Showing posts with label Geeks are Cool. Show all posts
Showing posts with label Geeks are Cool. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Gila buku MPH Sale 7 Billion Needles dan Kamar Sutera

sumber gambar www.venusbuzz.com

Kami suami isteri memang gila buku, dan kalau pergi shopping complex, memang kedai bukulah yang wajib kami masuk. Tapi wajib masuk tu dulu, sebelum ada anak hehe. Tapi bila dapat tau ada MPH Warehouse Sale 31 Oct - 6 Nov di PJ, Ahad tu kami serbu walaupun pelan asalnya nak ke majlis kenduri kahwin di Shah Alam.

Jadi bila ada anak ni susah lah nak lepak lama2 cari buku, jadi aku hanya sempat singgah di section komik & isteri dan anak hanya di section buku kanak-kanak, tak sempat pusing habis pun sebab warehouse itu sangat besar & buku sangat2 banyaknya.


Isteri dapatlah belikan 2 buku untuk Addin, dan aku dapatlah 3 volume 7 Bilion Needles ni yg hanya berharga rm10 sebiji! Lepas dah balik rumah membaca baru aku sedar citer ni hanya ada 4 volume untuk complete, maknanya aku missed hanya 1 volume, adeiiii~

“Tadano’s artwork shows remarkable versatility in the way it captures scenes ranging from everyday school life to fantastical, superpowered combat… But these shiny bells and whistles are nothing without the story, one that has a surprisingly profound side lurking beneath the action. When shy, distant Hikaru is ordered to start communicating with her peers to help seek out the enemy, it says more about who she is as a person—and who we are as humans—than about the otherworldly turmoil going on around her.”—Anime News Network



OK, atas ni plak adalah buku yang isteri beli di event Art4Grab di Annexe, CM bulan lepas - Kamar Sutera oleh Hamka Kereta Mayat. saja nak review sebab buku ini sangat best! Baca page random je dari buku ni pun boleh buat aku tergelak. Bak kata penulis - "Semoga buku ini dpt mberi hikmah kpd kita semua terutama mrk yg hendak berkahwin tapi tak yakin utk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin tapi sudah bertukar jadi mayat."

Jangan konpius dengan tajuk buku ni, ini bukan buku lucah, tapi hanya bacaan ringan tapi ada intipati yg sangat berguna hahah, tak paham? Hahah cubalah try check facebook penulis di www.facebook.com/keretamayat atau korang bleh baca blognya keretamayat.blogspot.com
Layaaaannn~ Selamat membaca.

Sunday, May 26, 2013

Weekend Lawak Kampus dan Kamen Rider

 25 May di Balai Seni Visual Negara (BSVN) Kuala Lumpur sempena 10th Anniversary dorang. Pameran yang memang best! Pameran berlangsung sehingga 2 Jun ini, sempat lagi kalau korang nak ke sana :)


Lepas ke BSVN, tiba-tiba plak rasa nak ke Sungei Wang Plaza sebab ada show promosi Kamen Rider Decade & KR Double kat sana hehe. Dapat le jugak bergambar huhuh. Orang kata masa kecik tak dapat :P



Ini plak gambar 2 minggu lepas, hahah! Berjumpa cosplayer ini di eCurve pulak, best juga kalau setiap weekend macam ni! :D

Thursday, January 31, 2013

Comic Fiesta 2012

22 & 23 Dec 2012 - Gambar lama tapi baru teringat nak upload di blog. 1st time ke Comic Fiesta di KLCC. Itu pun sebab dapat tiket masuk free sebab kena buat demo animation di booth Inspidea. Kalau tak tak tau lah bila nak ke sini. Kesimpulannya, terbaik!

 Kamen Rider Black!




bersama idola, Muhammad Yazid & koleksi lakarannya, Rawak :)

Sunday, October 16, 2011

Gila Buku di Big Bad Wolf Book Sale!

Sales tinggal harini je! Biasalah aku mesti bagitau last2 minit punya haha! Semalam aku berjaya jugak pergi ke MAEPS Serdang bersama wife & kawan aku, Nen untuk mendapatkan artbook2 murah yg biasanya berharga atas rm100 tapi boleh dapat rm15 je!

Tapi disebabkan event dah pun berlangsung 2 minggu aku baru nak pergi, makanya banyak buku-buku pun dah habis & artbook yang aku cari-cari pun tak dijumpai. Maka untuk tidak mengecewakan hati ini (eceh!) aku pun rembatlah 3 komik yang aku rasa best untuk collection. Sebenarnya aku langsung tak pernah beli komik printed luar negara ni, yelah, biasanya dijual dengan harga yang terlalu mahal, tapi kali ni aku dapat beli dengan harga sama macam komik kat malaysia!

Check out this 2 comics! Astro Boy ni aku dapat dengan harga rm12, Transformers Beast Wars rm12 & The Incredibles hanya rm5 je, mana nak dapat harga macam ni selalu ye tak? :D

Poster the Incredibles yang beso gajah, hanya rm3! Hopefully akan datang sempatlah aku beli artbook yang aku idamkan tu! ;)

Cekidaut website dorang: http://www.bigbadwolfbooks.com/

Sunday, May 1, 2011

Pesta Buku PWTC tinggal harini je!

Pesta buku di PWTC tinggal hari ni je! Kepada sesiapa yang belum pegi cepat2lah bergegas ke sana sebab buku-buku kat sana memang terbaik dan murah pulak tu!

Sebenarnya aku dah berpesta sakan dah pada hari ahad lepas lagi, dan memang ramai gila manusia, terbukti bahawa rakyat Malaysia memang suka membaca ehehe. Tapi kat sini dapat nampaklah jenis crowd yang membaca ni macam mana, sangat berbeza dengan event-event remaja yang lain, macam event tahunan Youth atau Rakan Muda ahaha. Yang best mostly remaja perempuan yang aku nampak sangat kemas & bertudung labuh, memang generasi terbaik! Cayalah korang!

Well, ini lah antara buku-buku yang aku dapat di pesta buku PWTC 2011.


Koleksi Abe daripada MOY Publication atau majalah popularnya, Ujang. Komik Abe ni sebenarnya adalah antara karya terawal kartunis Aie. Memang stroke dia sangat berbeza dgn sekarang punya, tapi aku memang suka & dah lama cari koleksi ni.


Ni pula Saga, hasil komik daripada geng-geng Pergh.com yang dipublish oleh Alaf 21, Karangkraf. Dapat diskaun daripada harga rm12, aku dapat rm9.50 je, terbaaikk~!


Ni pula tshirt daripada Gempakstarz, design daripada Redcode, pun dapat diskaun harga sebenar rm30, dapat rm25.

Jadi cepatlah pergi ke Pesta Buku & jadilah antara pembaca2 buku di Malaysia ni ahaha, tapi bersedialah untuk harungi lautan manusia yang ramai pada hari terakhir ni :D

Thursday, October 7, 2010

GEEK Korang Yang Mana Satu?


Masih tak mengakui lagi korang ni Geek? Haha biasalah tu, semua orang nak jadi COOL lah katakan. Apa barang jadik Geek, tak cool lah jadik Geek, padahal korang tak paham apa yang dikatakan Geek apatah lagi Cool haha nampak merepek kan?

Tulah, orang yang berfikir di luar kotak je boleh paham, which Geek macam aku yang banyak berfikir ni, yang membuatkan aku boleh guna perkataan; "I'm COOL to be GEEK". Ha, macam mana tu, dah Cool, Geek plak haha.

Frasa "Cool" sebenarnya bukan boleh dijadikan lakonan atau dibuat2, bila korang jadik diri korang sendiri, itulah "Cool" sebenarnya, got it? So kenapa buang masa berlakon atau cuba jadi cool, just be cool! Atau erti kata lain, buat macam biasa, jadi diri sendiri! That Is COOL!

Jadi macam aku, aku bangga jadi Geek & aku tak kisah orang anggap aku Geek! Asalkan aku berpijak di bumi nyata, tak perlu jadik orang lain, tak perlu berusaha susah payah ikut trend ikut citarasa orang lain, tak perlu berlakon jadi orang lain supaya orang suka aku, I'm just being ME! That's was truly me :)

Itu yang aku rasa kelakar bila ramai atau kebanyakkan dari kita tak dapat lagi menerima kenyataan bahawa diri kita dah terlalu ke arah teknologi, di mana membuatkan kita Generasi Geeks! Masih tak percaya?

