Saturday, August 27, 2011
Sunday, August 7, 2011
Kita Tengok Gangster ke tak Gangster!
Akhirnya! Abis jugak aku tengok KL Gangster haha! Walaupon dah lama citer ni ditayangkan, tapi baru harini aku abis tengok, bukan sebab tak best, tapi takde masa nak tengok. Dan harini, baru aku tahu macam mana filem baru anak Yusof Haslam ni, dok ramai bercerita gempaknya tak cerita ni, tengok sendiri baru aku tahu gempak tak gempak. KL Gangster ni citer pasal apa? Takyah la aku bagitau, takkanlah korang tak tau... Shial lah puii~! (Kanak2, sila jangan tiru bahasa kasar ini)
Pada aku, filem ini memang berjaya berdiri di dalam kelasnya sendiri. Nampak kualiti yang berlainan & tidak tipikal seperti filem2 melayu yang ada. Malah, kalau ikut Yosuf Haslam, pasti ada adengan dalam kelab sambil wanita menari2, tapi dalam filem ini, walaupon kisahnya pasal gangster, well, gangster mestilah suka berjoli sakan, tapi tidak terlalu ditonjolkan sangat dalam filem ini. Kalau korang tengok filem Bohsia mesti korang akan perasan, direction Shamsul kali ini lebih baik dari dahulu.
Scene paling sedap ditonton mestilah adengan gadoh bergaduhnya, sampai aku rasa macam tengok sentuhan filem thailand pun ada, malah boleh tersenyum puas setelah selesai menontonnya. Nak kata takde moral, moral yang aku nampak adalah - jangan terjebak dalam gengsterisme, jelas kan ia ditonjolkan dari permulaan cerita lagi. Aku rasa boleh bagi pujian kot atas usaha dia kali ni. Cuma satu je... Kalau korang lahir tahun 80 - 90an, mesti korang dapat rasakan bayangan filem Young & Dangerous dalam filem ini. Cuma bezanya, hero filem HongKong tu polis undercover, bukan bekas banduan heh. Oh ya, tahniah juga atas lakonan mantap Adiputra. Bini aku cakap dialah Johnny Depp Malaysia. Hmm.. aku rasa aku setuju :)
Selain filem KL Gangster yang dok citer gengster sebesar KL, tapi korang tau siapa dari kecik2 lagi dah gengster? Kenal Botak? Dia lagi taiko dari Shark atau Dragon haha!
Juvana adalah drama siri paling teruja aku pernah tengok. Plot hanya berlaku dalam sekecil2 sekolah, tapi ini bukan sekolah biasa, tapi sekolah budak2 pesalah Juvana. Aku rasa kalau nak dibandingkan gangster filem dengan gangster sekolah ini, gangster sekolah ni lebih meninggalkan kesan dalam diri penonton. Nak kata realiti dengan fiksyen - siri Juvana ini lebih tampak realiti daripada filem Gangster yang kalau dilihat plot kasarnya hanya berkisar hero baik berlawan dengan watak jahat sahaja yang mana banyak dijadikan plot dalam filem2 superhero yang ada.
Tapi Juvana, sangat berbeza. Kalau dilihat secara kasar, memanglah kisah mudah tentang budak sekolah nakal, tapi jika diteliti secara dalam, banyak mesej yang disampaikan menyentuh isu2 realiti yang berlaku di sekeliling kita. Daripada sekecil kes pesalah juvana sampailah kepada masalah politik sesebuah sisitem sekolah. Kalau korang pernah baca ulasan aku tentang filem pendek Gadoh, korang pasti akan faham maksud aku.
Terpulanglah kepada kita sebagai penonton untuk menilai, dan tanggungjawab karyawan filem dalam penyampaian sesebuah mesej. Apa2pon aku nak ucapkan tahniah kepada penerbit siri Juvana, Filmscape - Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo.
Kepada semua pembikin filem & siri TV. Please... Buatlah citer macam ni banyak2 lagi. Aku dah tak sanggup nak tengok citer tipikal melayu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)