Friday, February 25, 2011

Iklan - Siapa berani jadik Animator?

We are looking for Animators and Production Designers who can imagine the fantastic, have an interesting aesthetic and is constantly enthusiastic.

If you have these characteristics, contact us at 03-78809934 or send us an email application at iwanttojoin@inspidea.com.


Ha, ni sebenarnya iklan untuk opis aku. Actually iklan ni dibuat secara manual dengan menggunakan pen, marker di atas kertas yang besar gile, then discan & diwarnakan guna komputer. Sebenarnya bukan seorang je yang hasilkan lukisan dalam poster ni, tapi lebih kurang 10 orang (kot) artis daripada company aku, termasuklah aku hehe. Kalau terer tekalah mana satu drawing aku huhu... :P

Monday, February 21, 2011

Trip ke Bali!

Memandangkan aku sakit, dah berapa hari MC kat rumah ni, aku mengisi masa lapang aku dengan mengupdate blog ini dengan aktiviti yang dah lama dah tapi baru aku nak upload kat sini hari ini hehe.

21hb - 24hb Januari lepas, opis aku buat satu trip untuk semua staff; yang mempunyai lebih kurang 100 orang kesemuanya itu ke Bali, Indonesia. Gile ramai kan? Kami bertolak pada hari jumaat, 21hb tu lebih kurang dalam pukul 2 petang dari Kuala Lumpur, dalam 3 kapal terbang Air Asia yang berasingan, & salah satunya hampir penuh dengan budak opis aku saje! :D

Esok paginya, 22hb sabtu, aktiviti kami bermula. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk dimuatkan dalam 10 buah van (kalau tak silap). Ada van yang disumbat dalam lebih kurang 8 - 10 orang untuk satu van besar, nasib aku baik sebab berada dalam kumpulan kecil mempunyai 6 orang je sebab kami menaiki MPV, dan di bawah nilah ahli kumpulan aku hehe.

Hari pertama je jadual kami padat dengan aktiviti ke tempat2 menarik. Pertama sekali kami singgah di sebuah galeri pembuatan barang2 silver sekitar Kuta kalau tak silap. Tak diberitahu pulak nama tempat tu hehe.

Selepas tu kami ke Ubud pula, kawasan taman rimba yang banyak monyet & juga tempat best untuk shopping cenderamata. Dan juga banyak restoran menjual Babi Guling, erkk???

Waktu lunch pula kami ke Kintamani, di puncak bukit berdekatan dengan gunung berapi yang masih aktif di Bali, Gunung Batur (kalau tak silap la huhu). Pemandangan dia memang best & sejuk macam kat Cameroon Highlands.

Kemudian, kami ke kuil Tirtha Empul pula. Waktu nilah kamera aku abis bateri adei. Dapat jugaklah snap beberapa gambar.

Banyak betul kuil kat Bali ni. Lepas tu kami ke Goa Gajah pula. Katanya gua tu orang buat bertapa, tapi bukan gajah la, nama dia Goa Gajah sebab bentuk macam gajah kot hehe. Foto dibawah dipinjam sebab bateri kamera dah habis. Thanks Gmiephoto.

Dan malam tu kami dinner di tepi pantai Kuta, dihembus angin ombak. Owhhh romantis ~ :P


Aktiviti hari Ahad, 23hb pula kami ke kuil Tanah Lot. Yang bestnya Tanah Lot ni, dia ada pantai yang cantik gila, & juga tempat shopping cenderahati yang banyak gila, boleh mintak diskaun lagi banyak2 hehe.

Kemudian kami ke Uluwatu pula. Kuil jugak. Tapi kawasan kuil ni agak bahayalah, sebab monyet2 dia lebih ganas & tak takut orang punya. Keje dia rampas barang orang, macam cermin mata, topi & juga kamera, jadi hati2lah kalau ke sana. Tapi pemandangan dia kat hujung kuil ni pun best gila, cantik woahh...

Ha gambar di bawah ni pula di Restoran Jendela Bali, masa kitorang singgah untuk lunch. Ternampak pulak patung gila besar dekat2 situ. Dan macam ultraman dah. Demm...

Lepas dah kenyang makan, pegi bermandi manda pulak di Padang-padang Beach. Sangat sesuai berjemur untuk menggelapkan kulit anda.


Hari terakhir kami di sana, 24hb, kami ke Angsery Hot Spring pula. Tempat mandi air panas. Tapi aku malas la pulak nak mandi hari tu. Ambik gambar orang mandi separuh bogel pun cukuplah haha.

Lepas mandi, kami ke Ulun Danu Temple pula. Sepatutnya kitorang masuk ke kawasan kuil tapi ramai di antara kami yang ambik peluang untuk shopping untuk kali terakhir hehe. Rasa rugi plak tak masuk sebab kata kawan yang masuk, permandangan dalam tu boleh tahan jugak cantik, kuil tepi tasik.

Last sebelum kami balik, kami singgah lunch di Tamblingan Coffee Shop, dan aku jumpa satu geleri seni ni, sangatlah cantik unik, cuba tengok lukisan atas batu dalam foto di bawah, gila detail kan? Dan dia ada gak buat hand-painted tshirt, perghh, rasa rugilah pulak tak beli masa tu. Tapi agak mahal jugaklah, dalam 200 duit malaysia kot.

Ok sampai sini jelah perjalanan aku di Bali, & tulah trip last aku sebelum aku kahwin haha. Dalam flight, dapat lagi makan free yang telah dibook oleh opis aku, nasi beriyani ayam, nyam nyam~! Miss Bali! :D


Sunday, February 20, 2011

Kuala Lumpur - Johor - Melaka - Kuala Lumpur

Minggu lepas trip aku berjalan2 bersama wife dan keluarga mertua, dan macam biasa aku lambat update dalam blog haha! Bukan trip saje2 bersuka ria, sebenarnya ke Johor untuk majlis kenduri aku di sana pula, minggu lepas 5hb pihak perempuan, 12hb pihak lelaki pula.

Di Johor, kali ni majlis diadakan di dewan pula, semua disetup oleh makku yang tersayang, terima kasih mak!!!

bergambar bersama kawan2 dari KL - Shuk & Dar

Tak banyak sangat gambar sebab aku tak hired photographer & photographer yang adik aku hired pulak gila pemalas nak tunggu arahan orang baru buat keje, aduii... macam ni punya photographer pun ada. Nasiblah kitorang ada adik wife aku, Dila & kawan wife aku datang dari KL, Faizal & Frida, thanks guys!

Dan owh ya, majlis di Johor kali ini meraikan 2 pasang pengantin sebenarnya, iaitu sorang lagi adalah adik perempuan aku, Diena, yang dah nikah dari bulan 11 (kot) taun lepas lagi, tapi baru sekarang nak bersanding.

Owh ya, dan lagi satu, kenapa aku mention Melaka? Hehe... Sebab pada hari cuti Maulidur Rasul (walaupun sebenarnya opis aku tak amik cuti tu) aku dan wife singgah di Melaka bercuti kat sana hehe. Walaupun hanya satu malam & satu hari sahaja - lepas pukul 2 terus balik KL, tapi it's our 1st trip as husband & wife! Yeay! err.. kalau macam ni dikira honeymoon ke? Hehe... :P

our 1st trip ever! lepas ni ke mana pulak ye? hehe :D

Saturday, February 19, 2011

Weekend, Eksiden dan Motorsikal

Owh weekend agak membosankan bila anda tak dapat ke mana2, malah tak boleh buat apa2, betul tak? Yep, weekend hari ni & aku duduk di rumah sahaja, & terduduk sahaja tanpa dapat melakukan apa2 aktiviti menarik mahupun bermesra dengan isteri huhu, sebab apa? Sebab aku baru je eksiden hari khamis lepas, aduiii... Dugaan dari Yang Maha Esa supaya kita beringat selalu. Renung2kanlah...

Kisahnya begini, khamis lepas, 7pm balik dari kerja, lepas hujan, jalan basah, aku lalu jalan motor kat federal highway macam biasa. Sepanjang jalan tu aku pelik tengok tepi jalan banyak pokok tumbang, sekali pandang depan ada satu pokok tumbang halang jalan depan aku. Oleh kerana terkejut terus aku brek, & disebabkan jalan agak licin selepas hujan, aku pon terslide lah jatuh belah kiri. Kaki kiri kanan aku tersagat, maka menyukarkan sedikit aku untuk berjalan. Disebabkan itulah sekarang aku berada di rumah berblog manakala wife aku keluar shopping barang2 lauk bersama ibu di Tesco Ampang huhu.

Makanya aku ambil masa lapang ni untuk update blog yg lama dah bersarang ni. Sambil2 pasang angan2 nak beli motor baru, bukan apa, motor Wave 125 S aku tu dah tak sedap dah nak bawak, lagi2 baru lepas eksiden ni, macam2 plak nak repair, aduh... Ada baiknya aku beli motor baru ye tak? Hehe... Makanya aku googlelah motor2 yang ada yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi sidekick baru aku lepas ni, iiiyaaaarghhhh~!

Pilihan selamat selepas Wave 125 S, aku teringin gak Wave 125 X ni, design dia slick sikit dari Wave S, ada sikit macam Yamaha LC, hmm, aku teringin gak LC, tapi motor panas ni payah sikit nak jaga.
Kekadang tengok skuter pon bergaya juga, cuma aku tak berapa berkenan sangat dengan skuter sebab aku tak biasa kalau tak pijak gear haha. Tapi Nouvo LC 135 ni agak menarik juga, pergh best jugak kalau sekali sekala tukar selera bawak skuter plak. Harga pun dalam 7k la hehe...

Tapi wife aku mesti marah kalau aku sibuk nak beli motor baru tapi kereta tak beli2 jugak, keperluan jugak tu hehe. Sabar ye sayang. Nanti akan dibeli jugak Proton Saga FL awak yang awak idamkan tu. Tapi motor tetap kena ganti sebab hari2 saya nak pegi keje kena naik motor juga. Huhuhu... :P

Tuesday, February 8, 2011

Bertukar status sudah! :D

Lama tak updated blog, bizi sangat dengan keja opis & juga persiapan wedding aku. Dan akhirnya dah berlangsung pun! Ni sedikit gambar sekitar hari pernikahan (4hb Feb) & majlis kenduri (5hb Feb) lepas. Gambar-gambar diambil oleh rakan2 wife aku & sedara mara dia. Cantik kan? Tak payah dah upah photographer hehe. Owh ya, sedang biasakan diri menjadi husband orang & menyebut perkataan wife huhu... :P

special gift untuk tetamu yg hadir - button badge!

Thanks very much kepada semua yang tolong menjayakan majlis di Ampang, yang mana kebanyakkannya buat sendiri, dari pelamin, sampailah kepada prop2 sekitar majlis, cayalah! Dan juga for the lovely photos yang korang amik, Acik Lensa Hanim, Anati, Dilah, Kak Eka, Apit, Yan, sapa lagi yek, tak lupa juga famili kitorang yang banyak membantu, korang memang hebat! Terima kasih banyak2!

Sabtu depan 12hb, majlis di Johor pula! Hopefully semuanya berjalan lancar. Amin! :)
Related Posts with Thumbnails