Wednesday, December 28, 2011

Udang Gertak Sekinchan

Dah lama isteri sekeluarga tak balik kampung, raya aidilfitri pun miss. Jadi peluang cuti krismas, ditambah pula dah ada kereta, kami sekeluarga pulang ke Sekinchan, Kuala Selangor. Tiba di sana malam. Pagi keesokkannya terus ke pasar, jumpa la udang gertak ni, memang terbaikk~!

 Zoom in sikit! Hehe :P

 Dan ini rupanya bila dah digoreng. Nyummehhh~!

 Ok, ni ada macam scene Nur Kasih tak? Heheheh~ :P

Saturday, December 24, 2011

Revisit Rantai 2011

di sekitar art event Rantai:Revisit di Urban Village, Bangsar pada 18 December 2011. Tahun ini kami (klobot) tak join, insya'Allah tahun depan, bersama baby sekali hehe :P


 

Saturday, December 17, 2011

27th Birthday di German Deli Imbiss



star of the day - MEGATON 500! nasib baik bukan aku yg kena habiskan haha!.


12 Dec - cuti hari keputeraan Sultan Selangor, wife aku belanja kami sekeluarga di German Deli Imbiss, Ampang bersempenakan harijadi aku, tapi awal sehari lah. Di hari birthday aku aku kena keje huhu~

Di sini menunya memang terbaik & semua size lebih kurang XXL punya haha. Memang puas hati. Kalau tak caya tengok jela makanan2 yang kami pesan ini atau check website dorang http://www.germandeliimbiss.com.my/. Bersedia untuk terliur!!!

adik ipar punya vienna coffee
adik ipar punya chicken cuurywurst 
ibu punya THE BMW - Bavarian Meatloaf Wiggy
ayah punya beef steak
pilihan isteri - roast beef sandwich
pilihan birthday boy (akulah tu haha) - XL Mushroom WIGGY. tak nampak muka nampak baju je pun jadi hehe~

Tuesday, November 22, 2011

Weekend Caklempong & Dapur Penyet

Malaysia menang bola sukan SEA! Alah semua tau pasal tu, malas nak citer hehe~

Lama tak update blog, citer pasal weekend lepas jelah. Sabtu 19hb kami ke majlis perkahwinan kawan opis aku, Faizal Wazir di Keramat AU. Pusing2 juga lah cari rumah dia ni, sebelum jumpa rumah dia adalah terjumpa rumah lain yang ada khemah tapi takde orang, mulalah rasa panik pikir betul ke tarikhnya ni haha. Last2 jumpa lah jugak akhirnya, sampai2 rumah tepat2 pengantin sampai, tapi yg bestnya kedatangan dorang tak disambut dgn kompang, tapi pakai caklempong! Style! Dan yang lagi best, penyanyinya kebetulan pulak nama Faizal & Kamariah, haha, macam sepasang aku & bini aku pulak :P

Ahadnya pulak, kami keluar ke KL, eceh walhal keluar sekejap je menghantar Dila, adik wife atas urusan bank, tapi satu family ikut sama. Lepas ke bank, kami singgah ke kedai makan ni, Dapur Penyet. Rasanya - terbaiikkk! Tengok terliur ke tak terliur? Hehe :P


P/S: mencuba memandu kereta baru tapi masih tak mahir lagi, gambar atas tu pun test2 bawak dekat rumah je. tulah dah lama sangat tak bawak kereta, asyik merempit je >.<"

Friday, October 28, 2011

Deepavali Surprise Birthday Party

lama betul tak update ini blog. this is last Deepavali. my wife birthday 24th Oct, Deepavali 26th Oct. Oklah tu lambat sikit je celebrate hehe... Happy Birthday wifey! Thanks juga kepada semua kawan-kawan wife dalam membantu merealisasikan majlis kejutan ni! :D

Sunday, October 16, 2011

Gila Buku di Big Bad Wolf Book Sale!

Sales tinggal harini je! Biasalah aku mesti bagitau last2 minit punya haha! Semalam aku berjaya jugak pergi ke MAEPS Serdang bersama wife & kawan aku, Nen untuk mendapatkan artbook2 murah yg biasanya berharga atas rm100 tapi boleh dapat rm15 je!

Tapi disebabkan event dah pun berlangsung 2 minggu aku baru nak pergi, makanya banyak buku-buku pun dah habis & artbook yang aku cari-cari pun tak dijumpai. Maka untuk tidak mengecewakan hati ini (eceh!) aku pun rembatlah 3 komik yang aku rasa best untuk collection. Sebenarnya aku langsung tak pernah beli komik printed luar negara ni, yelah, biasanya dijual dengan harga yang terlalu mahal, tapi kali ni aku dapat beli dengan harga sama macam komik kat malaysia!

Check out this 2 comics! Astro Boy ni aku dapat dengan harga rm12, Transformers Beast Wars rm12 & The Incredibles hanya rm5 je, mana nak dapat harga macam ni selalu ye tak? :D

Poster the Incredibles yang beso gajah, hanya rm3! Hopefully akan datang sempatlah aku beli artbook yang aku idamkan tu! ;)

Cekidaut website dorang: http://www.bigbadwolfbooks.com/

Wednesday, October 12, 2011

Farewell Maurice!

7 Oktober 2011, Jumaat, aku & rakan2 di Inspidea membuat kejutan untuk kawan opis aku ni. Maurice Renay a.k.a Afdlin Shauki Inspidea, rakan sekerja yg masuk kerja sama hari dengan aku, akhirnya meninggalkan Inspidea untuk balik ke kampungnya di Sarawak. All the best bro! Till we meet again! :D

Sunday, September 25, 2011

Undilah! Jangan Tidur Lagi!


Pap terus menikam ulu hati aku lepas tengok video ni, pasal apa? Sebab aku sendiri pun tak mendaftar lagi, hehe~

Anyway, video ini baru sahaja ditarik balik daripada disiarkan kat TV, alasannya masih belum lulus Lembaga Penapisan. Aik? Macam pelik? Kalau tak lepas macam mana boleh disiarkan sebelum ni? Ataupun sebenarnya ditarik balik atas arahan pihak yg rasa tergugat? Haha~ yang penting apa yg aku dapat lihat dari video ini, tidak langsung berunsur politik atau berpihak mana2 pihak. Hanya satu pesanan untuk orang pergi mengundi je, apa yg takut sangat ye tak?

Terpulanglah kepada mana2 individu untuk menilai, yang penting, apa yang disampaikan memang betullah- kuasa ada di tangan kita, Malaysia negara kita, kita sendiri yang tentukannya. Tepuk dada tanya selera :)

Friday, September 16, 2011

Rezeki Transformasi Lagi Best

Once again, we would like to thank everyone for the videos sent in for the Perodua Lagi Best Auditions. Before the announcement of the main winners tomorrow, we will be presenting individual awards to videos deserving recognition.

The award for "Best new Autobot" goes to... Mohd Hamifaizal bin Mohsin, for the video "Transformasi Lagi Best "! Congratulations! Kindly check your e-mail, we have a surprise for you.

Inilah status yang dipamerkan oleh MyPerodua kat laman facebook dorang sempena Pertandingan "Perodua Auditions" yang aku join arituh. Walaupun aku tak menang, tak dapat langsung hadiah utama rm10k tu mahupun hadiah saguhati berupa ipad untuk 5 orang tu. Tapi alhamdulillah aku dapat hadiah spesel dari dorang hehe. Katanya aku akan menerima touch & go card berjumlah rm100 & juga toolkit Perodua Tweekbot. Tapi bila sampai di rumah, sampul sudahpun dikoyak orang & card touch & go tu hilang ntah ke mana, tapi toolkit Tweekbot tu alhamdulillah tak hilang. Sapa pencurinya tak taulah tapi takkan aku nak tuduh posmen kot? Ke betul? >.<"

Anyway, thanks Perodua for the award of "Best new Autobot"! :D

Untuk menonton klip video yang aku pertandingkan tu sila klik --> Transformasi Kebetulan Lagi Best.

Wednesday, September 14, 2011

Riang Ria Raya Ampang

Ahad, 11 September, akhirnya kami berjaya menganjurkan rumah terbuka di rumah kami di Ampang. Rupanya best juga perasaannya buat open house ni. Lebih2 lagi bila kawan2 dapat datang. Alhamdulillah, terima kasih semua. Insyaallah tahun depan buat lagi :)

Bergambar di pokok buluh "angker" di belakang rumah hehe~

Sebelum balik kita bergambar bersama tuan rumah yg dah macam YB sambil posing simbol Satu Malaysia, mesti Najib suka hehe :P

Tuesday, September 13, 2011

Salam Aidilfitri 2011

1 Syawal di Batu Pahat, Johor. Kurang seorang je ahli keluarga.

Ini pulak Khatijah Asan sekeluarga. Walaupun tak cukup, tapi raya tetap meriah di kampungku Batu Pahat. Dan raya tahun ni lain sikit, aku dah pun berdua, tahun depan insyaallah bertiga pula! :D

Saturday, September 3, 2011

Satu Hari Sebelum Raya di Batu Pahat

Ketupat homemade! Selalunya dianyam oleh aku & adikberadik, & juga Pak Su sebab kitoranglah yang selalunya sampai awal di kampung nenda, di Batu Pahat. Tapi tahun ni, keluarga Pak Anjang dah kasi setel dulu.


Bila nak rebus pulak, kalau bukan aku, mesti Pak Su aku. Selalunya bergilir2 jagalah sebab ketupat ni kena selalu tengok sebab takut air dia kering, nak direbus lebih 5 jam pulak tu.


