Monday, July 25, 2011

Transformasi Kebetulan Lagi Best

2 minggu lepas selepas aku upload video animasi Kijiya (yang tak siap tu) & kongsikan di facebook, ramai yang bertanya & beri sokongan. Jadi tak semena-mena aku bersemangat nak buat "homemade" animation ni, walaupun kerja aku setiap hari menatap benda ini juga.

Selepas aku tengok (banyak kali) iklan Myvi terbaru di kaca TV, lagu tema dia yg catchy tu bermain di kepala, lagi2 kereta Myvi tu yang buat ku rasa geram nak milikinya, tapi apakan daya, duit poket tak cukup pun nak bayar duit muka. Jadi aku hanya berangan satu hari nanti orang akan bagi aku sebijik kereta idaman aku tu haha~ sehinggakan aku dapat idea nak buat satu animasi bersempenakan Myvi Lagi Best tu.

Jadi bila bosan di opis (atau stress sebenarnya) mulalah aku buat sketches macam2 pasal idea aku tadi. Daripada bentuk karekter sampailah ke papan cerita. Betul2 semangat ni, tapi aku tak pernah terpikir bila aku nak buatnya memandangkan keadaan aku bizi gile di opis & bila sampai di rumah nak bersenang-lenang sahaja.


Sampailah pagi sabtu lepas, 23 Julai, sedang bersantai bersama isteri aku sambil membuka fesbuk, aku saja2lah tunjuk buku lakaran aku bersama idea Myvi tu tadi, lebih2 lagi masa tu baru lepas sembang nak beli keter (kononnya) & pikir camna nak balik kampung hari raya nanti. Bila aku tunjuk sketches aku tu, tiba2 bini aku kata memang ada pun pertandingan video Perodua Myvi di page facebook Perodua. Belek punya belek rupanya hadiah utama rm10k daaa... Dateline - sebelum pukul 12pm 24 Julai, Ahad, iaitu hari esoknya!

Jadi apa lagi berkat nak dapatkan hadiah utama rm10k tu, punyalah semangat time tu jugak aku cuba siapkan apa yang dah fikirkan selama hampir seminggu sebelum tu, hampir putus asa bila sekali tu file yang aku dah usahakan crash tak boleh bukak, tapi pikir2 balik aku teruskan jugak walaupun kena buat balik scene file yang crash tu.

Dan inilah hasilnya selama hampir 2 hari aku berhempas pulas, hmm bukan actual 2 hari kot, sebab tolak makan+tido pagi ahad siap boleh pegi kenduri kahwin lagi haha, jam 4 petang baru aku dapat submit penyertaan aku. Walaupun video tu ada sikit cacatnya, tapi hopefully~ Ya Allah~ kawan2ku, doakanlah aku ye. Aminnn... :)



P/S: nak lihat lagi hasilkerjaku, silalah cekidaut harmmewerks.blogspot.com :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails