Thursday, March 8, 2012

Banjir Edisi Ampang

 Ampang Jaya -photo by Faliq Baharudin

 Lembah Jaya Utara, Ampang -Effendy Rashid

Lembah Jaya Utara, Ampang -photo by Eka Shaari

Ini keadaan banjir semalam (7hb, Rabu) di Lembah Jaya Utara, Ampang seperti yang disiarkan dalam berita TV. Rumah paras bumbung tu! Dan aku pulak tinggal kat Lembah JayaSelatan, kat belakang tempat kejadian tu je!

Alhamdulillah, rumah aku banjir tak seteruk itu, tapi agak menggerunkan jugak lah. Bayangkan sungai/parit yg besar & tinggi kat belakang rumah boleh penuh hingga melimpahlimpah. Ini keadaannya di belakang rumah kami pada malam hujan lebat tu.


Alhamdulillah, rumah kami tak dimasuki air, tapi rumah belakang & rumah keluarga paman (pakcik kepada isteri aku) dimasuki air paras keting sebab rumah tu agak rendah sikit berbanding kami. Juga syukur, tak lama lepas tu, waktu tengah malam air sudah surut. Ini keadaannya pada waktu pagi keesokkannya (8hb, Khamis)

 rumah paman
 pagar dah hilang
 tanah mendap atau??
 ini sungai/parit yg penuh pada malam banjir tu
tengok perbezaan sebelum & selepas ini huhuh~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails