Saturday, July 10, 2010

Mimpi Adik dan Mak


Dah lama tak tulis blog. Blogger.com ni pun dah lama aku tak bukak. Bukan taknak, bukan terlalu bizi. Tapi CELCOM! broadband aku yang lembab gile nak mampos ni yg buat aku jadik malas nak bukak. Tak tau kenapa, masa mula2 beli bukan main laju, sekarang, macam haram!

Tapi arini bukan aku nak cerita pasal broadband aku yang bangang ni, tapi nak update la serba sedikit apa yang tertinggal berapa hari ni, tapi sebelum tu nak citer apa yang jadi semalam. Malam semalam, aku bleh mimpi jumpa family aku kat Johor plak. Tak berapa jelas lah mimpi aku tu.

Tapi yang aku ingat skit mimpi aku tu sebelum aku terjaga ialah, aku berada dalam kereta bersama mak & adik2 aku; Yan & Adik. Yang aku terkejut masa tu adalah adik aku, macam mana dia bleh ada dalam kereta, padahal kitorang baru hantar masuk UPM aritu, so aku tanya mak aku. Dia kata Adik sakit2, efeks pembedahan adik aku aritu (sakit skoliosis), jadi tak tahan dgn minggu orentasi kat asrama, so terpaksa bawak balik rumah. Dan lepas je mak aku cakap tu aku terus terjaga dari tido, sebab nak pegi keje pagi tu.

Jadi lepas aku termimpi mende tu aku jadik risaulah pulak. Lebih2 lagi baru aritu aku baca entry blog adik aku Yan, yg bagitau mak menangis bila dapat tau adik sakit badan sbb minggu orentasi. Mak nak pegi tengok tapi ayah tak bagi. Yelah, jarak Johor ke KL bukannya dekat. Ayah kata biar tunggu lagi 2 minggu, kalau sakit jugak, terpaksa lah pegi tengok.

Hari ni, masa aku kerja pagi tadi, mak aku bagi sms. Mintak jenguk adik weekend ni. Mintak bawakkan adik biskut jenama Munchy's, beli biskut tawar & manis. Aku rasa macam sebak bila dapat sms pagi tu. Kesian kat mak ntah2 tak senang duduk dia kat rumah. Adik tak penah berjauhan dgn mak. Dia duk asrama Teknik JB dulu pun mak selalu jenguk. Aku taknak tanya panjang lebar, aku terus jawab OK je.

Harap2nya adik aku OK & dapat bertahan sementara tunggu aku ke sana datang jenguk dia. Dan... Ya Allah. Semoga dia cepat sembuh. Amin.


err... yang Munchy's yang mana satu plak ni? sumber:google.com

Friday, June 25, 2010

Cerita Mainan dah Kembali!



Sabtu lepas aku bersama rakan jenayah pegi menonton Toy Story 3 di Capsquare, tiket rm7 wei! Dah la tak ramai orang, baik korang tgk kat sini je hehe!

Anyway, tak sangka movie yang ketiga ni sangat best! Tangkap feeling beb! Malah kisahnya, bukan saja menunjukkan yg Andy tu dah meningkat remaja & matang, tapi storylinenya pun dah semakin matang! Dengan jelas kelihatan digarap bukan hanya untuk kanak2 sahaja. Tak taulah, maybe aku nampak macam tu sbb aku dah dewasa. (Ehem, lebih dari 25 tahun adalah bukan lagi remaja. Argh! Macam tak percaya!)

Preproduction art for Toys Story2 from Pixar Animation Studios. Sourcejimhillmedia.com

Asalnya Toy Story pertama dihasilkan pada tahun 1995 (aku baru darjah 5!) di mana ia adalah filem pertama Pixar. Bayangkan tahun 1995 hingga sekarang 2010, dalam Toy Story 3 Andy dah remaja & nak masuk kolej dah, bermakna kira2 umur Andy 20 tahun, jikalau Toy Story pertama Andy berusia 5 tahun.

Nak tau filem2 yang pernah dihasilkan Pixar & update terkini dorang? Ha, check entry blog ni yang aku jumpe the-incredible-evolution-of-pixar dan LUXO, blog rasmi yang mana kalau korang nak tau update pasal dorang. Ok?

So apa yg aku dapat lihat dalam movie Toy story 3 nih, aksi mereka lebih dramatik & tampak lebih hidup. Dan setiap mood dihasilkan seolah2 menonton filem live-action biasa tapi dilakonkan semula oleh patung2 & dijadikan komedi. Macam tgk filem spoof haha! Lebih2 lagi watak Big Baby, betul2 macam kaki pukul kelab malam yg bertatu di lengan (padahal tatu tu contengan marker shj), & scene Big Baby atas buai di playground, memang dah macam filem horror aku tgk! Reminded me to Chucky's Child Play! Memang aku dapat rasakan movie kali ni lebih pada mood & feeling movie tu kpd penonton. Lebih2 lagi part akhir masa Andy nak tinggalkan toys dia, perghh, touching gila weh, walaupon korang tau itu semua hanya toys!

Lagi satu yang paling aku respek Toy Story ni adalah style animationnya. Kalau korang perasan setiap karakter ada style pergerakan sendiri. Semua karakter berbeza. Ni disebabkan limitation pergerakan sendi toys tu sendiri. Contohnya Woddy lebih bebas pergerakannya sbb tangan & kakinya diperbuat daripada kain. Tapi karakter lain macam Buzz, Barbie, dorang bergerak mengikut artikulasi atau sendi yang ada pada badan mereka sendiri je, perasan tak? Tangan & kaki Kent & Barbie boleh dilentur walaupon takde sendi pada siku dorang sbb memang plastik tu bleh dilentur, cuba korang try pada patung sebenar! Respek beb!

Dan paling best Toy Story kali ni, ada banyak cameo toys! Haha! Patung goblin rambut kaler2 masa aku kecik dulu tu ada, Totoro dari Gibli Studio pun ada. Memang banyaklah oldschool toys. Cool & reminded me to childhood days! :)

Concept art of Andy all grown up. Sumber www.drawnthatway.com

Wednesday, June 23, 2010

Scott Pilgrim - New Hero in Town!



Scott Pilgrim vs. the World adalah tajuk satu movie yg akan released August ni! Err... maybe, kat Malaysia tak taulah akan ditayangkan atau tidak. But it's really a gempak movie! Check at youtube & search for Scott Pilgrim!

Scott Pilgrim vs. the World actually adaptasi daripada 6 volume komik daripada Bryan Lee O'Malley, mengisahkan tentang mamat geek tapi cool (bcoz he have a band duhh) Scott Pilgrim, jatuh cinta dengan minah baru di bandarnya, Ramona Flowers. Tapi bukan mudah, untuk memenangi hati minah ni, dia kena kalahkan 7 orang evil ex-boyfriendnya! Get it? Ahaha! Yang lagi best, bukan kalahkan macam biasa, tapi dari segi fighting skill! Dan lagi menarik & gile "weird+freak=geek"nya dorang, dorang fight ala2 game siap efx & point/markah macam game sebenar! Malah efx fighting dorang lagi hebat daripada movie live-action Dragonball Evolution Haha! Got my point?

Actually movie ni macam anime style yg gila2 punya. Macam tu jugak komiknya, very manga style! Not the drawing, but the concept. And yerp! Aku dah pun baca versi komik & it's very funny & best gile! Of coz download punya haha! And nilah komik yg aku dok layan kat opis sambil buat keje huhu... But it's worth for personal collection! Macam nak beli je huhuhu :P


Related Posts with Thumbnails