Friday, June 25, 2010

Cerita Mainan dah Kembali!



Sabtu lepas aku bersama rakan jenayah pegi menonton Toy Story 3 di Capsquare, tiket rm7 wei! Dah la tak ramai orang, baik korang tgk kat sini je hehe!

Anyway, tak sangka movie yang ketiga ni sangat best! Tangkap feeling beb! Malah kisahnya, bukan saja menunjukkan yg Andy tu dah meningkat remaja & matang, tapi storylinenya pun dah semakin matang! Dengan jelas kelihatan digarap bukan hanya untuk kanak2 sahaja. Tak taulah, maybe aku nampak macam tu sbb aku dah dewasa. (Ehem, lebih dari 25 tahun adalah bukan lagi remaja. Argh! Macam tak percaya!)

Preproduction art for Toys Story2 from Pixar Animation Studios. Sourcejimhillmedia.com

Asalnya Toy Story pertama dihasilkan pada tahun 1995 (aku baru darjah 5!) di mana ia adalah filem pertama Pixar. Bayangkan tahun 1995 hingga sekarang 2010, dalam Toy Story 3 Andy dah remaja & nak masuk kolej dah, bermakna kira2 umur Andy 20 tahun, jikalau Toy Story pertama Andy berusia 5 tahun.

Nak tau filem2 yang pernah dihasilkan Pixar & update terkini dorang? Ha, check entry blog ni yang aku jumpe the-incredible-evolution-of-pixar dan LUXO, blog rasmi yang mana kalau korang nak tau update pasal dorang. Ok?

So apa yg aku dapat lihat dalam movie Toy story 3 nih, aksi mereka lebih dramatik & tampak lebih hidup. Dan setiap mood dihasilkan seolah2 menonton filem live-action biasa tapi dilakonkan semula oleh patung2 & dijadikan komedi. Macam tgk filem spoof haha! Lebih2 lagi watak Big Baby, betul2 macam kaki pukul kelab malam yg bertatu di lengan (padahal tatu tu contengan marker shj), & scene Big Baby atas buai di playground, memang dah macam filem horror aku tgk! Reminded me to Chucky's Child Play! Memang aku dapat rasakan movie kali ni lebih pada mood & feeling movie tu kpd penonton. Lebih2 lagi part akhir masa Andy nak tinggalkan toys dia, perghh, touching gila weh, walaupon korang tau itu semua hanya toys!

Lagi satu yang paling aku respek Toy Story ni adalah style animationnya. Kalau korang perasan setiap karakter ada style pergerakan sendiri. Semua karakter berbeza. Ni disebabkan limitation pergerakan sendi toys tu sendiri. Contohnya Woddy lebih bebas pergerakannya sbb tangan & kakinya diperbuat daripada kain. Tapi karakter lain macam Buzz, Barbie, dorang bergerak mengikut artikulasi atau sendi yang ada pada badan mereka sendiri je, perasan tak? Tangan & kaki Kent & Barbie boleh dilentur walaupon takde sendi pada siku dorang sbb memang plastik tu bleh dilentur, cuba korang try pada patung sebenar! Respek beb!

Dan paling best Toy Story kali ni, ada banyak cameo toys! Haha! Patung goblin rambut kaler2 masa aku kecik dulu tu ada, Totoro dari Gibli Studio pun ada. Memang banyaklah oldschool toys. Cool & reminded me to childhood days! :)

Concept art of Andy all grown up. Sumber www.drawnthatway.com

2 comments:

  1. ceh rase macam membesar bersama andy dengan mainan2 tu pulak.

    aku paling suke alien tiga ekor tu! comel je :D

    ReplyDelete
  2. beruang purple tu muka je baik..hati busuk..cis

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails