Sunday, October 17, 2010

Makan Malam Bersama Idola Hehe...



Aritu malam Khamis, 14hb, dah lama lepas tapi baru hari ni aku nak update dalam blog aku, akibat kemalasan yang amat sangat hehe... Ada macam2 aktiviti berlaku, lebih2 lagi kat opis aku, tapi lain kalilah aku cerita lagi.

Anyway, aritu, team aku, dijemput pegi dinner bersama director & creator Johnny Bravo, Van Partible & creative director dari Turner Asia, Silas Hikey, kat sebuah restoran di Mount Kiara. Dan biasalah, kalau makan dgn mat saleh ni mesti nak pegi tempat yang ada alkohol. So bila sampai sana, akan kelihatanlah 2 grup manusia, yang redah halal haram, iaitu offcozlah yang bukan muslim, & grup lagi satu ialah kami, melayu & muslim, dan bahawasanya hanya 5 org je yang muslim dapat datang malam tu, dan grup kami ni btol2 duduk bersebelahan dengan Van Partible ni huhu!

Si Van ni memang cool gila. Dan malam tu aku tak terperasan plak dia minum arak malam tu, berbanding dengan yang lain2, berjag2 minum, gila lah. Dan tentulah kitorang yg muslim ni pilih makanan & air yg halal je, tu pun tanya kat waiter dia mana yang takde alcohol. So aku nampak lah si Van ni hormat dgn culture & agama orang lain, sebab tu dia tak minum alkohol macam gila macam orang lain yang ada kat situ.

Yang kelakar malam tu, Van & Silas ni punyalah order makanan Malaysia, macam Satay & sotong goreng. Kitorang plak order makanan western. Ada kawan aku, melayu, siap kena perli dengan waiter bila dia order nasik lemak, waiter tu cakap; "kat mamak sebelah ni pun bleh makan nasik lemak" haha!

So disebabkan kitorang yang melayu ni dok dekat dengan Van, dia pun takde teman borak, dia pun cuba la bersembang dengan kitorang, sepatah dia tanya sepatah dijawab. Mana tak nya, masing2 tak geti cakap omputih. Bukan tak retilah, tapi malu kot aku rasa hehe. Kebanyakannya aku lah yang dok layan pertanyaan2 Van, kawan2 lain cuma pandai sengih2 kambing, gelak2, yes no, tu je. Tapi Van memang selamba je layan, respeklah! Kat sini ada komen dia pasal kitorang hehe; VanPartible.com

Here's some photos malam tu. Van ada lah jugak bagi autograph kat kitorang, tapi lenkali lah aku upload, sekarang tengah malas haha! Enjoy! :D

My pumpkin pizza! Sodap jugak! :P

Look how close we are! Haha!

Anak Silas Hikey, Minami nama dia. & dia bawak bini dia jugak, japanese weh, gila cute budak ni!

Me & Van Partible! :D

Tuesday, October 12, 2010

I Just Met Van Partible Yesterday!



Siapa Van Partible ni? Apa istimewanya dia? Ha kat atas nilah rupanya, & aku baru jumpa dia semalam, dan aku rasa amat best & bangga! Huhuh... Kenapa?

Pada asalnya aku pun tak kenal dia, tak pernah dengar pun nama Van Partible ni. Tapi semalam baru aku tau. Dia lah pencipta salah satu karakter popular daripada produksi Hanna-Barbera, iaitu Johnny Bravo! Tak kenal Johnny Bravo? Ha dok diam2 huhu.


Well, asalnya aku diberitahu bahawa projek ni confidential, takleh bagitau sapa2 sebelum dia siap, tapi memandangkan si Van Partible ni sendiri dah bagitau kat blog dia; vanpartible.com, dan lagipun aku sendiri pikir sape pun yang nak baca blog aku ni haha! Jadi aku tulis jelah, bahwasanya company aku sekarang ni tengah buat projek telemovie Johnny Bravo, & mamat Van ni lah jadik directornya.

11 Okt, Isnin, iaitu semalam, dia datang opis aku check out the enviroment of our office, yelah 1st day datang so dia jalan2 lah dulu sekitar opis aku. Then team produksi yang handle projek Johnny Bravo ni dipanggil ke conference room untuk diberi taklimat oleh si Van ni.

Si Van ni sangatlah friendly, cool & tersangat2 lah humble, bagi seorang director yang sgt hebat & telah terbitkan animation yg dah pun popular worldwide, respek beb! Dan antara isi ceritanya berkisar tentang bagaimana dia boleh jadi siapa dia sekarang, which is lebih kurang sama dgn apa yang dia tulis dalam blog dia, korang bleh check kat sini; Pitching Johnny Bravo, sangat2lah inspiring! Damn kalau lah aku bleh jadik berjaya & hebat macam dia :D

Our Johnny Bravo team with Silas Hickey, the Creative Director of Asia Pacific Animation Development, Turner Entertainment Networks Asia, Inc. Si Van takde sebab dia yang amik gambar ni. Taken from his blog http://vanpartible.com/inspidea

P/S: Sebelum dia pergi aku nak autograph dia & satu keping gambar dengan dia huhuh mesti... :P
Related Posts with Thumbnails