Friday, June 29, 2012

Hari Kartunis Dan Animator

24 Jun lepas aku ke Pameran Kartun & Animasi 1 Malaysia di Central Market. Sebagai seorang animator takkan la aku tak pegi. Nak jugak tau apa yg ada kat sana, apa yang "animasi"nya di situ.

Tapi yang aku nampak mcm lebih kepada "kartunis" sahaja pada hari tu. Ada kaunter pendaftaran, so aku pun daftar lah, tak tau la daftar untuk apa. Sekali dapat tag pun tag "kartunis". Kartunis & animator sama ke? Heh kekonpiusan yang selalu disalahertikan. Hmm.. nak buat cemana kan.

Tau apa bezanya "kartunis" & "animator"? "Kartunis" adalah pelukis yg melukis cerita dalam bentuk paparan yang tidak bergerak; contoh mcm dlm printed komik atau majalah. Manakala "Animator" pulak buat kartun juga, tapi dalam bentuk yang bergerak, macam animasi/kartun yg kita tengok kat TV tu. Tapi yang pastinya, aku memang respek gila pada kartunis, malah aku rasa dorang lagi hebat dari kami animator. Kenapa? Sebab "kartunis" memerah segala idea daripada kosong sehingga penghasilan watak, latarbelakang & cerita. Manakala "animator" hanya perlu menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita daripada idea yg sedia ada. Get it?

Apa-apapun, ok jugak lah ada event mcm ni, yg disupport oleh kerajaan pulak tu. Aku pun dapat tshirt free & dapat jumpa kawan2 lama heheh, itu pun sudah cukup best bagi aku. Peace~! :D

Ayie Ibrahim, director animasi yg pernah bekerja bersama di opis lama, Vision Animation (aka Fatlizard).  Dialah orang paling jujur pernah komen pada drawing aku. Kritikan pedas tapi dari kritikan itulah yg membuatkan aku nak terus improve! Thanks Ayie :)

Bersama kawan2 lama dari Vision Animation, lama tak jumpa ni, cayalah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails