Wednesday, February 24, 2010

Perihal Opisku #4: Sistem Kerja & Laporan Kemajuan


Dah lama aku tak cerita pasal opis aku. Bukan takde cerita tapi banyak sangat sampai malas nak taip huhu. Kisah opis aku yang macam2, bukan syarikat bawah kerajaan tapi dia membentuk kerajaannya sendiri. Ada paham? :P

Komunikasi
Opis aku ni ada sistem, yang aku rasa agak teratur & tersusun. Ada yang memudahkan kerja & ada juga yang menyusahkan. Biasalah, setiap sesuatu ada baik buruknya. Pertama, setiap pekerja dalam opis aku disediakan emel setiap sorang tapi setiap PC kami tiada internet. Jadi emel kami digunakan utk kegunaan dalam opis sahaja iaitu melalui intranet. Jadi kami berkomunikasi hanya menggunakan emel, tanpa menggerakkan punggung ke meja orang lain utk bertanya khabar. Itu cara kami bersosial. Perasaan aku pertama kali aku keje kat sini, aku rasa aku macam dlm perpustakaan, henpon pon kene silent, bukak mulut sikit orang akan shhHHHH...! Boleh gile aku. Nasib baik sorang leader aku yg bernama Nanie, suka cakap kuat2. Takde sape berani marah dia. Jadik aku pon join dia buat bising sama haha! Sekarang alhamdulillah, ramai juga yg dh buat bising sama. Tapi tak boleh selalu, encek boss tak suka...

Sebab kat opis tu kebanyakkannya dah biasa senyap bile buat keje, tapi sebenarnya dorang sembang juga. Bersembang bergossip pakai emel je, senyap2 saja, tapi bila ramai sgt send emel, walaupon setakat taip "Hai!" atau "Selamat Pagi" tiap2 hari, emel slalu jem, lambat send received, jadi encek boss bukak forum pula, guna connection intranet juga. Jadi macam2 topik le dibuatnya, waktu keje pon layan forum juga. Tapi tak bestnye encek boss boleh baca semuanya tanpa privasi. Cehh...

Sistem Kerja
Opis aku ada sistem kerjanya sendiri. Menggunakan connection intranet juga, ada paparan data kerja yang setiap kerja yg kami buat. Macam aku animator, dibahagikan kerja mengikut scene, jadi setiap kali siap satu scene, aku kena tick scene aku pada data intranet, dengan itu dorang bleh keep track kerja aku, berapa scene aku bleh siap sehari & tahap scene aku sama ada easy, medium atau hard. Opis aku takde overtime, tapi ada overwork kot bleh panggil huhu. Maksudnya, siapa buat kerja lebih drpd masa yg ditetapkan & dpt point lebih drpd data intranet tadi, dialah yg akan dapat extra money! Huhu tapi dapatnya tu lambat lah, selalunya dah abis sesuatu projek tu baru dapat. Sigh...

Laporan Kemajuan
Dulu masa aku mula2 kerja sini, aku ditawarkan kontrak 6 bulan dahulu. Lepas 6 bulan, aku ada appraisal. Apa itu appraisal? Dia macam reportcard masa zaman skolah, lebih kurang macam laporan kemajuan lah. Aku akan berjumpa dgn animation director aku, & aku diberi borang kemajuan lebih kurang, aku kene rate pencapaian diri aku sendiri antara 1-10 utk setiap point yg die bagi, contoh mcm disiplin, kualiti kerja, speed, & macam2 lagi lah aku tak ingat. Then aku kene berdebat dgn director aku patut ke tak markah tu dgn kesesuaian aku. Pastu total markah tu barulah bleh ditentukan sama ada aku patut dinaikkan gaji atau ditawarkan kerja tetap. Tapi apa yg aku lalui masa aku appraisal dulu, kebanyakkan markah aku director aku tak setuju sbb rate yg aku bagi terlalu rendah katanya, then dia bagi markah kaw2 punye. Dapatlah aku jadi pekerja tetap skrg & dinaikkan gaji walaupon rm100 je huhu. Alhamdulillah la jugak hehe. Tapi dah parmenant pon tak bermakna selamat, lagi setahun kenelah appraisal lagi utk kekalkan jawatan skrg. Macam takde beza dgn kontrak, tapi sekurangnya bila dah tetap ada cuti tahunan, ada bonus, & ada EPF, yessss...! :D

Waktu Kerja
Waktu kerja opis aku dalam kontrak, pukul 9 pagi sampai 6 ptg. Tapi tiap2 hari selalunya kitorang akan balik lepas pukul 6. Ada yang rajin bekerja, balik pukul 12 tgh malam pon ada. Ramai antara kami tak kisah sangat kalau balik lewat. Tapi yang buat aku kisah, opis aku ni ada undang2, sesiapa yang datang lewat, lebih dari 9.10 pagi, akan dikenakan penalti - 50sen setiap satu minit. Duit penalti tu dorang buat beli barang2 kat pantry macam gula, milo, nescafe dan mcm2 lagilah. Bayangkan kalau lewat 10 minit je. Boleh buat makan KFC. Itu, sorang, kalau 10 orang, bleh buat kenduri. Itu yg aku tak suka tu, galakkan balik kerja lewat tapi datang lewat sikit dah berkira, kalaulah aku kira berapa jam yg aku kerja lebih masa tu 50sen seminit, dah beli banglo dah aku skrg. Sebelom ni HR yg sepatutnya kutip penalti ni, dia malas nk berkira & tunggu sapa2 datang bayar kat dia, tapi lepas ganti HR baru ni, yg muda lagi bergetah, rajin plak dia naik atas pergi meja ke meja kutip sorang2, aduhaiii~! Bulan lepas je lebih kurang rm28 aku kena, ni yg aku malas stayback lama2 kat opis, kol 6 je terus cabut! >:(

Acara & Cuti Tahunan
Opis aku ni tiap2 bulan ada event utk pekerja dia, dan biasanya berbeza tema atau acara. That's good! Ada makan2 free. Sambut besday pekerja tiap2 bulan & ada hadiah pekerja terbaik juga tiap2 bulan, yg dorang panggil Johan of the Month, selalunya berbentuk wang ringgit, jumlah dlm rm100. Okla tu. Itupun dikira ikut vote orang ramai, dan nasib aku selalunya tak baik hehe.

Malaysia ni banyak cuti umum, tapi tak semuanya opis aku amik. Dia akan pilih cuti2 penting je macam cuti perayaan utk kitorg cuti. Macam ari jumaat ni, sepatutnya cuti Maulidur Rasul, tapi opis aku kerja. Diorang buat acara Valentine's Day pulak. Mmm... Yer... Tak sambut kelahiran Nabi Muhammad, tapi sambut Valentine... Yg muslim, beringat2lah yer... :)

3 comments:

Related Posts with Thumbnails