booth Kream Store di Youth 2010
Bulan Mei lepas sangatlah memenatkan! Jadual penuh dengan aktiviti! Mungkin disebabkan itu masuk bulan Jun ni aku lemah macam nak demam huhu. Disebabkan itu juga blog aku lama tak terusik & berhabuk.
Bulan Mei aku dimulakan dengan event KL Design Week yang aku turut serta bersama cek Kam & saudara Azeem dari JuxtaArt, segala cerita aku dah khabarkan di post aku yang lepas. Event seminggu yang berbaloi! Waktu tu jugak aku dapat job karikatur daripada seorang guru dari sekolah mana aku tak ingat. Aku ditugaskan buat 40 karikatur untuk Hari Guru dalam masa seminggu je. Aku pun tak tau aku mampu buat karikatur atau tak tapi akhirnya usaha aku berbaloi! Alhamdulillah! Ada masa nanti aku upload di portfolio blog aku.
15hb pula sepatutnya kami, Klobot bersama JuxtaArt ke Putrajaya pula, tapi aku & cek Kam terpaksa tarik diri sebab aku ada camping trip opis aku pula. Dorang panggil Camp-X, ingatkan lokasinya jauh gila, rupanya kat Menara Tinjau Ampang saja, dekat dengan rumah cek Kam haha! But anyway, pengalaman yang sangat best selama 2 hari di sana, jungle trekking, amazing race & motivation activity, dan paling tak dapat dilupakan, senamrobik di pagi hari dengan Bangra dance! Haha tiba2 jadik bollywood sekejap! Dan paling tak tahan khemah kami ada aircond beb! Cemana tu? Huhuhu...
Kream Store di Utopia
Dalam bulan Mei jugak Klobot terpampang dalam paper Kosmo, 1st time kluar paper beb! Dan juga muka aku kluar majalah lagi, kali ni Utopia plak, mewakili Bima & juga Klobot. Itu pun tumpang citer Kream Store, alhamdulillah!
Penutup Mei, kami Klobot join Youth 2010 Festival under Kream Store, memang syiok lah! Walaupun kami tak jual barang apa sgt, tapi button badge kami sold out! And we got new exposure & new friends! Thanks Kream Store & thanks Abira (Bima) sebab bagi kitorang peluang! And ahli Kream semua sporting, you rawk guys! Especially team VNDLSM yang cool turun dari Sabah, rambut ko semat lah Lazy Aphik (I know your name from facebook), tak boleh blah bila ko cakap; "kena kepala takpe, jangan kena rambut!" XD
Well, bulan Mei jugak bulan terakhir kawan opis aku, Qayyuum di Inspidea. Sebagai hadiah, aku lukiskan untuk dia karikatur muka dia & kawan2 teammates kami, tu pun setelah aku yakin lukis karikatur 40 orang guru tu tadi haha! Anyway, we miss you dude!
Qayyuum's Farewell dinner di Pizza Hut
Akhirnya kini dah masuk pun bulan June, kini aku sibuk dengan preparation & photoshoot untuk event opis yg dikendalikan team aku. Penat Mei tak kebah lagi aku dah disibukkan dengan keje baru, sampai aku naik demam minggu ni! Arghh! I hate that when its happen!
Hidung meleleh hingus, kepala migrain, & tekak serak2 basah, hari ini aku pi klinik, doktor cakap aku tak demam. Pelik, tapi dia bagi semua ubat demam, dan ditambah dgn pil Vitamin C. Bermakna sebulan Mei ni aku dah habiskan semua vitamin C dalam badan aku! Ahahaha! Rebina weh rebina huhu... :P
No comments:
Post a Comment