Friday, January 1, 2010

Dinner Malam Sebelum Tahun Baru

Malam tahun baru di Kuala Lumpur ni memang tak pernah berubah. Biasalah, aku balik dari kerja dalam pukul 11 malam, selalunya jalan agak lengang, tapi malam tu, penuh dengan kereta, jem!

Nasib baik la aku naik motor, leh gak cilok2, tapi dari yang aku nampak, orang KL memang tak berubah. Suka sangat mende yg mcm ni, enjoy utk tarikh tertentu, malah sanggup plak bersesak2, kalau utk sesuatu yg lebih baik agak2 dorg sanggup tak? Aku yg naik motor ni pon tensen dgn keadaan yg sesak2 tu, dalam hati aku, korang nak pegi mana malam2 buta ni? sanggup bersesak2, tak sempatnye ko nak countdown ke ape ke kalau keadaan mcm tu, baik korang dok rumah la... solat syukur ke, syukur sbb masih hidup dalam taun baru ni (eceh macam aku buat jer hehe)

Anyway, aku nak citer pasal mende lain sbnrnya. Pasal malam sebelum Tahun Baru, ekceli takde kene mngena pon dgn tahun baru. Sebab dinner ni cek kam & kawan2nya saje celebrate, reunion with her ex-co-workers (bekas officemates) dari Weaver Finch ke apa, sebuah company interior di ibu kota ecewahh... Dan dorang buat la reunion di sebuah restoran ekslusif (la sangat) kat the Curve, malas aku nak bgtau apa nama restoran tu.

Asalnye aku tak setuju dia ke sana, yelah, dah ujung bulan, pi makan restoran mahal2 lak tu. Tapi tu cadangan kawan dia & cek kam pon lama tak jumpe dorang, aku lak nak spend time with her, sbb dia akan balik kmpong lak keesokkan hari, so aku pon ikut laa... dengan muka tak mandi & selenganya balik dari kerja.

So, waktu kitorg nak order, tengok menu, wow! Ada offer murah; 1 course meal + 1 appettizer = rm29 something like that, nmpak macam murah, so we order sorang satu pakej, & di bawah nilah apa yang kami order.

appetizer: pizza tapi rasa roti macam roti nann
rasa: biasa :(

drinks: air crenberry ke apa ntah
rasa: okla, sedap gak :)

main course: speggeti with mussels ke apa ntah
rasa: bolehla, tapi aku takleh telan mussel tu sbb besar sgt, cek kam suka :|

appetizer: roti apa ntah
rasa: bolehla, sedap jugak :)

Ekceli ada lagi satu main course, tapi kitorang lupa nak amik gambar, but overall what I can say is, TAK SEDAAAAPP! Aku terpikir, macam ni ker orang Itali punyer masakan, punyalah tak sedap nak mati!!!

And you know what, tgk bil sepatutnye kalo rm29 x 2 =rm58 something tapi kitorang kene bayar rm82 bila dicampur tax, WTF?! Dah la tak sedap, aku rasa makan kat mamak lagi sedap, maybe kitorang leh kena caj rm8.20 je. Lepas ni takdelah aku nak try mende2 aneh ni. Cett!

Wednesday, December 30, 2009

Idamanku: Wacom Intuos 4

Tahun baru 2010 akan menjelang, dan salah satu target aku menjelang tahun baru ni ialah Wacom Intuos 4! Wacom adalah salah satu mender ajaib yang dah lama aku idam2kan! Sampai la ni aku tak dapat jugak, jadi aku tak kira apa jadi aku mesti dapatkan jugak bulan depan! Yeah! Azam beb haha! Dulu dah ada sebijik, tapi masa tu model yg murahlah, ada dalam rm300, lepas tu pi jual, skrg nyesal tak sudah! Bukan apa, bila ada je wacom ni, segala perancangan aku utk tahun yg mendatang akan lebih sempurna (hopely, insyaaalllaaahhh...). Perancangan apa? Ha... For earning more money lah! :)

Ni harga pasaran skrg (mahal kan?)
Intuos4 Small (4 x 6) (PTK-440): RM899
Intuos4 Medium (6 x 9) (PTK-640): RM1,379
Intuos4 Large (8 x 13) (PTK-840): RM1,789
Intuos4 X-Large (12 x 19) (PTK-1240): RM2,959

Kepada sesiapa yg tak tau wacom tu mende alah apa, leh la tgk link kat bawah ni, nak aku cite semua kat sini karang penuh plak blog aku ni huhu ;p
http://www.wacom.com.my/intuos4

Tuesday, December 29, 2009

Tidurlah...

Patutlah...
Hampir 12 jam aku tido semalam...
Akibat berjalan jauh sempena cuti krismas,
KL - JB - Batu Pahat - KL balik...
Sakit pinggang beb!
Migrain pon datang jenguk sama...
Tu yang bantai tido puas2...

Malam ni...
Payah pulak nak lelap...
Tidurlahhh...
Related Posts with Thumbnails