Sunday, January 9, 2011

Anjakan Paradigma Peribadi untuk Tahun 2011


Oh ya, rasanya masih belum terlambat kot aku nak ucapkan Salam Tahun Baru 2011 untuk semua. Hehe... Dan yepp, tahun 2011 ni bakal membawa perubahan besar bagi diri aku, kenapa ya?

Sebab aku bakal bergelar suami seseorang! Macam tak percaya! Huhu... Dan lagi satu macam tak percaya, tahun ni bermakna aku dah 27 tahun pon, dah memang patut kahwin! Padahal aku rasa macam masih 24 kot hehe :P

Hari ni, bermakna tinggal lagi 3 jumaat je lagi "hari tu" bakal tiba. Aku masih terkedip2 mata tak percaya, pejam celik pejam celik akhirnya sampai juga harinya. Dan dalam kepala otak aku asyik pikir pasal tu, aduuuhh... harus fokus!

Persiapan semua hampir siap, tinggal nak keluar duit je bayar semuanya huhuhu... Kem... pis... po... ket... Ya kawan2, jangan pikir nak kahwin ni senang ye.

Hantaran, check! Setel!
Cincin tunang & gelang nikah, check! Setel!
Baju nikah, check! Setel!
Kad kahwin, check! Dah start edarkan pon, yess! :D
Katering, check! Tapi baru deposit, lagi berapa ribu nak bayar, gulp!
Baju sanding & bertandang, check! Tapi tak abis bayar lagi. Gulp!
Katil & perabot bilik pengantin, check! Tapi tak abis bayar lagi. Gulp!
Ada apa lagi yg missing? Hummm....

Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Doakan ye semua... Insyaallah...

P/S: sangat-sangat nerves. Gulp '__' "

Sunday, January 2, 2011

RANtai 2010 di Balai Senilukis Negara



Update lewat seminggu hehe. Ini apa yang berlaku minggu lepas, 25 - 26 Disember 2010.
Maaf, gambar agak gelap sebab aku malas nak edit huhu :P

This is our booth, & ya, product baru dari kami hasil tangan adik cek kam, rainbow cake!


And we met new great friend from Reportfolio Republic, Daniel Idros. Aku beli satu daripada hasil tangan dia, hand drawn tshirt beb! :D

Ini salah satu booth yang cool pada hari itu, Pepatun. But sori guys, i think korang kena work out skit nama korang, maybe tukar lagi komersial kot hehe, jangan marah, cuma komen ikhlas :)

Galeri artwork2 untuk event Rantai kali ini, mungkin tak sebanyak tahun2 lepas, tapi, hasil kerjanya agak superb juga :)

Dan kesimpulannya, event Rantai tahun ini kelihatan agak hambar sedikit berbanding tahun2 yang lepas. Walaubagaimanapun, mendapat tempat di Balai Senilukis Negara memang satu pencapaian yang patut dibanggakan. Keep up the good work guys! :D

Thursday, December 16, 2010

Kejadian 13hb dan Hadiah Hari Jadi

Ya, 13 hb genaplah usia aku mencecah 26tahun. Tapi aku tak rasa macam 26 pun, macam 16 ada la hehe...

Dah lama aku tak bukak blog, bukan apa, broadband aku buat hal lagi, langsung tak boleh connected. So kata cik tutupmulut, apakata diformat je laptop aku ni, sebab sebelum ni laptop aku pernah kena virus sehingga bukak broadband pun tak boleh, so penyelesaian aku masa tu adalah format & hasilnya berjaya. Tapi kali ni aku pun cuba jugak format lagi laptop aku ni. Manalah tau puncanya virus juga. Rupa2nya broadband aku kena block sebab tak bayar lagi hehe. Aku bayar je terus boleh online. Jadi sia2 jelah aku format laptop aku, habis software design aku kena install balik. DVD installer adobe plak buat hal, takleh pakai langsung. Adeh. Nampaknya buat masa ni, takde software design langsung dalam laptop aku walaupun secikai Acrobat Reader. Demm...

Itu citer sekarang, apa kata aku cite kejadian hari jadi aku. Jeng jejeng hehe. Hari jadi aku jatuh pada hari Isnin, 13hb. Tapi cik tutupmulut decide nak sambut sehari awal iaitu hari ahad, yela cuti senanglah sikit. So disambutlah aku dengan kek pelangi yang telah dibuat oleh adiknya bila aku datang rumah dia. Tak cukup dengan tu, tetiba ramai plak yang datang, pakcik makcik cik tutupmulut, datang melawat. So terus agenda bertukar menjadi majlis barbeku plak, lagilah meriah & banyak makanan dihidangnya. Sound like a perfect birthday right? Ya, hari tu memang best & enjoyable.


Tapi ingat, hari tu kalau ikut tarikh kalendarnya bukan hari jadi aku. Tapi esoknya hari Isnin, 13hb. Malam tu, selepas selesai majlis, & paham2lah, balik rumah & tido kan. Malam tu aku mimpi semacam. Mimpi pasal kerja. Yang aku ingat aku dapat scene yang susah gila. Sebelum tu, aku nak bagitaulah, sebenarnya awal bulan 11 hari tu, aku dilantik jadik leader animator untuk satu team kecil. Tapi dalam team aku tu semuanya junior animator, yang mana dorang mampu buat scene level Easy & Medium sahaja. Dan biasanya scene level Hard aku yang terpaksa buat, yelah kalau tak sapa nak buat. So sekarang ni kerja aku adalah manage team merangkap training teamates aku & juga kena buat scenes jugak. Jadik berbalik kepada mimpi aku tadi, tak taulah macam mana boleh terbawak2 ke dalam mimpi, aku dapat scenes yang gila susah & takde sapa yang boleh tolong, memang pressure habislah!

Bila aku bangun je esok paginya, tetiba aku rasa tak sedap badan, & rasa sejuk2 seluruh badan aku pun tak tau kenapa. Aku ingat itu sementara je, so aku pun pegi jelah kerja pagi tu. Sekali sampai opis, mulalah kepala aku rasa pening2 lalat. So aku decide nak baringkan kepala jap atas meja, nak lena sekejaplah sebelum pukul 9. Sekali bila aku bangun kepala aku makin sakit berdenyutnya, seluruh badan aku rasa sejuk tapi badan luar aku sebenarnya panas (ha macam mana tu? pikirlah sendiri). Tapi aku tahan jugak sakit tu, try jugak buat keje, tapi sekejap2 aku baringkan kepala aku atas meja. Aku buat macam tu dari mula pagi tu sampai lah ke petang, & kepala aku still sakit gila2! So petang lepas keja tu, aku terus balik, makan panadol actifast then terus tido.

Esok paginya, selasa, aku still pegi keje. Tapi kepala aku masih pening2. Badan aku dah tak panas macam semalam tapi aku tetap rasa sejuk mengigil aku pun tak tau kenapa. So aku pun tak tau nak kata aku demam ke tak sebab aku takde selesema ke batuk ke macam demam biasa. Then mulalah aku pikir aku kena denggi ke? Sebab sebelum ni aku penah kena suspek denggi pun rasa pening2 sejuk jugak. So lunch tu aku terus pi klinik untuk check. Then bila doktor check, sukat suhu badan aku, dia kata suhu badan aku memang panas gila, & kalau sampai lusa masih demam, memang kena buat ujian darah. Gulp! Biasanya demam kronik macam denggi je kena buat ujian darah. Risau jugak aku dibuatnya.

Tapi alhamdulillah, lepas aku makan ubat2 doktor tu, aku dah makin ok. Not 100%lah, tapi 80% tu ada kot huhu. Tapi still buat aku tertanya2, penyakit apa yang kena masa hari jadi aku ni? Memang demam atau akibat stress? Doktor tu tak bagitau aku langsung penyebabnya, misteri sungguh. Nasihat dia cuma suruh aku banyak minum air & jangan makan makanan pedas, tu je. Walhal, bila aku demam biasa pun nasihat doktor selalu macam tu.

Dan lagi pelik, aku tak tau plak kenapa sejak hari aku demam tu, belakang badan aku asyik rasa sakit2, macam lenguh2. Adakah akibat dari demam aku atau efek ubat yang doktor tu bagi? Ataupun badan aku sakit sebab kerusi opis aku? Hmm... aku pun tak taulah.

Yang penting aku nak release otak aku weekend ni dengan tengok movie Tron! Tapi keje aku banyak gila! Aduyaii! & Inilah dia hadiah hari jadi aku. Terima kasih. :P
Related Posts with Thumbnails