Aku bagi soalan simple lagi mudah jela, macam ni...
Bolehkah korang hidup tanpa kebosanan kalau korang tak dapat layan internet dalam masa seminggu?
Nak check updates kawan-kawan di facebook? Farmville? Emails?
Macam mana plak dengan Blog? Taip dalam blog seperti bercakap dengan orang lain (macam yg aku buat sekarang haha!) Ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, takpe, i'm cool! :P
Oh ya, lama tak chatting dengan kawan2. YM, MSN, Skype hehe...
Tak payah la bagi point lain, pasal internet je, aku rasa korang takleh tahan sampai sehari pun mesti nak layan jugak, 5 minit pun jadi haha!

Tak cukup Geek lagi? Oklah, aku bagi korang tengok kumpulan2 kecil geek kat imej2 kat bawah ni. Mungkin hati korang akan selesa lepas dibahagikan kepada kumpulan2 kecil, takdelah rasa Geek sangat haha!

Illustration ni bukan aku yang buat. Scott Johnson, a geek, made a poster identifying 56 different types of geeks. Ini pun aku tak upload semua. Ada lagi Lab Geek, Electronics Geek, Drama Geek, etc. Aku rasa dia buat ni pun sebab nak puaskan hati orang supaya mudah pilih kategori masing2 kot haha.





bacalah lagi tentang geek; Antara Socials, Nerds dan Geeks :P

Wednesday, June 23, 2010

Scott Pilgrim - New Hero in Town!



Scott Pilgrim vs. the World adalah tajuk satu movie yg akan released August ni! Err... maybe, kat Malaysia tak taulah akan ditayangkan atau tidak. But it's really a gempak movie! Check at youtube & search for Scott Pilgrim!

Scott Pilgrim vs. the World actually adaptasi daripada 6 volume komik daripada Bryan Lee O'Malley, mengisahkan tentang mamat geek tapi cool (bcoz he have a band duhh) Scott Pilgrim, jatuh cinta dengan minah baru di bandarnya, Ramona Flowers. Tapi bukan mudah, untuk memenangi hati minah ni, dia kena kalahkan 7 orang evil ex-boyfriendnya! Get it? Ahaha! Yang lagi best, bukan kalahkan macam biasa, tapi dari segi fighting skill! Dan lagi menarik & gile "weird+freak=geek"nya dorang, dorang fight ala2 game siap efx & point/markah macam game sebenar! Malah efx fighting dorang lagi hebat daripada movie live-action Dragonball Evolution Haha! Got my point?

Actually movie ni macam anime style yg gila2 punya. Macam tu jugak komiknya, very manga style! Not the drawing, but the concept. And yerp! Aku dah pun baca versi komik & it's very funny & best gile! Of coz download punya haha! And nilah komik yg aku dok layan kat opis sambil buat keje huhu... But it's worth for personal collection! Macam nak beli je huhuhu :P


Friday, May 21, 2010

Hari Jadi PAC-MAN yang ke-30!



Hari ini, 21 May adalah hari lahir Pac-Man yang ke-30! Macam mana aku bleh tau? Check out the playable logo pada hompej Google, cool! Try it! Terkejut aku bila dia kluar sound & siap boleh play, dan aku dapat tau yang dia siap ada 255 level game! Offcoz aku tak lepas level 1 pun haha! Tetiba rasa kelakar plak bila korang boleh search something on the web, sambil main game hehe :P

Nak tau cerita lebih lanjut tentang Pac-Man? Check out pacman.com!

The legendary PAC-MAN creator, Toru Iwatani.



P/S: fyi, logo google di hompej dorang sentiasa bertukar mengikut keadaan atau tarikh bersejarah, check out their others cool logos!

