Thursday, April 15, 2010

Kisah Aku dan Ujian Memandu Kereta

14 April, Rabu, seawal 7.30 pagi lagi aku dah sampai depan sekolah memandu aku. Memang 7.30 dia kata, nak bertolak awal. Sampai2 pakcik & makcik tu boleh lak sedap makan nasik. Lapar katanya. Ok takpe, aku tunggu sekejap. Then terus kitorang bertolak ke IMKEDA, tempat di mana aku akan ambil driving test aku.

Sampai2 sana terus check nama. Spoil sungguh. Rupanya aku dlm senarai sesi petang. Kol 2 baru start. Jadi takde masa aku nk melanguk kat sini, aku pun terus balik rumah. Basuh baju, layan internet ada gak pekdahnya.

Pukul 2 datang balik IMKEDA. Jumpa rakan sekolah aku. Eh bukan sekolah menengah atau rendah. Kawan sekolah memandu haha!

Sorang akak ni nama Kak Yati. Sudah berkahwin ye. Baru 3 kali aku jumpa dia sebelum ni, tapi dia mmg peramah btol. Aku sampai terus dia senyum. Giliran dia sebelum aku. Aku giliran ke-32. Dan waktu tu dia duduk bersama 2 orang lagi perempuan muda yang aku rasa dia pun baru kenal aritu. Selepas setiap sorang dari kami diberi tag no giliran, kami berempat jalan beriringan ke tempat menunggu giliran test pertama. Iaitu test bukit dan parking.

Awal2 test, ramai gile peserta yg kantoi kat bukit. Spoil betol. Bila dah kantoi bukit terus tak bagi can dah nak buat parking. Tapi waktu tu aku masih konfiden. Aku yakin aku boleh buat. Last2 sampai giliran aku naik bukit & stop! Hand brake pass! Tester JPJ buat ibu jari tanda ok. Dah ok aku nak naik & jalanlah, sekali tak naik daaaa...! Mengundur plak! Demmm! Spoil test pertama aku.

Nasib baik, Alhamdulillah! Test kedua - jalanraya aku takde masalah. Cuma dapat tester perempuan yg garang gile jela. Eleh, takut aku nak ngorat lah tu. Bajet cun btol haha! Nasib le dia luluskan aku. Tu pon cukup2 makan. Tapi test bukit & parking still aku kena buat balik. Sigh...

Paling aku tensen, 3 org perempuan yg bersama aku tadi semua lulus! Drop my water face btol huhu. 2 awek lepasan SPM, dan seorang suri rumah tangga.

Ada juga kami bersembang sekejap selepas test pertama & kedua. Tapi kedua2nya aku tak tau nama pon tapi dorang agak ramah juga. Aku plak mostly jawab sikit2 je & kadang2 pandang ke lain & pandang ke arah Kak Yati. Bukan apa, taknak lebih2, nanti orang rumah marah huhu. Yang aku tau;



Awek A:
2nd driving test, sebelum ni gagal sebab baru dapat keputusan SPM alasannya.
Cakap dgn penuh yakin.
Aku rasa dia ingat aku sebaya dia kot.


Awek B:
1st driving test, tak pernah bwk kereta sblm ni tapi lulus dgn cemerlang.
Dah nak kuar kete katanya. Demm.
Budak lepasan SPM dah dapat kereta memang demm.
Tak cakap banyak tapi cakap goodluck kat aku masa aku nak test jalanraya. Errrr... Hehe jgn mareee....



Kak Yati:
1st test. Selalu bawak kereta tapi kereta auto.
Sgt2 peramah padahal baru je jumpa.
Rasa macam berjumpa dgn sedara mara kita yang rapat.


Anyway, terasa kelakar plak. Teringat dialog salah sorang minah tu tanya aku;"Dia ni mak awak ke?" (merujuk kepada Kak Yati, masa tu Kak Yati sibuk call suami dia)

Aku terdiam sekejap lepas tu ketawa, "takdelah, satu sekolah memandu."

"Nampak macam rapat". Dan minah lagi sorang mengiyakan. Dan aku cume tersenyum.

Lepas selesai semua urusan aku cakap kat Kak Yati aku nak balik, dan aku terus blah tanpa cakap & pandang lagi 2 orang awek tu haha. Tapi terasa connection dgn Kak Yati tu. Baik btol dia. Hopely we meet again :)

2 comments:

  1. hehe..teringat masa mik lesen dulu

    ReplyDelete
  2. kecoh betul sape yang tanya~ kak yati tu mak ko ke tak...hehe..

    just one tips.. for the bukit test:press the minyak..SLOWLY turunkan handbreak..bila rasa keta dan turun..sambil angkat kaki clutch..sambil kaki satu lagi press minyak.. practice balancekan clutch and minyak.. once dapat balancekan clutch and minyak..you dont have to angkat handbreak dah bila naik bukit..(tapi JPJ tak bagi tunjuk skill bila test..kena guna cara dorang ajar gak.)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails