Sepanjang minggu ni aku rasa malas2 je buat keje kat opis. Jasad masih di KL tapi hati dah sampai JB. Itu dia penangan tahun baru cina. Yeay cutiiiiiii~!!!
Jumaat 12hb - Hati dah meronta2. Mata asyik memandang jam dinding. Bila lah nak pukul 6? Officemate aku cakap, kaki sebelah dah kat kampung lah tu. Haha! Tepat kol 6, eh takdelah tepat sangat sbnrnya, pukul 6 lebih gak, selepas hantar report kerja, update itu ini, amik kunci motor terus chow. Cek Kam dah tunggu kat KLCC, nak tgk wayang, The Wolfman huhu... Apa lagi, terus rempit pi sana, sampai2 dapat tiket kol 9.30pm. Oklah tu, layaannn... Humm, not bad citer tu, but don't expected to much, sebab dia masih kekalkan originality citer asal dia, but its original & felt very classic. Sekurang2nya takdelah jadik mcm werewolf dalam citer New Moon, jauh sangat peginya. And I love the wolfman custom, tidak terlalu harapkan CGI, & that's good.
Sabtu 13hb - Puduraya, awal pagi kol 10 lagi aku dah sampai, Cek Kam seperti biasa menemani. Tiket kol 11, KL - Batu Pahat. Takpe, lepak2 dulu. Sembang2. Kol 10.45 kitorang turun tunggu kat platform. Kosong, bas takde lagi. Ok takpe, tunggu lagi. Tunggu punye tunggu 11.10 masih takde. Bikin panas, aku terus naik kat kaunter, brader tu kata; "Dah nak sampai tu. Bas dah ada." Tup-tup bas sampai dekat2 11.30pagi. Masa naik bas ada mamat bangla kene marah dgn brader konduktor bas; " Ni tiket pukul 1, nanti, tunggu!" Dengar rasa macam nak maki balik; "Abis tiket ni kol 11 bang! Ni sampai kol brape?!" Tapi aku cuma menjerit dalam hati, bangang!
Pukul 1 lebih, aku masih stuck kat Nilai - Seremban. Jalan jem teruk. Itulah... Cuti tahun baru cina, tapi semua org sibuk nak balik. Termasuk aku. Sabar ajelah...
Jam 4 aku masih kat highway, tiba2 bas cilok masuk Tangkak. Ciss... Bas nk singgah Muar dulu lah tu. Kat sebelah & belakang aku, ada 3 orang mangkuk, aku tak pasti org Thailand ke Myammar ke China asli, tapi yg aku pasti bukan orang Malaysia. Dressing taknak kalah macam boyband SuperJunior ke apa, tapi perangai mcm org jakun, kecoh gila, sembang kuat2. Ringtone henpon takleh blah, lagu thailand mane ntah satu bas bleh dengar, pastu sembang kat tepon pon nak kuat2. Lepas sembang dah bosan, bukak lagu kat henpon plak, pasang lagu ntah apa, dangdut campor clubbing tapi cakap bahasa yg aku tak paham, bingit gile! Daripada KL aku tahan perangai dorang, rasa mcm nak maki je tapi mengingatkan dorang bertiga aku diamkan aje. Nasib baik penyeksaan aku berakhir di Muar, mangkuk 3 tu dah blah.
Akhirnya aku smpai Batu Pahat kol 6. Tempoh perjalanan macam aku balik JB je. Mamposlah lepas ni aku taknak naik Hasry Ekspress lagi. Sampai2 kakak aku & abang ipar dah tunggu, dah sejam lebih tunggu katanya. Asalnya plan nak lepak rumah nenek aku dulu, tapi sebab dah lewat kitorg terus bertolak pi JB. Singgah Parit Raja beli kerepek, singgah Ayer Hitam makan jap, mee bandung mantap! :P
Akhirnya, pukul 9 aku selamat sampai JB, alhamdulillah! Penangan Tahun Baru Cina btol2 mnguji kesabaran aku huhu. Anyway, GONG XI FA CHAI semua & HAPPY HOLIDAYS!!! :D
No comments:
Post a Comment