Thursday, May 20, 2010

Jam Tangan Cambest

Dulu aku minat giler dengan jam ODM, designnya simple tapi unik bagi aku. Dulu aku tak mampu nak beli, mampu tengok kawan jelah pakai. Sekarang jam ODM ni dah berlambak kat pasar malam, kat uptown, murah2 plak tu. Tentulah yang pirate. Pirate= rm30, Original= rm300. Sekarang, aku beli yang murah je, tak sanggup nak beli ODM yang mahal tu bila rupanya sebijik sangat dengan yg pirate. Sampai sekarang aku pakai jam murah je. Bila rosak beli je baru, murah la katakan.

Tapi pikir2 balik sampai bila aku nak pakai jam murah je. Seumur hidup aku tak penah beli jam mahal2, cecah sampai ratus2. Teringin tu ada. Tapi bila dah ada duit, tak sanggup plak nak beli. Dalam kepala cakap, pakai jam murah sudah huhu.

Tapi satu hari nanti aku kena pakai gak jam harga ratusan ringgit. Yelah, terpikir bila hantaran kawin nanti. Selalunya mesti orang bagi jam. Salah satu jenis hantaran. Tapi aku dah cakap kat cek kam, aku tak suka jam jarum. Aku tak suka pakai jam besi berat2. Silver ke emas ke, ada permata ke, ceh geli aku. Aku suka jam biasa je. Tali plastik dah ok.
So nak pilih ODM, hmm nampak macam murah, disebabkan pirate dah banyak kat uptown. Tengok2 G-Shock, Casio pun orait gak. Tapi kalau nak dijadikan hantaran macam kelakar plak. Budak sekolah pun dah pakai. Aku dulu sekolah jangan harap la nak pakai jam mahal2. Aku ingat kebanyakkan jam aku mesti harga rm10 je. Rm30 kalau ada simpan duit lebih huhu. Tapi aku masih ingat lagi skali tu bapak aku kasi hadiah jam jenama Spoon. Zaman tu memang tengah popular jenama tu. Aku tak pasti jam yg aku dapat tu ori atau tak tapi aku sayang gile jam tu, rasa macam kool kat skolah. Ingat lagi tali dia kain kaler kuning, sampai jadik hitam berdaki aku pakai haha.

Anyway, aku tetiba rasa nak beli jam baru ni sebab terjumpa website yang cool gila babas jam2 dia. Ni antara jam2 yang ada. Tapi produk jepun la plak, kena order online! Huhu... Nilah faveret aku sekarang, must have it! XD

Tokyo Flash Negative! $180USD, macam murah je! :P

Banyak lagi item hebat, check out www.tokyoflash.com

Tuesday, May 11, 2010

Cool Sitcom! Cool Videoclip!

Lama plak tak update blog, bizi aku bulan ni. Bizi maknanya banyak keje. Banyak keje maknanya banyak masuk duit. Maknanya bulan ni aku murah rezeki, alhamdulillah! :D

Anyway, kat opis aku tgh rancak layan sitcom The Big Bang Theory ni, dah masuk season 3 pun. Meh kita layankan videoclip theme song dia & layan lirik dia skali. Daripada Barenaked ladies - "History of Everything"



Our whole universe was in a hot dense state,
Then nearly fourteen billion years ago expansion started, wait...
The Earth began to cool,
The autotrophs began to drool,
Neanderthals developed tools,
We built a wall (we built the pyramids),
Math, science, history, unravelling the mysteries,
That all started with the big bang!

"Since the dawn of man" is really not that long,
As every galaxy was formed in less time than it takes to sing this song.
A fraction of a second and the elements were made.
The bipeds stood up straight,
The dinosaurs all met their fate,
They tried to leap but they were late
And they all died (they froze their asses off)
The oceans and pangea
See ya, wouldn't wanna be ya
Set in motion by the same big bang!

It all started with the big BANG!

It's expanding ever outward but one day
It will cause the stars to go the other way,
Collapsing ever inward, we won't be here, it won't be heard
Our best and brightest figure that it'll make an even bigger bang!

Australopithecus would really have been sick of us
Debating how we're here, they're catching deer (we're catching viruses)
Religion or astronomy, Encarta, Deuteronomy
It all started with the big bang!

Music and mythology, Einstein and astrology
It all started with the big bang!
It all started with the big BANG!

Wednesday, April 28, 2010

Good COMIC Books!

Dah lama aku tak into comic books, tapi akhir2 ni banyak plak aku dah baca, exspecially in english version. Well, kat opis aku ada sorang mamat ni, Gen, really into comic books. Banyak gila kat workstation dia. So aku pun pinjam la sikit nak baca. Aku tak brape sangat into english/US comics.

So banyaklah komik2 yang dia rekemenkan kat aku untuk baca. And there are really quite good! The storytelling, pergh best gile! Bukan lagi citer tipikal superhero budak2. Mostly drama. Atau black comedy. Kadang2 mesejnya juga agak berat. Bukan cerita simple untuk kefahaman kanak2 lagi. That's why nowadays they call them 'graphic novels', atau dalam bahasa melayunya, 'novel bergrafik'.

Salah satu yg menarik minat aku adalah novel grafik "Good As Lily", tulisan Derek Kirk Kim dan dilukis oleh Jesse Hamm. Style illustrasinya pun dah buat aku tertarik; ia tidak nampak terlalu kaku & realistik figure sprt komik US yg lain dan ada sedikit elemen manga tapi tidak keterlaluan, seolah mencipta identitinya sendiri. Dan jalan ceritanya hidup bagai sebuah drama. Kalau dilihat pada covernya pun dah macam novel & target utk pembaca perempuan, tapi still boleh layanlah! Bukan kisah romantik tapi fantasi mungkin, tapi nampak realiti.

Bayangkan kisah seorang budak highschool, Megan Kwon, beli pinata daripada seorang nenek misteri untuk parti harijadinya. Tapi bila diketuk pecah sepatutnya berteraburanlah gula2 tapi tiada apa2. Sebaliknya setelah semua kawan2nya pulang, dia terjumpa 3 orang dirinya sendiri tetapi berlainan usia, dia berusia 6, 29 & 70 tahun! It's kinda like a comedy story, tapi mempunyai mesejnya yg tersendiri.
Anyway, check out the rough thumbnail storyline & character citer ni dari Derek Kirk Kim blogspot. Memang gempak! :D

Lagi satu yang aku rasa kagum gila ialah karya Andy Hartzell, "Fox Bunny Funny". Maybe it's look like a comedy story, which is kisah dua puak, musang & arnab yg bermusuhan di sebuah kota, yg kelihatan mcm dunia manusia juga. Musang ditakdirkan bunuh & makan arnab, seolah merekalah yg paling berkuasa di situ. Jadi watak utama seekor musang ni, tidak sukakan keganasan, malah suka menjadi baik seperti arnab. Tetapi dia terpaksa mengikut rentak kaumnya & akhirnya menjadi seperti mereka juga. Tapi di dalam hatinya masih mahu jadi sebahagian daripada kaum arnab.

Jalan ceritanya diolah tanpa pengunaan dialog walau sepatah pun, tapi mesejnya dapat disampaikan begitu berkesan. Malah aku tak rasa langsung cerita ni kelakar walaupun tajuknya pun dah tulis "Funny". Tapi sebenarnya menyampaikan mesej yang agak berat juga, seolah ada sindiran kepada dunia sebenar yg terjadi kini. http://www.andyhartzell.com/

Well, pada pandangan aku, idea & storyline pada komik sekarang bukanlah cerita budak2 lagi, malah ideanya lebih bijak & mesejnya yang disampaikan lebih berat daripada drama2 tv atau telenovela yang aku rasa kebanyakkannya storyline ntah pape. Tu belum kira produk Malaysia lagi. Drama tv, movie, memang kebanyakkannya pointless & ntah pape. Tapi takdelah semuanya teruk, cuma kebanyakkannya hehe.

Anyway, actually, malaysia pun banyak juga talent artis komik yg hebat. Good storytelling. Ada masa aku cerita pasal bakat artis komik malaysia pula. Aku rasa dah tiba masanya penerbit2 filem atau drama malaysia ambil langkah seperti penerbit hollywood, ambil cerita komik & novel untuk bikin produk. Dan insyaallah, pastinya storylinenya akan jadik hebat. ;)
Related Posts with Thumbnails