Friday, June 29, 2012

Hari Kartunis Dan Animator

24 Jun lepas aku ke Pameran Kartun & Animasi 1 Malaysia di Central Market. Sebagai seorang animator takkan la aku tak pegi. Nak jugak tau apa yg ada kat sana, apa yang "animasi"nya di situ.

Tapi yang aku nampak mcm lebih kepada "kartunis" sahaja pada hari tu. Ada kaunter pendaftaran, so aku pun daftar lah, tak tau la daftar untuk apa. Sekali dapat tag pun tag "kartunis". Kartunis & animator sama ke? Heh kekonpiusan yang selalu disalahertikan. Hmm.. nak buat cemana kan.

Tau apa bezanya "kartunis" & "animator"? "Kartunis" adalah pelukis yg melukis cerita dalam bentuk paparan yang tidak bergerak; contoh mcm dlm printed komik atau majalah. Manakala "Animator" pulak buat kartun juga, tapi dalam bentuk yang bergerak, macam animasi/kartun yg kita tengok kat TV tu. Tapi yang pastinya, aku memang respek gila pada kartunis, malah aku rasa dorang lagi hebat dari kami animator. Kenapa? Sebab "kartunis" memerah segala idea daripada kosong sehingga penghasilan watak, latarbelakang & cerita. Manakala "animator" hanya perlu menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita daripada idea yg sedia ada. Get it?

Apa-apapun, ok jugak lah ada event mcm ni, yg disupport oleh kerajaan pulak tu. Aku pun dapat tshirt free & dapat jumpa kawan2 lama heheh, itu pun sudah cukup best bagi aku. Peace~! :D

Ayie Ibrahim, director animasi yg pernah bekerja bersama di opis lama, Vision Animation (aka Fatlizard).  Dialah orang paling jujur pernah komen pada drawing aku. Kritikan pedas tapi dari kritikan itulah yg membuatkan aku nak terus improve! Thanks Ayie :)

Bersama kawan2 lama dari Vision Animation, lama tak jumpa ni, cayalah!

Sunday, June 10, 2012

Addin 1st Trip Balik Johor

Jangan tertipu gambar di atas, Kami bukan bercuti di Indonesia, tapi di Tanjung Piai, Johor sahaja. Recap bulan lepas haha. Biasalah aku tak sempat2 nak updated blog :P

 25 Mei, 1st time bawak Addin balik kampung, & 1st time juga balik bersama Myvi ku, Sebelum ni balik kampung naik bas je. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Addin pun ok duduk dalam carseat ni, cuma time balik KL je meragam sampai rumah heh.


Di bawah gambar2 kami di Tanjung Piai pada 26 Mei, tempat yang diclaim sebagai penghujung selatan tanah besar Asia. Memang betul2 penghujung jauh jugak lah nak masuk ke sana haha. Takde apa pun kat sana, tapi kalau korang rasa nak tengok penghujung Asia tu macam mana bleh datang ke sini :)


Ahad 27 Mei pula kami ke Batu Pahat, tengok majlis pertunangan sepupu. Memang tujuan balik kampung untuk ke sana, tapi last2 acara tu paling sikit gambar aku amik. Gambar orang yang bertunang pun takde sebab sibuk layan Addin yang mula meragam sepanjang kat sana haha. Maaflah ye :P

And here - my 2 lovely person that I love the most in my life! :)

P/S: Nak tengok gambar lagi cantik? Biasalah kat http://tutupmulut.blogspot.com/ heheh.
Related Posts with Thumbnails