Friday, January 22, 2010

This is What I Do For a Living :D

Kawan2 aku slalu tanya, atau sape2 lah yang bila tanya, kau kerja apa hami?
Dan aku akan jawab 2D animator, atau juruanimasi dalam bahasa skemanya.

Dan slalunya soalan susulan mereka akan tanya, projek apa kau buat? Atau cerita apa kau terlibat? Atau paling koman diorang tunjuk muka blur tak paham amenda kejadahnye animator tu huhu...
Dan aku akan jawab dgn jawapan yg sama, utk mudahkan orang faham, cakap buat KARTUN TV series, then ada yang gelar aku kartunis haha! Kartunis dgn animator tak sama bai!

So, mostly job atau project yg aku buat blom penah kuar TV pon & sebab tak penah ditayangkan kat Malaysia, sbb kebanyakannya projek luar negara, jadi dorg akan masih blur dgn penjelasan aku yg agak blur ni haha! Well, dulu aku penah gak wat untuk projek Malaysia, iaitu siri TV Danial, tapi ramai gak orang tak tau sbb ditayangkan di RTM suatu masa dulu, & obviously tak semua orang tgk TV1 & TV2 ni huhu...

OKlah. Selalunya mana2 company akan keep their project confidential smpailah citer tu dah kuar kat TV, tapi disebabkan creator projek animation yg aku tgh buat skrg pon dah dedahkan kat blog dia, siap wat farewell party sbb dah siap kata dia, padahal projek tu masih byk lagi tgh buat kat kitorang huhu, so nilah aku tunjukkan sneak peek projek animation yg aku tgh buat skrg, a TV series from France called Commander Clark :D


creator series ni adalah seorg perempuan beb, AURORE DAMANT ! & she's very good at it, check out her blog http://auroredamant.blogspot.com/

All work Copyright Aurore Damant 2009,
ALL ARTWORK FROM "COMMANDER CLARK" COPYRIGHT GO-N PRODUCTIONS / FRANCE 5.

5 comments:

Related Posts with Thumbnails