di Padang-padang Beach. Sangat sesuai berjemur untuk menggelapkan kulit anda.
Hari terakhir kami di sana, 24hb, kami ke Angsery Hot Spring pula. Tempat mandi air panas. Tapi aku malas la pulak nak mandi hari tu. Ambik gambar orang mandi separuh bogel pun cukuplah haha.
Lepas mandi, kami ke Ulun Danu Temple pula. Sepatutnya kitorang masuk ke kawasan kuil tapi ramai di antara kami yang ambik peluang untuk shopping untuk kali terakhir hehe. Rasa rugi plak tak masuk sebab kata kawan yang masuk, permandangan dalam tu boleh tahan jugak cantik, kuil tepi tasik.
Last sebelum kami balik, kami singgah lunch di Tamblingan Coffee Shop, dan aku jumpa satu geleri seni ni, sangatlah cantik unik, cuba tengok lukisan atas batu dalam foto di bawah, gila detail kan? Dan dia ada gak buat hand-painted tshirt, perghh, rasa rugilah pulak tak beli masa tu. Tapi agak mahal jugaklah, dalam 200 duit malaysia kot.
Ok sampai sini jelah perjalanan aku di Bali, & tulah trip last aku sebelum aku kahwin haha. Dalam flight, dapat lagi makan free yang telah dibook oleh opis aku, nasi beriyani ayam, nyam nyam~! Miss Bali! :D
bestnye... teringin dni nak ke sana ;)
ReplyDeletepergi jangan tak pergi heheh :P
ReplyDeleteni pon company trip, kalau nak pegi sendiri tak tau lah bila huhu...