Wednesday, December 30, 2009

Idamanku: Wacom Intuos 4

Tahun baru 2010 akan menjelang, dan salah satu target aku menjelang tahun baru ni ialah Wacom Intuos 4! Wacom adalah salah satu mender ajaib yang dah lama aku idam2kan! Sampai la ni aku tak dapat jugak, jadi aku tak kira apa jadi aku mesti dapatkan jugak bulan depan! Yeah! Azam beb haha! Dulu dah ada sebijik, tapi masa tu model yg murahlah, ada dalam rm300, lepas tu pi jual, skrg nyesal tak sudah! Bukan apa, bila ada je wacom ni, segala perancangan aku utk tahun yg mendatang akan lebih sempurna (hopely, insyaaalllaaahhh...). Perancangan apa? Ha... For earning more money lah! :)

Ni harga pasaran skrg (mahal kan?)
Intuos4 Small (4 x 6) (PTK-440): RM899
Intuos4 Medium (6 x 9) (PTK-640): RM1,379
Intuos4 Large (8 x 13) (PTK-840): RM1,789
Intuos4 X-Large (12 x 19) (PTK-1240): RM2,959

Kepada sesiapa yg tak tau wacom tu mende alah apa, leh la tgk link kat bawah ni, nak aku cite semua kat sini karang penuh plak blog aku ni huhu ;p
http://www.wacom.com.my/intuos4

Tuesday, December 29, 2009

Tidurlah...

Patutlah...
Hampir 12 jam aku tido semalam...
Akibat berjalan jauh sempena cuti krismas,
KL - JB - Batu Pahat - KL balik...
Sakit pinggang beb!
Migrain pon datang jenguk sama...
Tu yang bantai tido puas2...

Malam ni...
Payah pulak nak lelap...
Tidurlahhh...

Saturday, December 26, 2009

Secomel Picanto


aku ni memang peminat kereta compact, kereta2 ketot senang cakap, tak tau knape setiap kali kluar model yg baru, aku mula ler. Kalau aku kaya, mungkin aku dah ada berdozen kat rumah haha.. walhal skrg ni satu pon takde. Takpe, janji planning ada ;p

aku pernah terpikat dgn Naza Kia Picanto ni, the new Naza Suria , cun melecun this baby (bukan modelnya ya, keretanya) tapi apa yg aku nak citer ni sbb aku tak cukup berkenan dgn iklannya. Tagline; "Guys love cars, GIRLS love picanto"? WTF, serius sape yg buat iklan ni mmg bodoh. Serta merta dia dah sempitkan pikiran buyers dia, limitkan target audience dia, tak ke bodoh namanye?! Mesti GUYS yg nak beli pikir 2 kali sbb takut tukar jadi GAYS pulak haha! Aku rasa kalau ni assignment aku masa study dulu, mesti Puan Intan (lecturer aku masa kat PoliJB) failkan aku HAHA! :D

In the other hand, nasib la keluar model baru dari Perodua si Alza ni, maybe dorg kata MPV, tapi pada aku kete ketot jugak haha!

p/s: cakap mcm aku nak beli skrg je, esok2 minat kete lain plak hihi, peace ;p

Monday, December 21, 2009

Rantai Idealist 2009


18-20 Dec 2009 di MIA Red Bungalow, KLCC. Nilah kali ke-3 aku & cek kam sertai art exhibition dgn hasil karya kami. Hasilnya: Kepuasan! Itu sahajalah yg diinginkan oleh orang macam kami. Dan kami takkan berhenti, kami akan terus melukis!

for those who came, thanks for all your support! :D
mungkin taun depan kita akan jumpa lg dlm banglo merah ni lagi ;p

Malaysia Selepas 20 Tahun


Walaupun aku tak tengok dorang main aritu (sbb aku bz pegi setup utk exhibition aku), tapi nak jugak la ucapkan tahniah kepada skuad bolasepak negara kita Malaysia dengan kejayaan muncul juara di kejohanan bolasepak Sukan Sea Laos 2009, kedengaran daripada cerita rakan2 (yg tengok kat tv opis sahaja) bukan main hebat juga mereka. Sekalung pingat emas dihadiahkan kepada setiap pemain Malaysia. Mana tidaknya, penantian selama 20 tahun emas disukan SEA akhirnya dapat ditembusi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Vietnam. Malaysia Boleh!

Sekarang pihak penaja takdelah nak segan2 lagi promote produk mereka. Baru ini aku tengok iklan Nike makin menjadi dengan tagline mereka "Make a Difference", hehe...Got it? ;p

Anyway, Tahniah malaysia! Sekali lagi :)

Monday, December 14, 2009

25 tahun sudah...

Malam sebelum hari kelahiran aku, aku dikejutkan dengan hadiah sebiji kek oleh cek kam & keluarganya, dah lama tak makan kek yg mmg utk harijadi aku, & tak pernah lak org buat suprise2 kat aku ni huhu... Terharu... Terima kasih cek kam... Dan keluarga...

25 tahun dah, kau ingat kau muda lagi? Haha... Bukan sapa2, tapi aku sendiri yg mengingatkan diri... Hmm... 25 tahun, perlu ada perancangan... Untuk maybe lagi 25 tahun, insyaAllah... :)

Memetik dari lirik lagu M.Nasir, gagal merancang merancang kegagalan... Goodluck tukang komen...
Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke-25... Utk diri aku sendiri...

Monday, December 7, 2009

Hijacked JUNK magazine!


These are some pages that we (aku & cek kam) designed for Junk Magazine Dec Issue - The Best of 2009. Ada 8 pages semuanya. We produced the designs for The Best of 2009 feature on page 35-41 :D I'm so happy because finally people recognized us. But yeah, Junk editor did some amendment on our biography..but hey! u guys did awesome.
We hijacked the junkonline too... but sadly they forgot to put our name :(

p/s: more info about us, check out blog_come&harmme or klobot@myspace :)
Related Posts with Thumbnails