Friday, August 13, 2010

Rakaman Memori Yang Tertangguh

Eceh, tajuk entry yang tak bleh blah, ada macam tajuk drama sinetron tak? Atau tajuk novel? Tajuk lagu? Haha! Actually aku letak tajuk ni sebab aku nak rekod tarikh2 penting yang sepatutnya aku dah lama update dalam blog aku tapi aku dah lama tertangguh disebabkan oleh broadband aku yang suck gila.

Well, sebelom aku pergi lebih jauh, bersempena bulan Ramadhan yg mulia ini, aku nak ucapkan kepada semua pembaca blog aku yang ntah pape ni dgn ucapan, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa, dengan penuh kesabaran! yeah! Semoga aku dapat bersabar dengan broadband aku yang leceh ni. Laptop aku pon dah buat hal, kluar screen biru sekejap tadi, demm! Perlu segera beli external harddisk 1 terabyte supaya aku dpat format laptop aku dengan senang hati. Sigh...

Ok. Memori pertama yang agak dah lama basi tapi aku nak rekodkan jua dalam blog aku ni adalah tarikh Ulangtahun Per"KAWAN"an aku dengan lovely cek kamariah huhuh. Dah 4 tahun beb! Ulangtahun kitorang pada 22 Jun, tapi pada kitorang sambut pada 26 Jun dengan hadiah spesel dari dia iaitu, tiket Theater Spark of Broadway! Tiket itu berharga RM43 sekeping, tapi dia dapat free je, hasil bersosial di laman rangkaian social mukabuku, bagus cek ni, pandai berkawan huhu. Walaupun free ticket & pergi bersama kawan2 dia jugak, tapi hari tu tetap best. Aku tak pernah tengok broadway ataupun theater, so memang hari yang tak dapat aku lupakan, thanks cek! :P

Nilah tiket broadway tu. Snap pakai henpon sahaja, malas nak edit huhuh.

Hadiah aku? Well, hadiah aku pon spesel jugak. Spesel untuk seumur hidup kami. Sempena Ulangtahun Kami, aku membawa family aku dari Johor datang merisik cek kam ni pada 4 Julai lalu. Memang dah lama aku plan pun. Dan family aku memang nak datang KL sebab nak daftar kemasukan adik2 aku masuk U. So alang2 merisik la skali huhuh. Yep, adik2 aku. Ada 2 orang adik aku baru daftar masuk U waktu tu, sorang kat UPM, sorang kat UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, pandai - pandai adik2 aku nih. Sejuk perut mak aku mengandung hehe. Dan minggu tu memang best sebab aku dapat spend time dengan family aku, kat KL plak tu, slalu aku yang kena balik kampong jumpa dorang hehe.

So then, bermulalah episode pengembaraan Kami untuk meniti kehidupan sebelum alam perkahwinan ni. Tarikh dah set. Amacam? Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu! Ahaha! Tagline rancangan Bolos kat Astro. Tapi macam Robin Sharma cakap, halangan tetap ada, itulah dinding pemisah antara kita dengan matlamat kita. Itu yang aku dan dia perlu bolos sekarang ni. Mari berusaha! Dan langkah demi langkah.

Yang pakai songkok tinggi kacak berjambang tu bukan aku hehe.

Langkah pertama aku dah tempuh, minggu lalu, 31 Julai & 1 Ogos kalau tak silap, aku dan dia mengikuti kursus kahwin di Mahligai Firdaus dekat Wisma Peninsular, Setiawangsa. Dan ia sangat menarik! Aku sangka bila kursus2 ni membosankan, rupa-rupanya penceramah2nya memang kelakar gila, macam tengok Raja Lawak pun ada, tapi yang lengkap dengan pengisiannya. Alhamdulillah segala berjalan lancar & weekend ni kami akan dapatkan sijilnya. Tapi banyak lagi la pulak borang2 & dokument2 yang aku kena lengkap & selesaikan untuk urusan perkahwinan ni huhuh. Siapa kata kahwin tu mudah? Haha! Kalau korang nak kawin nanti siap sedialah dengan mental & fizikal, sebab persiapannya bukan mudah huhu. Takpe step by step.

Anyway, minggu lepas pula aku baru sahaja ke luar negara (eceh hehe). Pergi mana? Nanti lah lain kali aku cerita, dan aku bukan pergi suka2 tapi atas urusan kerja, company sapot flight pergi balik, makan minum, tempat tido, itu yang best tu! Hehe walaupun sekejap tapi sempatlah juga menikmatinya huhu.

Oh ya, 25hb Julai lepas aku ke Toy Fair Festival kat Midvalley, okla, takdelah best sangat, tapi yang bestnya aku jumpa adik aku yang belajar kat UPM tu. Amboi2 dah pandai berjalan-jalan plak kat sini, bukan sorang, datang dengan ehem ehem plak tu, amboi amboi adik. Hehe. Pandailah jaga diri ye.

Oklah, sekarang pun dah pukul 7. Aku berjaga daripada waktu sahur tadi. Nampaknya tak sempatlah aku nak lelap sekejap, kalau lelap sekarang mau hanyut aku dibuatnya, pukul 9 dah masuk kerja, sempat ke nak lelap? Haha.

P/S: Sebenarnya entry ni aku tulis semalam, pagi ni baru dapat upload, damn broadband!!!

1 comment:

Related Posts with Thumbnails