Umbut adalah juadah faveret aku di hari raya. Tapi kena cari sendirilah, aku & the sepupu(s) akan cari dekat2 rumah nenda juga, tapi yang selalunya kena cari kalau bukan aku mesti Pak Su aku juga yang tebang pokok kelapa tu. Yep, kalau korang tak tau, umbut ni kita ambil dari batang pokok kelapa yang masih muda, so kalau nak ambil batangnya kenalah tebang pokoknya. Memang mencabar lebih2 lagi dilakukan pada bulan puasa huhu~


Juadah wajib lagi bagi kami sekeluarga di Batu Pahat, mesti kena ada - sambal goreng, rendang daging, sambal kacang & ayam masak kicap. Memang terbaiklah!

Eh, gambar juadah yang dah siap aku terlupa nak ambik, semua dah abis kena telan daa... Hehe, gambar di hari raya lain kalilah aku upload :P

Saturday, August 27, 2011

Sunday, August 7, 2011

Kita Tengok Gangster ke tak Gangster!

Akhirnya! Abis jugak aku tengok KL Gangster haha! Walaupon dah lama citer ni ditayangkan, tapi baru harini aku abis tengok, bukan sebab tak best, tapi takde masa nak tengok. Dan harini, baru aku tahu macam mana filem baru anak Yusof Haslam ni, dok ramai bercerita gempaknya tak cerita ni, tengok sendiri baru aku tahu gempak tak gempak. KL Gangster ni citer pasal apa? Takyah la aku bagitau, takkanlah korang tak tau... Shial lah puii~! (Kanak2, sila jangan tiru bahasa kasar ini)

Pada aku, filem ini memang berjaya berdiri di dalam kelasnya sendiri. Nampak kualiti yang berlainan & tidak tipikal seperti filem2 melayu yang ada. Malah, kalau ikut Yosuf Haslam, pasti ada adengan dalam kelab sambil wanita menari2, tapi dalam filem ini, walaupon kisahnya pasal gangster, well, gangster mestilah suka berjoli sakan, tapi tidak terlalu ditonjolkan sangat dalam filem ini. Kalau korang tengok filem Bohsia mesti korang akan perasan, direction Shamsul kali ini lebih baik dari dahulu.

Scene paling sedap ditonton mestilah adengan gadoh bergaduhnya, sampai aku rasa macam tengok sentuhan filem thailand pun ada, malah boleh tersenyum puas setelah selesai menontonnya. Nak kata takde moral, moral yang aku nampak adalah - jangan terjebak dalam gengsterisme, jelas kan ia ditonjolkan dari permulaan cerita lagi. Aku rasa boleh bagi pujian kot atas usaha dia kali ni. Cuma satu je... Kalau korang lahir tahun 80 - 90an, mesti korang dapat rasakan bayangan filem Young & Dangerous dalam filem ini. Cuma bezanya, hero filem HongKong tu polis undercover, bukan bekas banduan heh. Oh ya, tahniah juga atas lakonan mantap Adiputra. Bini aku cakap dialah Johnny Depp Malaysia. Hmm.. aku rasa aku setuju :)


Selain filem KL Gangster yang dok citer gengster sebesar KL, tapi korang tau siapa dari kecik2 lagi dah gengster? Kenal Botak? Dia lagi taiko dari Shark atau Dragon haha!

Juvana adalah drama siri paling teruja aku pernah tengok. Plot hanya berlaku dalam sekecil2 sekolah, tapi ini bukan sekolah biasa, tapi sekolah budak2 pesalah Juvana. Aku rasa kalau nak dibandingkan gangster filem dengan gangster sekolah ini, gangster sekolah ni lebih meninggalkan kesan dalam diri penonton. Nak kata realiti dengan fiksyen - siri Juvana ini lebih tampak realiti daripada filem Gangster yang kalau dilihat plot kasarnya hanya berkisar hero baik berlawan dengan watak jahat sahaja yang mana banyak dijadikan plot dalam filem2 superhero yang ada.

Tapi Juvana, sangat berbeza. Kalau dilihat secara kasar, memanglah kisah mudah tentang budak sekolah nakal, tapi jika diteliti secara dalam, banyak mesej yang disampaikan menyentuh isu2 realiti yang berlaku di sekeliling kita. Daripada sekecil kes pesalah juvana sampailah kepada masalah politik sesebuah sisitem sekolah. Kalau korang pernah baca ulasan aku tentang filem pendek Gadoh, korang pasti akan faham maksud aku.

Terpulanglah kepada kita sebagai penonton untuk menilai, dan tanggungjawab karyawan filem dalam penyampaian sesebuah mesej. Apa2pon aku nak ucapkan tahniah kepada penerbit siri Juvana, Filmscape - Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo.

Kepada semua pembikin filem & siri TV. Please... Buatlah citer macam ni banyak2 lagi. Aku dah tak sanggup nak tengok citer tipikal melayu lagi.
Related Posts with Thumbnails