Dah lama aku tak into comic books, tapi akhir2 ni banyak plak aku dah baca, exspecially in english version. Well, kat opis aku ada sorang mamat ni, Gen, really into comic books. Banyak gila kat workstation dia. So aku pun pinjam la sikit nak baca. Aku tak brape sangat into english/US comics.
So banyaklah komik2 yang dia rekemenkan kat aku untuk baca. And there are really quite good! The storytelling, pergh best gile! Bukan lagi citer tipikal superhero budak2. Mostly drama. Atau black comedy. Kadang2 mesejnya juga agak berat. Bukan cerita simple untuk kefahaman kanak2 lagi. That's why nowadays they call them 'graphic novels', atau dalam bahasa melayunya, 'novel bergrafik'.
Salah satu yg menarik minat aku adalah novel grafik "Good As Lily", tulisan Derek Kirk Kim dan dilukis oleh Jesse Hamm. Style illustrasinya pun dah buat aku tertarik; ia tidak nampak terlalu kaku & realistik figure sprt komik US yg lain dan ada sedikit elemen manga tapi tidak keterlaluan, seolah mencipta identitinya sendiri. Dan jalan ceritanya hidup bagai sebuah drama. Kalau dilihat pada covernya pun dah macam novel & target utk pembaca perempuan, tapi still boleh layanlah! Bukan kisah romantik tapi fantasi mungkin, tapi nampak realiti.
Bayangkan kisah seorang budak highschool, Megan Kwon, beli pinata daripada seorang nenek misteri untuk parti harijadinya. Tapi bila diketuk pecah sepatutnya berteraburanlah gula2 tapi tiada apa2. Sebaliknya setelah semua kawan2nya pulang, dia terjumpa 3 orang dirinya sendiri tetapi berlainan usia, dia berusia 6, 29 & 70 tahun! It's kinda like a comedy story, tapi mempunyai mesejnya yg tersendiri.
Anyway, check out the rough thumbnail storyline & character citer ni dari Derek Kirk Kim blogspot. Memang gempak! :D
Lagi satu yang aku rasa kagum gila ialah karya Andy Hartzell, "Fox Bunny Funny". Maybe it's look like a comedy story, which is kisah dua puak, musang & arnab yg bermusuhan di sebuah kota, yg kelihatan mcm dunia manusia juga. Musang ditakdirkan bunuh & makan arnab, seolah merekalah yg paling berkuasa di situ. Jadi watak utama seekor musang ni, tidak sukakan keganasan, malah suka menjadi baik seperti arnab. Tetapi dia terpaksa mengikut rentak kaumnya & akhirnya menjadi seperti mereka juga. Tapi di dalam hatinya masih mahu jadi sebahagian daripada kaum arnab.
Jalan ceritanya diolah tanpa pengunaan dialog walau sepatah pun, tapi mesejnya dapat disampaikan begitu berkesan. Malah aku tak rasa langsung cerita ni kelakar walaupun tajuknya pun dah tulis "Funny". Tapi sebenarnya menyampaikan mesej yang agak berat juga, seolah ada sindiran kepada dunia sebenar yg terjadi kini. http://www.andyhartzell.com/
Well, pada pandangan aku, idea & storyline pada komik sekarang bukanlah cerita budak2 lagi, malah ideanya lebih bijak & mesejnya yang disampaikan lebih berat daripada drama2 tv atau telenovela yang aku rasa kebanyakkannya storyline ntah pape. Tu belum kira produk Malaysia lagi. Drama tv, movie, memang kebanyakkannya pointless & ntah pape. Tapi takdelah semuanya teruk, cuma kebanyakkannya hehe.
Anyway, actually, malaysia pun banyak juga talent artis komik yg hebat. Good storytelling. Ada masa aku cerita pasal bakat artis komik malaysia pula. Aku rasa dah tiba masanya penerbit2 filem atau drama malaysia ambil langkah seperti penerbit hollywood, ambil cerita komik & novel untuk bikin produk. Dan insyaallah, pastinya storylinenya akan jadik hebat. ;)