Tuesday, January 12, 2010

Perihal Opisku #1: Kelas Kepimpinan


Ini adalah satu segmen, segmen utk aku critakan tentang Perihal Opis aku ni, yang sangat macam2 aku rase, & tak pernah aku jumpe company mcm ni kot huhu... Dan utk pengetahuan korang, ini adalah animation company. Bukan kerajaan.

Esok, hari Rabu, hari di mana aku & beberapa kawan yang lain akan dikumpulkan, dalam satu bilik yang dipanggil Conference Room.

Beberapa minggu yg lepas kami dikumpulkan, xtau untuk apa asalnya. Encek boss suruh teka, knape kitorg dikumpulkan, seramai 14 org, dalam bilik ni. Cari jawapannya berdasarkan persamaan antara kami. Jadi sorg2 teka, cube bagi jawapan, ada yang teka sebab kami ni orang yang berbakat, kami terpilih jadi leader. Aku plak teka kami dikumpulkan sbb slalu datang lambat. HAHA! Jawapan aku salah, jawapan mereka betul.

Kami org yang terpilih kata encek boss, yang ada potensi jadi leader. Tapi sebelum tu, kene attend kelas ni, untuk apa? Katanya kami ada bakat, tapi ada yang kurang. Human Skill kata dia. Then dia bagi kami satu file audio, untuk kami dengar. Dengarlah sambil buat keje kata dia.

Tajuk audio tu; "Extraordinary Leaders", satu talk oleh Robin Sharma. Jadi aku dengar, 2 3 kali. Best juga. Bagus juga. Macam Kelas Kepimpinan zaman sekolah. Bezanya sekarang aku bekerja.

Sejak aritu, setiap hari rabu petang, aku ada meeting. Perbincangan. Dan diberi assignment! Minggu depan presentation plak! ERK?? Biar betul? Macam sekolah dulu2. Ada kelas tuisyen petang. Pening. Dulu skolah hanya fikirkan tentang belajar. Sekarang. Aku kene fikirkan siapa nak buat lambakan kerja aku skrg sementara aku nak fikirkan assignment aku pulak ni? :(



3 comments:

  1. encek bro.
    sy rase bangga la.

    bye!

    ReplyDelete
  2. belajar malas aaaa...
    sebab tu skrg kerje lukis kartun je huhu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails