Saturday, July 2, 2011

Transformers 3 - Jangan Baca Kalau Tanak Spoiler

Petang sabtu ini, aku, isteri, adik ipar & seorang anak angkat ibu mertuaku, Amirul ke KLCC untuk menonton filem paling epik tahun ini - Transformers 3 Dark of the Moon. Orang toksah cakaplah, kalau tayang movie lain pun dah penuh, inikan pula movie of the year nih. Semua kaunter dibuka untuk Transformers sahaja, hanya satu kalau tak silap kaunter yg dibuka untuk movie lain, punyalah power penangan filem ini.

Well, dikhabarkan ini adalah filem terakhir dari Michael Bay, dan aku rasa dia akan bagi yang terbaik untuk peminat-peminat TF seluruh dunia. Maka jam 3.30pm, segala yang ditunggu pun bermula.

Kisahnya masih macam biasa, manusia di bumi jadik mangsa, hero robot gergasi dari planet mana ntah datang selamatkan kita daripada kaumnya sendiri. But the best part for this movie adalah, movie ini adalah movie yang aku sangka best tapi paling bosan gila menyesal aku pernah tengok! Seriusslyyy~! Daripada 3 movie TF yang ada, ini adalah movie paling teruk.

Aku takdelah expect tinggi sangat tapi yang aku nampak seolah-olah filem franchais popular ini sudah hilang arah tuju, malah takde jiwa yang boleh membuatkan penonton melekat di kerusi. Babak awal mengenai penemuan kapal angkasa di bulan itu masih OK, tapi pabila ditunjukkan geng Autobot ini membantu tentera US menentang musuh dorang, walaupun musuh tidak menyerang, that's just weird! Sangat lari jauh dengan pendirian Optimus Prime pada movie pertama, malah dalam pawagam pada waktu itu, kedengaran suara budak kecil berkata kepada ibunya; "Jahatnya dia mak!"

Itu baru sikit, watak awek baru, Carly dengan accent peliknya & 2 ekor robot kecik, dan salah satunya ada rambut memang betul-betul menjengkelkan. Megan Fox tu pun lawa2 & seksi, tapi berlakon takdelah kontrol cun memanjang & asyik catwalk saja. Pabila ada babak2 Sam Witwicky, mak bapak dia, awek dia & apa sahaja babak lakonan manusia memang gila bosan sampai boleh tidur dibuatnya.

Babak aksi pulak? Boleh tahan tapi masih tidak cukup memberi impak yang segar dalam kepala kalau dibandingkan dengan 2 movie sebelumnya. Malah terlalu banyak benda tak logik yang aku dapat hadamkan dalam satu movie. Memanglah terang2 ini fiksyen robot gergasi, tetapi kalau babak itu melibatkan manusia yang lemah tanpa superpower macam spiderman mahupun superman, malah aku rasa macam tengok filem Mission Impossible 3 pun ada.

Then, takde angin ke apa tiba2 beberapa second skrin gelap, babak terus bertukar. Alien2 robot ni datang ingin menjajah bumi, tapi yang peliknya tiada satu pun usaha military yg hebat mcm kereta kebal ke, jet pejuang ke, mahupun bom neuklar, tapi hanya menghantar org parachute yg bagi efek yg terlalu sikit pada alien2 tu, & akhirnya, mengharapkan keajaiban kedatangan autobot juga, bodosss~

Cukuplah sampai di sini review aku, kalau tak abis spoiler satu movie aku cerita.

Kalau niat korang nak tengok robot dusyum2 meletup2 tapi hero masih selamat tanpa logik akal & tak kisah dengan storyline yg longgar mendatar, juga suka lawak jenaka, dan yang penting dapat tengok karakter faveret korang bergaduh, yess... amat amat disarankanlah, silalah ke panggung wayang berdekatan untuk tengok movie ini. Pasti akan membuatkan imaginasi kanak-kanak anda kembali ceria. Movie of the year nih, paling IN! Rugi tak tengok, UNTUNG Michael Bay. Adios~ :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails