Sunday, May 6, 2012

Berbuku Ahad di BookXcess Amcorp Mall


Lama tak beli buku, & lama tak jalan-jalan berdua bersama isteri hehe almaklumlah, dah ada anak. Arini dapat lah keluar sekejap ke Pesta Buku PWTC tanpa Addin. Tapi sesampainya di sana, agak kecewa sebab takda satu pun buku yg dapat menarik minat kami. Sticker kete adalah, hehe Muslim United dari Iluvislam.com yg kitorang dapat dari booth Karangkraf.

So disebabkan tak puas lagi, kami pun decide ke BookXcess di Amcorp Mall. Hasilnya, taadaaa~! Dua buku yg best dengan harga yang gile murah! Terbaik!

The Spiderman Vault - RM49.90 je! 



Tak lupa juga ummi belikan Addin buku, untuk dibaca ya Addin, bukan untuk dimakan! Heheh~

 
 Kepenatan hari sabtu masih tak hilang, aktiviti mengemas bilik ditambah pula jamuan makan2 yang dianjurkan kawan-kawan isteri (tapi dibuat di rumah kami) turut menyumbang rasa penat yang teramat pada hari ini. Alhamdulillah harini dinner lauk ketam pulak hehe. Nampaknya tidur lena dalam kekenyanganlah malam ni :P

P/S: Amacam? Ada macam bilik budak sekolah tak? Hahah!

Sunday, April 1, 2012

Bila Addin Bercakap

Lama tak update blog. Bizi & syukur alhamdulillah dengan kebizian ini. Bukan bizi kerja, tapi bizi bersama keluarga tersayang, wife & my only son, Addin Zahran. Thank You Allah :)
Layankan video2 ini :)

Thursday, March 8, 2012

Banjir Edisi Ampang

 Ampang Jaya -photo by Faliq Baharudin

 Lembah Jaya Utara, Ampang -Effendy Rashid

Lembah Jaya Utara, Ampang -photo by Eka Shaari

Ini keadaan banjir semalam (7hb, Rabu) di Lembah Jaya Utara, Ampang seperti yang disiarkan dalam berita TV. Rumah paras bumbung tu! Dan aku pulak tinggal kat Lembah JayaSelatan, kat belakang tempat kejadian tu je!

Alhamdulillah, rumah aku banjir tak seteruk itu, tapi agak menggerunkan jugak lah. Bayangkan sungai/parit yg besar & tinggi kat belakang rumah boleh penuh hingga melimpahlimpah. Ini keadaannya di belakang rumah kami pada malam hujan lebat tu.


Alhamdulillah, rumah kami tak dimasuki air, tapi rumah belakang & rumah keluarga paman (pakcik kepada isteri aku) dimasuki air paras keting sebab rumah tu agak rendah sikit berbanding kami. Juga syukur, tak lama lepas tu, waktu tengah malam air sudah surut. Ini keadaannya pada waktu pagi keesokkannya (8hb, Khamis)

 rumah paman
 pagar dah hilang
 tanah mendap atau??
 ini sungai/parit yg penuh pada malam banjir tu
tengok perbezaan sebelum & selepas ini huhuh~
Related Posts with Thumbnails