Sunday, August 22, 2010

Sambutan Hari Kebangsaan Kian Hambar?

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Biasanya Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Hari Kebangsaan negara kita hampir menjelang, tapi kelihatan hambar sambutannya di kalangan kita. Kenapa agaknya? Aku perasan isu ni dipersoalkan dalam Buletin Utama malam tadi. Tapi aku agak terkilan bila persoalan ni diajukan kepada orang2 penting negara kita. Jawapannya agak tak memuaskan.

Kenapa asyik menyalahkan rakyat? Kenapa asyik menyalahkan orang2 remaja kini? Selalu sangat keluar perkataan, "budak2 sekarang". "Budak2 sekarang memang macam tu, memang macam ni". Instead of asyik salahkan orang lain, lihatlah pada diri sendiri. Apa yang kita dah lakukan bila timbul isu2 begini.

Apa yang aku dapat lihat, daripada mata seorang rakyat, daripada mata seorang "budak2 sekarang", yang tidak dipengaruhi dari mana2 parti politik, yang dimana segala perlakuan aku berkaitannya tidak akan mempengaruhi duit kocek aku; aku lihat status negara Malaysia agak membimbangkan juga.

Semenjak Malaysia dikuasai 2 parti politik besar dalam Malaysia, Malaysia bagaikan mempunyai 2 haluan berbeza. Bagaikan seorang anak yang bingung apabila diberi panduan hidup oleh 2 orang, ibu dan bapa yang saling berselisih pendapat dalam membesarkan anaknya. Rakyat bagaikan anak, & pemimpin negara bagaikan ibu bapanya. Dan selalunya kalau anak bermasalah, siapa yang dipersalahkan? Ibu bapanya bukan?

Fikir-fikirkanlah, dan buat keputusan sebaiknya. Rakyat, atau "budak-budak sekarang" bukan makin bodoh, tapi makin bijak. Kami boleh berfikir sendiri mana yang baik mana yang buruk. Janganlah lakukan kebaikan kerana nak jaga duit poket sendiri, sedarlah. Anak perlukan kasih sayang, bukan harta wang ringgit. Buatlah kerana rakyat, bukan kerana nak jaga kedudukan.

Hari Kebangsaan ada kaitnya dengan perasaan patriotik dalam jiwa seseorang. Jika sambutannya semakin hambar, fikirkan bagaimana jiwanya? Adakah semakin hambar juga? Fikir-fikirkanlah.

Adakah slogan Hari Kebangsaan kini terlalu rumit untuk difahami sehingga sukar meresap dalam jiwa kita? Sehingga perkataan complicated seperti "Transformasi" tidak boleh digantikan dengan perkataan "Perubahan"?

Apa-apapun, aku masih ingat ketika Hari Kebangsaan mengunakan "Keranamu Malaysia" sebagai slogan. Walaupun ayatnya pendek dan simple, tapi meresap ke jiwa semangat cintakan negara itu. Keranamu Malaysia :)

P/S: Alasan bulan ini bulan Ramadhan dan kita sibuk dengan persiapan sambutan Aidilfitri tidak diterima oleh mereka; itu yang disampaikan dalam Buletin Utama semalam. Pada aku, aku pun rasa macam tu. Sibuk nak berpuasa aku tak teringat pun bulan ni bulan Hari Kebangsaan, huhuh :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails