Saturday, January 30, 2010

Adidas Originals x Star Wars™ 2010 Collection


Siapa kata GEEK tak bleh stylo? Ahaha!
Rupanya Adidas dah pon lancarkan dorang punyer Original X Star Wars Collection kat Malaysia. This is Super Damn Cool!

All the items in this special collection are inspired by the characters, scenes and craft of the Star Wars Saga. Adidas's Original X Star Wars Collection is divided into three packs - the Characters pack, the Vehicles Park, the Direct Pack. Super cool items from this collection would be the Darth Vader Hoodie, Stormtrooper Skate Shoes and Yoda Sneakers.

All these are part of Adidas's Originals line: limited-edition and mass-distribution footwear, apparel and accessories for men, women and kids. The price range for the Original X Star Wars Collection ranges from RM99 - RM599; GULP! Harap2 apa yang aku nak tak sampai harga limit tu huhu... :P
Adidas Originals x Star Wars™ collection will be available at:
Sole What, Lot S-229A, Second Floor,The Gardens, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur;
adidas Originals Concept stores at KLCC, Pavilion and Mid Valley in Kuala Lumpur;
and adidas Originals Concept Stores at Centrepoint and 1 Borneo in Kota Kinabalu.


Here’s the latest video for the adidas Originals x Star Wars™ collection, it features cameos from celebrities such as David Beckham, Snoop Dogg and Daft Punk.

sources: www.streething.com, www.klue.com.my, www.junkonline.net

P/S: tolong promo ni tak dapat apa2 ke? Huhuhu...

Friday, January 29, 2010

Pembedahan Hari Ini... Doakan Adikku...

Pengenalan
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak.
Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.

Apakah skoliosis?
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud 'bengkok'.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.

Siapakah yang menghidap skoliosis?
Kanak-kanak
'Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun.
Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan

'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.

Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya.
Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.

Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal dikesan atau di rawat pada peringkat awal. Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.

Faktor keturunan
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Punca-punca skoliosis
Kebanyakannya tidak di ketahui.
Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital.

Ia tidak berpunca dari:
• Duduk membongkok
• Duduk dalam keadaan janggal
• Tidur di atas tilam lama atau nipis

Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.

Gejala-gejala
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia.
Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat.
Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan.

Tanda - tanda lain termasuk:
• Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
• Penonjolan tulang bahu
• Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
• Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
• Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
• Baju yang dipakai kelihatan senget

Jika dibiarkan tanpa rawatan:
Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan:
• Sakit belakang yang berpanjangan
• Kecacatan bentuk badan
• Kesukaran bernafas

Rawatan
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.
• Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk
• Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan. Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")
• Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
• Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai

Pembedahan
• Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
• Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
• Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
• Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
• Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
• Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan

Petua-petua untuk ibu bapa mengesan skoliosis di peringkat awal:
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas.

Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
• Bahu kelihatan tidak sama tinggi
• Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
• Pinggang kelihatan senget sebelah
• Pinggul kelihatan tinggi sebelah
• Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja

Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.
Sumber: www.infosihat.gov.my

P/S: Adik aku (gambar di atas) akan menjalani pembedahan skoliosis pada 29 Januari 2010, iaitu hari ini. Mintak maaf tak dapat balik kampung kerana urusan kerja. Semoga semuanya berjalan dgn lancar... Amin..

Thursday, January 28, 2010

WHAT is ISLAM?

ISLAM?
Cuba tanya pada sesiapa.
Sebut sahaja Islam apa mereka kata.

MELAYU? Melayu itu Islam? Benarkah?
Adakah melayu kita benar2 Islam?
Tengok saja Melayu sekarang.
Tak payah tengok jauh, tengok dalam cermin.
Adakah ini dinamakan Islam?

Itu skop dalam Malaysia.
Cuba tengok lebih luas. Global.
Siapa itu Islam? Tanya pada dunia.

Dan dunia akan melihat kepada bangsa ARAB.
Benarkah itu Islam?
Cuba lihat, tenung dalam2 apa yang mereka buat.

Bangunan pencakar langit.
Mewah. Tapi saudara sendiri dibiarkan.
Hiburan. Arak. Wanita.
Itukah yang dikatakan Islam?
Korban diri juga itu Islam?
Tengok dalam2, jangan tengok rupa yang luar sahaja.
Apa yg nampak? Hipokrit.
ISLAM kini tiada ROLE MODEL.

Sebenarnya aku tergerak nak menulis, sebab aku terjumpa sesuatu di luar jangka.
Aku google tentang "Islam in the World", search image sahaja, asalnya untuk rujukan design.
Tapi apa yang aku jumpa,, membawa kepada laman web & blog2 antarabangsa, yang ke arah kepada penghinaan ISLAM!!!
Bukan satu dua, tapi banyak!

Tahu apa yang mereka nampak pada ISLAM?
KEGANASAN!
Mereka kata ISLAM lebih sukakan kematian!
Sbb apa? Kerana dijanjikan ganjaran seks 72 dara di syurga!
Meraka kata Islam gila seks kerana mbenarkan poligami 4 isteri!
Mereka kata Islam jadikan tebusan perang mereka sbg hamba seks!
Lengkap dengan rujukan dari Al-Quran!
Malah mereka kata ISLAM it's the EVIL of our time!
Itu yang mereka kata! Itu yang mereka sebarkan ke seluruh dunia!

Astagfirullah al azim...

Rangkaian internet ini sebenarnya senjata. Senjata yang boleh membunuh!

ISLAM itu bukan MELAYU.
ISLAM itu bukan ARAB.
ISLAM itu bukan KAMU.
Kalau bukan, apa itu ISLAM?

Celik mata kawan. Dan juga celik hati...
Nasihat pada diri...

Wednesday, January 27, 2010

Shoes & Star Wars


Antara filem franchais terhebat dunia, Star Wars Saga, selain toys, tak sangka pulak dorang ada keluarkan kasut jugak. Bila aku terjumpa satu photo kasut Adidas x Star Wars kat laman facebook, terus aku google image kasut berkaitan filem saga ini. Memang ternyata hasil yang aku jumpa sangat banyak, & pastinya buat aku meleleh terliur huhuhu.... :P
Nike antara pengeluar yang ada crossover the Star Wars ni, kat atas ini salah satu contoh yang aku jumpe, simple & menarik; Star Wars Stormtrooper SB Dunk High, :O

Adidas tak ketinggalan juga, keluaran ni tak silap aku tahun 2008/2009 punya; Adidas Superstar x Star Wars, pilih antara Darkside (hitam) atau the Force (putih). Tapi tahun 2010 ni, Adidas makin gila dengan keluaran terbaru dorang untuk Star Wars Saga ni, tgk jela kat bawah ni, design yang lebih gile mengancam & lebih banyak pilihan! Aku mesti dapatkan satuuuu~!!! XD

Photobucket

Ruang Interaksi Mimpi


Tak pernah cukup? Aku juga...
Tapi jangan berlebihan, jangan overdose...

Aku perlu ruang... Bukan kepentingan diri... Untuk kau juga...

Nak capai sesuatu, perlu usaha, dan juga masa... Beri aku...

Bukan kamu saja... Aku juga... Masalah emosi... Kawal... Kita sama-sama cuba...
Jangan terlalu ikut hati... Binasa...

Aku perlu ruang dan masa... Untuk mimpi kita juga...
Bersama...

Tolong faham...
Sayang...

Bahan Rujukan

10 Things You Should Never Say to Your Boyfriend


bahan rujukan untuk sesiapa yang ada boyfriend, sila click link di atas
thank you :)

Friday, January 22, 2010

This is What I Do For a Living :D

Kawan2 aku slalu tanya, atau sape2 lah yang bila tanya, kau kerja apa hami?
Dan aku akan jawab 2D animator, atau juruanimasi dalam bahasa skemanya.

Dan slalunya soalan susulan mereka akan tanya, projek apa kau buat? Atau cerita apa kau terlibat? Atau paling koman diorang tunjuk muka blur tak paham amenda kejadahnye animator tu huhu...
Dan aku akan jawab dgn jawapan yg sama, utk mudahkan orang faham, cakap buat KARTUN TV series, then ada yang gelar aku kartunis haha! Kartunis dgn animator tak sama bai!

So, mostly job atau project yg aku buat blom penah kuar TV pon & sebab tak penah ditayangkan kat Malaysia, sbb kebanyakannya projek luar negara, jadi dorg akan masih blur dgn penjelasan aku yg agak blur ni haha! Well, dulu aku penah gak wat untuk projek Malaysia, iaitu siri TV Danial, tapi ramai gak orang tak tau sbb ditayangkan di RTM suatu masa dulu, & obviously tak semua orang tgk TV1 & TV2 ni huhu...

OKlah. Selalunya mana2 company akan keep their project confidential smpailah citer tu dah kuar kat TV, tapi disebabkan creator projek animation yg aku tgh buat skrg pon dah dedahkan kat blog dia, siap wat farewell party sbb dah siap kata dia, padahal projek tu masih byk lagi tgh buat kat kitorang huhu, so nilah aku tunjukkan sneak peek projek animation yg aku tgh buat skrg, a TV series from France called Commander Clark :D


creator series ni adalah seorg perempuan beb, AURORE DAMANT ! & she's very good at it, check out her blog http://auroredamant.blogspot.com/

All work Copyright Aurore Damant 2009,
ALL ARTWORK FROM "COMMANDER CLARK" COPYRIGHT GO-N PRODUCTIONS / FRANCE 5.

Wednesday, January 20, 2010

Perihal Opisku #2: Aktiviti Kokurikulum Pejabat

Ini adalah satu segmen, segmen utk aku critakan tentang Perihal Opis aku ni, yang sangat macam2 aku rase, & tak pernah aku jumpe company mcm ni kot huhu... Dan utk pengetahuan korang, ini adalah animation company. Bukan goverment company yer...

Tiap2 bulan, company aku akan adakan satu acara @ event. Well, event tu akan berdasarkan apa sahaja, maybe akan ikut perayaan pada bulan itu, ataupun tidak. Bergantung pada penganjur. Pada tahun lepas, 2009, mcm2 sudah acara diadakan, sejak aku baru masuk pada bulan october waktu tu, dah mula dengan parti 80's/Retroday, Halloween, jamuan hari raya, Krismas & juga New Year Eve, best jugak slalu ada parti ni, makan free! Semua event tu dianjurkan oleh sebuah team yg ditubuhkan drpd beberapa org rakan sekerja aku jugak, & modal offcoz boss yg bagi eheh... :P

Tapi tahun 2010 ni dah lain sikit, setiap seorang dalam company kene terlibat dalam mnganjurkan acara. Dibahagikan kepada beberapa team, & setiap team akan menganjurkan event utk 2 bulan, di mana team aku akan mengacarakan event utk bulan June & December kalau tak silap huhu... Mana2 team yang berjaya buat org semua gembira & event yg terbaik, encek boss akan bagi hadiah yg lumayan haha! Tak tau la hadiah apa, kerete ke banglo sorang sebijik ok la kot haha! Masalahnye I have no idea nak buat event apa! Demm!

Sabtu lepas, 16hb, team Januari dah mengorak langkah, menganjurkan event yg dinamakan UrbanRace. Satu acara yg mempertaruhkan sukan ala2 explorace, walaupon penat GILER tapi dorang berjaya hiburkan kitorang, berjaya buatkan kitorang datang ari sabtu pon dah cukup hebat untuk dorang, Demm!

Aku pikir2... Apalah agaknya event aku nanti yang dapat atasi team dorang? Arggghhh! Idea idea!!!

team aku dalam Urban Race, dapat nombor 7 daripada 14 team, jadiklah haha!
-photo ehsan drpd gmie-

Ahad depan ada Dinner la pulak, banyak btol makan2 company aku ni, nanti aku citer lagi :D

Friday, January 15, 2010

My Own Icon :)


These are my old artwork back on 2006-2008, when I'm still working at Animatrix Animation Studio, as a Background Artist Leader. This square-headed icon guy created as myself, expressing myself struggle through tough days back then in animation industry in Malaysia, hehe, enjoy! :)

my own desktop wallpaper :D


p/s: english berterabur haha! saje speaking, mana tau ada mat saleh singgah blog aku haha!

My 1st try on my new Wacom Intuos 4!


Yeah! My dream come true! Finally, aku dapat gak beli Wacom yang aku idam2kan ni. Dapat diskaun plak tu daripada boss kat company aku bekerja skrg.

Arini aku balik kerja awal, tak sabar nak try wacom baru ni huhu. Daripada pagi aku amik barang ni sampai la aku balik, senyum tak lepas dari bibir aku, gile happy!

So balik je rumah aku terus install & plug in wacom aku tu. Tgk daripada kotak dia smpailah ke bentuk fizikal sebenar dia, mmg puas ati, canteeekk! Die punyer feature pon best, aku try godek sana sini, mmg cantik lah.

Bila dah abis belek, install sume software, skrg masa nak try melukis. Pakai software yg dia bagi, Photoshop Element, lukis punyer lukis, apsal berat je ni, dia macam agak lambat nak catch aku punyer sketch, hmm agaknye software ni berat kot. Aku try bukak software lain lak, Corel Painter, pon berat gak. Apehal dgn menatang ni?

So aku pon try bukak software paling basic, yg biasa aku pakai kat opis aku dgn wacom; Macromedia Flash MX, bukan CS4. Kalo CS4 konpem berat. So aku lukis punyer lukis, berat jugak. So aku try la bukak wacom tablet properties, mana tau ada kene mengena dgn dia punye sensitivity ke, aku try godek sana sini, try lagi skali. Pon berat jugak! Tak puas hati btol aku, dia punyer sgt berbeza dgn wacom yg aku pakai kat opis punyer, Wacom Intuos 3, yang lebih best & fleksibel. So aku perati btol2, cari perbezaan dgn wacom aku kat opis. Rupa2nya beza aku punye pen wacom ni, bila aku sentuh pada skrin, dia kluar macam bulatan animation, macam cursor yang animated punya, patutlah berat! Aku punyerlah cari2 kat setting dia cara nak hilangkan bendaalah animated tu tapi tak jumpa, demm sungguh!

Argghhh! Kenapalah dia ubah jadik lebih menyusahkan ni? Padahal feature dia yang dulu dah elok dah, dia pegi tambah macam2 lagi. Aku macam dealing dengan Window Vista atau Seven yg fancy with graphic yg macam2 ntah pape yg bagi pc korg berat, padahal Window XP dah cukup baik, itu yang aku rasa sekarang! Sangat kecewa! >:(

p/s: search kat google, jumpe lak kat deviantart, nasib baik ada cara nak ilangkan ripple efx pada cursor, rupanye bukan salah wacom, salah window 7 yg aku pkai skrg, huhuhu. Mintak2 dpat ilangkan ripple efx tu, damn annoying!

Tuesday, January 12, 2010

Perihal Opisku #1: Kelas Kepimpinan


Ini adalah satu segmen, segmen utk aku critakan tentang Perihal Opis aku ni, yang sangat macam2 aku rase, & tak pernah aku jumpe company mcm ni kot huhu... Dan utk pengetahuan korang, ini adalah animation company. Bukan kerajaan.

Esok, hari Rabu, hari di mana aku & beberapa kawan yang lain akan dikumpulkan, dalam satu bilik yang dipanggil Conference Room.

Beberapa minggu yg lepas kami dikumpulkan, xtau untuk apa asalnya. Encek boss suruh teka, knape kitorg dikumpulkan, seramai 14 org, dalam bilik ni. Cari jawapannya berdasarkan persamaan antara kami. Jadi sorg2 teka, cube bagi jawapan, ada yang teka sebab kami ni orang yang berbakat, kami terpilih jadi leader. Aku plak teka kami dikumpulkan sbb slalu datang lambat. HAHA! Jawapan aku salah, jawapan mereka betul.

Kami org yang terpilih kata encek boss, yang ada potensi jadi leader. Tapi sebelum tu, kene attend kelas ni, untuk apa? Katanya kami ada bakat, tapi ada yang kurang. Human Skill kata dia. Then dia bagi kami satu file audio, untuk kami dengar. Dengarlah sambil buat keje kata dia.

Tajuk audio tu; "Extraordinary Leaders", satu talk oleh Robin Sharma. Jadi aku dengar, 2 3 kali. Best juga. Bagus juga. Macam Kelas Kepimpinan zaman sekolah. Bezanya sekarang aku bekerja.

Sejak aritu, setiap hari rabu petang, aku ada meeting. Perbincangan. Dan diberi assignment! Minggu depan presentation plak! ERK?? Biar betul? Macam sekolah dulu2. Ada kelas tuisyen petang. Pening. Dulu skolah hanya fikirkan tentang belajar. Sekarang. Aku kene fikirkan siapa nak buat lambakan kerja aku skrg sementara aku nak fikirkan assignment aku pulak ni? :(



Melukis Mimpi Seorang Artis

Cita2 aku sejak kecil lagi. Impian. Mimpi... Ya, untuk jadi seorang Artis.

Ini bukan sebarang artis. Bukan artis yg dibuai glamor & kekayaan tu. Kalau yang tu dah lama aku masuk ujibakat program realiti. Bukan susah nak jadik artis tu sekarang. Berlambak2 pertandingan ke arah itu kat Malaysia ni, pakailah stylo skit, suara lunak sikit, berlagak daring untuk wanita, pasti berjaya. Tup tup kuar album, majalah, filem & lain2. Cepat sungguh nak jadik orang kaya. Ops sori, tersasul sampai ke situ plak. Bukan itu attention aku sbnrnya. Aku nak citer pasal impian aku, bukan orang lain.

Sejak kecil lagi, sejak aku mengenal medium yang boleh menconteng, macam pensel, pen dan... colour magic ehehe... aku sudah suka melukis. Abis dinding rumah aku aku conteng, kena marah pon aku buat lagi, dengan tak sengaja huhu...

Jadi bapak aku belikan lah papan hitam, yang kecil itu. Dan kapur, kalau habis boleh amik kat sekolah, curi2 bawak balik rumah. Kadang2 warna putih je, kalau nasib baik dapatlah yang warna warni, kuning merah biru, haha bahagia betol aku masa tu. Galak betul aku melukis, walaupon masa tu umo aku baru berapa tahun agaknya, sampai bapak aku risau, takut anaknye lagi minat melukis daripada belajar. Jadi masa tu aku suke btol lukis robot, mungkin pengaruh siri TV Transformers dan Voltron masa tu (tak pon Mospeada, haih byk sgt kartun robot mase tu), jadik dia terus melarang aku lukis robot, apa alasannya masa tu aku pon tak ingat.

Tak dapat lukis robot, aku lukis lain pulak hehe. Tak cukup papan hitam, buku latihan sekolah aku habis aku conteng. Waktu cikgu mengajar waktu tulah aku ligat, selalunya aku akan lukis di tengah2 buku latihan, supaya bile dah penuh mukasurat tu, senanglah aku nak koyak, sampai jadik nipis2 buku latihan aku. Yang jadi kelaka, untuk mengelakkan buku latihan aku slalu menjadi mangsa, cikgu aku suruh tulis nombor pada setiap mukasurat dalam buku latihan aku supaya aku tak dpat koyak lagi. Kalo aku koyak, kantoilah bile ada page yg missing :D

Tapi itu masih tak menghalang aku, buku teks pinjaman sekolah tu pon menjadi mangsa aku. Mana2 ruang kosong yang ada habis aku isikan. Siap di penjuru buku teks yang tebal tu, aku boleh buat animation lagi, orang lidi pon jadi haha!

Ah memoriii... Memori...
Tiba2 kembali waktu malam2 ni, nantilah aku sambung lagi :)

Wednesday, January 6, 2010

Me on DIET

hanya gambar hiasan :)

Yeah, i'm on diet! Well, baru dalam proses sebenarnya. Dan ni salah satu azam aku dalam tahun 2010 ni. Bukan saje ngade2 tapi untuk masa depan jugak. Nilah masanye aku nak kumpul duit btol2 untuk simpanan masa depan aku hehe, dan dalam mase yg sama bleh aku diet skit, nanti takdelah sempit pakai baju kahwin nanti, OPS! ;p

Plan diet aku takdelah susah sangat, simple2 je. Well, let's see.

Untuk weekdays, hari bekerja, aku akan makan tengahari jugak, cuma aku akan pilih lauk yang paling simple & paling murah, contoh tadi aku makan nasi lauk sayur, ikan bilis & telur masin jer, air? air suam jer, jumlah semua cuma rm3.00, amacam,makanan sihat tak? hehe...

Malam pulak aku akan makan megi atau roti sahaja, memang agak tak sihat tapi okla, malam nak buat ape sgt pon huhu...

On weekends, mungkin aku akan kurangkan keluar rumah, MUNGKIN ;p
So, kalau aku dok rumah, aku akan makan apa yg ada kt rumah je, macam megi ke, roti je ke, then aku akan bzkan diri dgn surf internet atau tidoooo huhuhu... Jimat kan? Ada mcm destinasi bajet tak? HAHA!

Anyway... Tapi kalau ditakdirkan aku pi kluar weekend, dating ke apa, nasib la kan HAHA!

Senaman? Jogging? Futsal???
Err... Lom pikir lagi, I'll think about it hehe...

Sunday, January 3, 2010

The Beauty of Pandora

Tak sangka arini, asalnya takde plan, hanya nak tido & lepak2 kat rumah, aku end up watching Avatar for the 2nd time, this time in 3D, & makan lak steamboat dinner with my fellow Inspidean, FUH! what a night! XD

It's soooo NOT like me, aku tak pernah tengok movie yang sama 2 kali atau berkali-kali kat wayang, & aku rasa aku takkan buat mcm tu, tapi kali ni aku rase lain, & yg paling penting, aku tak rase menyesal. Walaupon asalnya kawan aku, Nanie excidently terbeli satu tiket lebih for that movie, which is asalnya dorang 11 orang, & aku plak malam sblom tu saje2 gatal cakap nak tengok lagi muvi tu dalam 3D, dia terus call aku untuk datang tgk which is aku ingat dia mmg beli utk aku haha! But overall it's worth it! Sebelum ni aku tgk kat TGV yang tayangan biasa, & now I can see the different, which is 3D is much worth it! And nasib baik aku dah tgk sebelum ni, so aku tak perlulah catch the storyline, so now that I can catch all the details of the beauty of the visual CGI effect! :P

It's sooo briliant for James Cameroon to created a whole new world from scratch, & he took 12 years too figured it out, which is aku rasa dunia yang dicipta sehebat Star Wars Saga & Lord of the Rings. How remarkable of the feel, the love, the character, & how they connected with each other, like global network, & the mother nature of Eywa, it's all about the message, about how human forgets, about their creator. Love the story, love the creature, love their culture, love all the beauty of Pandora.

Inilah movie yang terhebat pernah aku tengok, terlalu detail rekaannya & susah aku nak detect cacat-celanya, from modern science-fiction thing to fairy tales, & how the realistic human mixing to the CGI creatures & machines, it's too realistic, it's what fascinated me. Bila aku tunggu muvi tu sampai la habis to its end credit, no wonder, I find lots of people take part in making the movie, lots of department, from modelling, VFX, lots of studios, & I find Lucasfilms from Star Wars Saga, & Weta Digital from The Lord of the Rings trilogy and King Kong. Hey! Check out the artbook! Aku rasa aku kene dapatkan satu :D

Dan ni plak aku jumpa komen salah seorang penonton yang aku rasakan menarik utk dikongsikan, petikan dari http://www.techradar.com/news/video/the-making-of-avatar-658031 :

"If you have any memory of past history and present history you would realize this movie is a masterpiece and would see all the hidden messages.

It shows us of what happened with the native people here and elsewhere. It also lets us see that man is doing it again against Iraq and Iran and Afghanistan. Lets kill everyone even nature to make a buck for a few powerful hundred people, to get the oil, like the rock in the movie. I found this movie the best I have ever seen. It touched me deeply.

Here in Canada, Quebec to be precise they dug up graves in native land to build, and when the native people protested for these are sacred grounds to them, they could not understand and made the native look bad because they retaliated against this, they even sent the army in to provoke them because they had made blockades.

I love nature and I know God gave us the Earth to take care of it, as a loan and we will all have to give account for how we took care of it. I find this movie has a great message and even now the Earth is fighting back with tsunamis and floods and wild animals attacking people, animals that never did before like the bears in Canada and all kinds of animals starving because man screwed up the land and they have no where to go to eat etc. I liked the hair thing, like Samson, the power was in his hair, the tree was also symbolic like the burning bush and the tree of life in revelation. I found it to be a truly magnificent film."

Yeah man, i feel it too. And I can SEE YOU :)

Saturday, January 2, 2010

2009 - 2010 Movies


Memandangkan 2009 baru meninggalkan kita, 2010 pulak dah tiba, how about we talk about movies? Sebenarnya saje aku nak mengisi masa lapang aku ni memandangkan 3 hari bercuti bcoz of New Year, nak balik kampung malas lak sbb minggu lepas dah balik, penat beb. Huhu :)

So, in 2009 what I love the most of movies are the NOT a love story movie (as the narrator said so) is the (500) Days of Summer (2009) and also the blue & warm hearted alien the Avatar movie (2009), ish speaking london plak ni hehe. Mungkin aku terlepas pandang movie lain sebab aku bukanlah orang yang selalu ke panggung wayang, but truly setulus hati aku, nilah movie yang aku rase terbaik bagi aku sepanjang 2009, for movie luar negaralah, malaysia nanti2lah kite citer hehe :P

So, started of with this movie, apa yg buat aku suka gile (500) Days of Summer ni sebab stail garapannya yang lain daripada yang lain, start of with the narrator, the songs, the eyeview, perspektif, the graphics, semua cun lah, tengok macam videoklip pun ada, yang aku rasalah membuatkan aku melayang2 layan citer ni, walaupon kisah cinta watak utama tu tak end of happily ever after pun, the feel is still there, the chemistry between two people, how they connected, Joseph Gordon-Levitt & the rare looking Zooey Deschanel, WOW! Hehe, & check out the sountrack, layan beb!
Movie Avatar ni pulak, aku tak sangka citer ni best giler. Tak expected la yang makhluk biru ni pada awalnyer buat aku rasa geli, akhirnya buatkan aku terpesona pulak. Walaupon ceritanya sepanjang 2jam 45 minit lamanya tapi tak seminit pon aku rasa bosan. Aku seakan dapat rasakan perasaan karakter Jake Sully, flow ceritanya daripada tanggapan negatif seorang manusia kepada sesuatu yang dia tak tau, yet until he fell in love with the planet of Pandora. Videolog yang mana dia kata dia dah tak tau mana satu dunia sbnrnya bagi dia, with the human or the Na'vi, I felt the same way too. Rasa macam taknak bangun dari tidur, dan biar dia kekal dalam avatarnya dengan keindahan planet Pandora tu, perghhh, tu yang aku tak tahan nak tengok banyak kali tu. Feel the beauty of nature than to destroy it, sekurang2nya itu kelebihan & kelainan filem James Cameroon kali ini berbanding filem2 lain yang asyik seronok menggambarkan kemusnahan dunia. Am I right? >:(

So the worst thing about movies in 2009, hehe nak citer ke? Mesti korang tak suke punye bila aku kata Twilight Saga adalah yang paling aku tak suka dalam 2009, sorry to say it guys, but the story is LAME guys, come on! Except of the cute characters Kristen Stewart & Robert Pattinson, it's just a love story of teenage collage kids, bezanya cuma vampire jelah, nothing more, & sangat boring, i fell like watching tv series haha LOL!
OK, enough for 2009, 2010 banyak movie menarik menanti, terliur beb, tengok jela list yang bakal meletop & mesti tonton, most on sequels; Toy Story 3, Iron Man 2, Shrek Forever Ever, and remakes like Tron Legacy & Tim Burton's Alice in Wonderland, may 2010 be more greater :)
Related Posts with Thumbnails