Showing posts with label Hobi dan Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Hobi dan Kerjaya. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Comic Fiesta 2012

22 & 23 Dec 2012 - Gambar lama tapi baru teringat nak upload di blog. 1st time ke Comic Fiesta di KLCC. Itu pun sebab dapat tiket masuk free sebab kena buat demo animation di booth Inspidea. Kalau tak tak tau lah bila nak ke sini. Kesimpulannya, terbaik!

 Kamen Rider Black!




bersama idola, Muhammad Yazid & koleksi lakarannya, Rawak :)

Saturday, August 25, 2012

Laptop Oh Laptop





Semenjak laptop rosak aritu, sangat2 lah susah kalau aku nak buat kerja atau job2 freelance. Agak segan pula nak sibuk2 guna PC adik ipar kat rumah tu sebab ramai juga yang nak pakai internet. Jadi berfikir2 juga untuk beli laptop yang baru, kalau boleh nak cari laptop yang murah tapi sesuai untuk kerja2 grafik. Ada ke?

Jadi aku google, maka terjumpalah link ini Choosing a Laptop for a Graphic Designer. Walaupun entry ni dah 2008, tapi aku rasa masih dapat membantu untuk mencari laptop yang sesuai dengan aku. Hopefully hmm... Ini sedikit sebanyak ringkasan dari link di atas:


Choosing a Laptop for a Graphic Designer

Highly recommend people stick with Dell or Apple. IBM and Toshiba are good too, but they typically market more to corporations than home users. Both Dell and Apple are pretty much the top of the line as far as home and small business go. You'll always hear about people who have had problems with both, but they are pretty good about fixing things if you get the extra warranty.

1) Screen resolution. Not screen size! My Dell that I got in 2003 is 15.4", but has a resolution of 1680×1050.

2) Dedicated graphics card. The lower-end computers use a graphics card that is built in and shares the main system memory. This means you lose 100-200 megabytes of RAM since your graphics card is using it. Getting a dedicated graphics card means it has its own RAM and doesn’t share with the main system. My Dell has a 64mb graphics card, although they are usually 128-256mb now. But even the 64mb card is better than none. Dell’s Inspiron series has the share graphics card, they call it the "Intel Graphics Media Accelerator". The XPS and Studio series have the dedicated graphics card, either a 128mb or 256mb NVIDIA GeForce.


3) RAM. You can get away with having 1gb of RAM, but really you should shoot for 2gb minimum. 3gb is good, 4gb is more than enough for anything you'll do, short of having all of CS3 and a video editing program open at the same time.

4) Processor. Any of the Intel Duos will be totally fine. You really won't notice much of a difference between the 2.1ghz and the 2.6 ghz. You will, however, notice a difference between an Intel Duo and an Intel Celeron. A lot of other brands, and also the lower-end Dells use the Celeron processors. You definitely do not want one of these. You will notice that it is much slower.

5) Built-in camera. You may not think you need it, but if you don't get it you'll find yourself constantly annoyed that you don’t have one and everyone else does.

In Conclusion

With Dell's Inspiron and Studio lines you can get a screen at 1920x1200. That is the same resolution as my 24" iMac, and it's absolutely incredible, especially for photo editing. Packing it into a 15.4" laptop screen makes the individual pixels really tiny, but that will only make things super sharp looking.

Hopefully this information helps someone in their search for the perfect laptop!"


Dan ini pula yang aku dapat dari itbottle.blogspot.com - Best Laptops for Graphic Designers 2011-2012 & ada satu laptop yang memikat hati aku, tapi mahal gila la. Dalam mimpi jela bleh dapat ni hehehe :P


Ini adalah Alienware-M17X. Even adik dia Alienware-M15X pun dah buat aku terliur. Cuba tengok link ini hahah! http://www.dell.com/my/p/alienware-m15x/pd

Friday, June 29, 2012

Hari Kartunis Dan Animator

24 Jun lepas aku ke Pameran Kartun & Animasi 1 Malaysia di Central Market. Sebagai seorang animator takkan la aku tak pegi. Nak jugak tau apa yg ada kat sana, apa yang "animasi"nya di situ.

Tapi yang aku nampak mcm lebih kepada "kartunis" sahaja pada hari tu. Ada kaunter pendaftaran, so aku pun daftar lah, tak tau la daftar untuk apa. Sekali dapat tag pun tag "kartunis". Kartunis & animator sama ke? Heh kekonpiusan yang selalu disalahertikan. Hmm.. nak buat cemana kan.

Tau apa bezanya "kartunis" & "animator"? "Kartunis" adalah pelukis yg melukis cerita dalam bentuk paparan yang tidak bergerak; contoh mcm dlm printed komik atau majalah. Manakala "Animator" pulak buat kartun juga, tapi dalam bentuk yang bergerak, macam animasi/kartun yg kita tengok kat TV tu. Tapi yang pastinya, aku memang respek gila pada kartunis, malah aku rasa dorang lagi hebat dari kami animator. Kenapa? Sebab "kartunis" memerah segala idea daripada kosong sehingga penghasilan watak, latarbelakang & cerita. Manakala "animator" hanya perlu menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita daripada idea yg sedia ada. Get it?

Apa-apapun, ok jugak lah ada event mcm ni, yg disupport oleh kerajaan pulak tu. Aku pun dapat tshirt free & dapat jumpa kawan2 lama heheh, itu pun sudah cukup best bagi aku. Peace~! :D

Ayie Ibrahim, director animasi yg pernah bekerja bersama di opis lama, Vision Animation (aka Fatlizard).  Dialah orang paling jujur pernah komen pada drawing aku. Kritikan pedas tapi dari kritikan itulah yg membuatkan aku nak terus improve! Thanks Ayie :)

Bersama kawan2 lama dari Vision Animation, lama tak jumpa ni, cayalah!

Saturday, February 11, 2012

6 Tahun Kerjaya

Danial (Animatrix Sdn. Bhd for RTM - Malaysia)
as Background Artist Leader / 2D Animator (2006)


Pejam celik pejam celik tak sangka dah hampir 6 tahun rupanya aku bekerja dalam industri animasi ni. Dan cukup 10 siri TV animasi atau kartun yg aku dah buat. Tak disangka kerjaya yg aku angan-angankan sejak kecil telah pun 6 tahun menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Kalau nak tahu, inilah dia antara hasil 6 tahun kerjayaku dalam bidang animasi. Semoga aku terus bersabar & berusaha terus dalam bidang ini! :)

Hostel Blues (Animatrix Sdn. Bhd for RTM- Malaysia)
as 2D Animator (2007)


CJ The DJ (Vision Animation Sdn. Bhd for ABC - Australia) 
as 2D Animator (2008)

Commander Clark (Inspidea Sdn. Bhd. for Go-N Production - France) 
as 2D Animator (2009)

Pet Squad (Inspidea Sdn. Bhd. for Darral Maqqueen - UK + Canada)
as 2D Animator (2010) 



Arjun and the Adventures of the Ice Lotus (Inspidea Sdn. Bhd. for Cartoon Network) 
as Layout Artist (2010)

Johnny Bravo Goes to Bollywood (Inspidea Sdn. Bhd. for Cartoon Network)
 as Animation Team Leader & Senior Animator (2010)


 
 Cha-Ching (Inspidea Sdn. Bhd. for Cartoon Network)
 as Animation Team Leader & Senior Animator (2011)

Bat Pat Episode Pilot/Trailer (Inspidea Sdn. Bhd. for Atlantyca - Italy)
as Animation Team Leader & Senior Animator (2011)

Summer Camp/ Where’s Flapacha (Inspidea Sdn. Bhd. for Xilam - France)
as Animation Team Leader & Senior Animator (2011)
& Layout Animation Checker (2012)

Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

medium: Macromedia Flash + wacom Intuos 4 2012 

The Year Of Dragon, Happy Chinese New Year :)

Friday, January 6, 2012

Permata Hatiku Addin Zahran

medium: unipen 0.1 on sketchbook


06012012 - Addin Zahran bin Mohd. Hamifaizal
lahir pada hari jumaat, 11.45am di Hospital Ampang, syukur alhamdulillah... :)


P/S: pengalaman yg sangat menarik hari ini, tapi lain kalilah cerita, drawing ini pun dilukis dalam keadaan mengantuk setelah berjaga semalaman di hospital bersama isteri. and yep, aku berhutang 2 hari drawing, akan digantikan insyaallah :)

Tuesday, January 3, 2012

Doa Nabi Yunus


medium: unipen 0.1 on sketchbook


Doa Nabi Yunus yg membawa maksud; “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” - Surah Al-Anbiya':87.


Due date isteri untuk bersalin adalah pada 5hb tapi kena masuk wad esok untuk standby. Jadi esok masih bekerja sementara wife dah masuk wad tengah hari, buat keje dalam keadaan nervouslah nampaknya huhu, wajib balik awal!

Doa2kanlah ye, semoga semuanya selamat! Amiinnn~

Monday, January 2, 2012

Satu Hari Satu Artwork?

02022012 - Airin Dalia by hamifaizal mohsin


medium: ballpen on sketchbook (10 minutes)

sedang mencabar diri sendiri untuk menghasilkan 1 artwork 1 hari sepanjang tahun 2012; sama ada manual atau menggunakan komputer, ada berani? >.<"
P/S: termiss 1 januari sebab baru terfikir idea ini malam ni. moga2 tercapai misi ini, insya'allah. Untuk lihat lebih banyak hasil kerja saya, sila ke http://harmmewerks.blogspot.com/

Saturday, December 24, 2011

Revisit Rantai 2011

di sekitar art event Rantai:Revisit di Urban Village, Bangsar pada 18 December 2011. Tahun ini kami (klobot) tak join, insya'Allah tahun depan, bersama baby sekali hehe :P


 

Wednesday, October 12, 2011

Farewell Maurice!

7 Oktober 2011, Jumaat, aku & rakan2 di Inspidea membuat kejutan untuk kawan opis aku ni. Maurice Renay a.k.a Afdlin Shauki Inspidea, rakan sekerja yg masuk kerja sama hari dengan aku, akhirnya meninggalkan Inspidea untuk balik ke kampungnya di Sarawak. All the best bro! Till we meet again! :D

Friday, September 16, 2011

Rezeki Transformasi Lagi Best

Once again, we would like to thank everyone for the videos sent in for the Perodua Lagi Best Auditions. Before the announcement of the main winners tomorrow, we will be presenting individual awards to videos deserving recognition.

The award for "Best new Autobot" goes to... Mohd Hamifaizal bin Mohsin, for the video "Transformasi Lagi Best "! Congratulations! Kindly check your e-mail, we have a surprise for you.

Inilah status yang dipamerkan oleh MyPerodua kat laman facebook dorang sempena Pertandingan "Perodua Auditions" yang aku join arituh. Walaupun aku tak menang, tak dapat langsung hadiah utama rm10k tu mahupun hadiah saguhati berupa ipad untuk 5 orang tu. Tapi alhamdulillah aku dapat hadiah spesel dari dorang hehe. Katanya aku akan menerima touch & go card berjumlah rm100 & juga toolkit Perodua Tweekbot. Tapi bila sampai di rumah, sampul sudahpun dikoyak orang & card touch & go tu hilang ntah ke mana, tapi toolkit Tweekbot tu alhamdulillah tak hilang. Sapa pencurinya tak taulah tapi takkan aku nak tuduh posmen kot? Ke betul? >.<"

Anyway, thanks Perodua for the award of "Best new Autobot"! :D

Untuk menonton klip video yang aku pertandingkan tu sila klik --> Transformasi Kebetulan Lagi Best.

Sunday, July 31, 2011

Ucapan Puasa Jangan Tak Puasa

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Khas buat semua yang mengenali diri ini. Enjoy the animation! :D


Monday, July 25, 2011

Transformasi Kebetulan Lagi Best

2 minggu lepas selepas aku upload video animasi Kijiya (yang tak siap tu) & kongsikan di facebook, ramai yang bertanya & beri sokongan. Jadi tak semena-mena aku bersemangat nak buat "homemade" animation ni, walaupun kerja aku setiap hari menatap benda ini juga.

Selepas aku tengok (banyak kali) iklan Myvi terbaru di kaca TV, lagu tema dia yg catchy tu bermain di kepala, lagi2 kereta Myvi tu yang buat ku rasa geram nak milikinya, tapi apakan daya, duit poket tak cukup pun nak bayar duit muka. Jadi aku hanya berangan satu hari nanti orang akan bagi aku sebijik kereta idaman aku tu haha~ sehinggakan aku dapat idea nak buat satu animasi bersempenakan Myvi Lagi Best tu.

Jadi bila bosan di opis (atau stress sebenarnya) mulalah aku buat sketches macam2 pasal idea aku tadi. Daripada bentuk karekter sampailah ke papan cerita. Betul2 semangat ni, tapi aku tak pernah terpikir bila aku nak buatnya memandangkan keadaan aku bizi gile di opis & bila sampai di rumah nak bersenang-lenang sahaja.


Sampailah pagi sabtu lepas, 23 Julai, sedang bersantai bersama isteri aku sambil membuka fesbuk, aku saja2lah tunjuk buku lakaran aku bersama idea Myvi tu tadi, lebih2 lagi masa tu baru lepas sembang nak beli keter (kononnya) & pikir camna nak balik kampung hari raya nanti. Bila aku tunjuk sketches aku tu, tiba2 bini aku kata memang ada pun pertandingan video Perodua Myvi di page facebook Perodua. Belek punya belek rupanya hadiah utama rm10k daaa... Dateline - sebelum pukul 12pm 24 Julai, Ahad, iaitu hari esoknya!

Jadi apa lagi berkat nak dapatkan hadiah utama rm10k tu, punyalah semangat time tu jugak aku cuba siapkan apa yang dah fikirkan selama hampir seminggu sebelum tu, hampir putus asa bila sekali tu file yang aku dah usahakan crash tak boleh bukak, tapi pikir2 balik aku teruskan jugak walaupun kena buat balik scene file yang crash tu.

Dan inilah hasilnya selama hampir 2 hari aku berhempas pulas, hmm bukan actual 2 hari kot, sebab tolak makan+tido pagi ahad siap boleh pegi kenduri kahwin lagi haha, jam 4 petang baru aku dapat submit penyertaan aku. Walaupun video tu ada sikit cacatnya, tapi hopefully~ Ya Allah~ kawan2ku, doakanlah aku ye. Aminnn... :)



P/S: nak lihat lagi hasilkerjaku, silalah cekidaut harmmewerks.blogspot.com :)

Tuesday, May 10, 2011

Siri Animasi - Pet Squad!



ini adalah preview salah satu projek siri animasi yang aku buat di Inspidea, Pet Squad! :D

CBBC has acquired the UK broadcast rights to the original animated series Pet Squad (52 x 11’), produced by leading kids indie Darrall Macqueen. Created by writer and comedian Caimh McDonnell, is a three way co-production between Darrall Macqueen, Inspidea (Malaysia) and March Entertainment (Canada).

Pet Squad follows the adventures of Dodge the beagle, Sheeba the cat and Bingo the guinea pig. Three ordinary household pets that are transformed by Professor Eureka’s ‘Superiser’ into part time superheroes. Their mission? To protect Pet Town from super bad Mother Goose, her Duck henchmen and her gang of evil critters.

Sebenarnya projek ni dah lama dah siap, dalam awal tahun ni kalau tak silap. Tapi biasalah, opis aku ni banyak buat projek dari luar negara je, jadi tak taulah ntah bila akan ditayangkan di Malaysia, jadi tunggu jelah ye :P

Saturday, April 16, 2011

Inspidea di majalah Gempak! :D

Salah satu projek animasi yang aku terlibat ada difeatured dalam majalah Gempak (Issue #274) untuk movie - Arjun and the Adventures of the Ice Lotus! Walaupun tak banyak scene layout yang aku buat hehe.

We did this for Cartoon Network (rumor is we may get to see it on Cartoon Network Asia soon) last year! Muka aku tak masuk pun dalam majalah tu hehe tapi studio tempat aku bekerja iaitu Inspidea ada lah dipreview. Check out the full article by buying the magazine! :D

Friday, February 25, 2011

Iklan - Siapa berani jadik Animator?

We are looking for Animators and Production Designers who can imagine the fantastic, have an interesting aesthetic and is constantly enthusiastic.

If you have these characteristics, contact us at 03-78809934 or send us an email application at iwanttojoin@inspidea.com.


Ha, ni sebenarnya iklan untuk opis aku. Actually iklan ni dibuat secara manual dengan menggunakan pen, marker di atas kertas yang besar gile, then discan & diwarnakan guna komputer. Sebenarnya bukan seorang je yang hasilkan lukisan dalam poster ni, tapi lebih kurang 10 orang (kot) artis daripada company aku, termasuklah aku hehe. Kalau terer tekalah mana satu drawing aku huhu... :P

Sunday, January 2, 2011

RANtai 2010 di Balai Senilukis Negara



Update lewat seminggu hehe. Ini apa yang berlaku minggu lepas, 25 - 26 Disember 2010.
Maaf, gambar agak gelap sebab aku malas nak edit huhu :P

This is our booth, & ya, product baru dari kami hasil tangan adik cek kam, rainbow cake!


And we met new great friend from Reportfolio Republic, Daniel Idros. Aku beli satu daripada hasil tangan dia, hand drawn tshirt beb! :D

Ini salah satu booth yang cool pada hari itu, Pepatun. But sori guys, i think korang kena work out skit nama korang, maybe tukar lagi komersial kot hehe, jangan marah, cuma komen ikhlas :)

Galeri artwork2 untuk event Rantai kali ini, mungkin tak sebanyak tahun2 lepas, tapi, hasil kerjanya agak superb juga :)

Dan kesimpulannya, event Rantai tahun ini kelihatan agak hambar sedikit berbanding tahun2 yang lepas. Walaubagaimanapun, mendapat tempat di Balai Senilukis Negara memang satu pencapaian yang patut dibanggakan. Keep up the good work guys! :D
Related Posts with Thumbnails